Bahan-bahan:
- Sotong
- Serai
- Bawang merah
- Bawang putih
- Asam keping
- Cili merah
- Cili hijau besar
Cara-cara:
1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
2. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.
4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam.
5. Masakan ini sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.
Selamat mencuba!
Sumber: Syahr Musafir
.jpg)