Resepi Salad Makaroni Buah Paling Senang, Anak-Anak Pun Suka


Hidangan sejuk yang segar dan menyelerakan untuk seisi keluarga. Resepi Salad Makaroni Buah ini berkrim lembut, manis berbuah dan tidak muak. Mudah disediakan dengan bahan ringkas, sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN-BAHAN:

  • Makaroni berbentuk ‘C’
  • Mayonis
  • Susu pekat
  • Susu cair (sedikit sahaja)
  • Buah-buahan dalam tin

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus makaroni sehingga masak.

2. Rendamkan makaroni yang sudah di masak di dalam air yang sejuk.

3. Campurkan makaroni dengan mayonis secukupnya.

4. Gaulkan bersama susu pekat, susu cair dan buah-buahan.

5. Gaulkan sehingga sebati dan siap untuk dimakan.

6. Letakkan di dalam peti ais dahulu sebelum dimakan.

Sumber: Cik Midah