Resepi Sambal Ikan Tongkol ini memang pembuka selera sejati dengan rasa pedas, manis dan berempah seimbang. Kuah sambalnya pekat, ikan lembut dan tak hanyir. Sesuai dimakan dengan nasi panas, confirm menyelerakan setiap kali dihidang.
Bahan-bahan:
- 1 genggam cili kering – rendam air panas,basuh dan toskan.
- 2 ulas bawang putih ( 1 ulas dikisar, 1 ulas dihiris nipis)
- 2 biji bawang besar
- 1 asam keping
- Gula
- Garam
- Aji
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisarkan cili kering, bawang putih, dan bawang merah bersama setengah cawan air.
2. Gorengkan ikan tongkol sehingga masak dan garing.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan.
4. Masukkan 3 sudu kecil gula dan asam keping. Masak sehingga sambal menggelegak.
5. Sekiranya sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan sedikit air sekiranya sambal kering dan gaul sehingga sebati.
Siap dan selamat mencuba!
Sumber: Aieda Sheema
.jpg)