Sotong stim limau ala Thai memang menu kegemaran ramai sebab rasa masam pedasnya yang menyengat. Resepi ini bukan saja mudah, malah sotong kekal lembut, tak hanyir dan kuahnya buat tak cukup satu pinggan nasi.
BAHAN-BAHAN SOS:
- 5 tangkai cili padi
- 4 ulas bawang putih
- 3 tangkai akar daun ketumbar (cuci bersih)
- 1 sudu besar gula
- 3 biji limau nipis (jus sahaja)
- 1/2 biji limau nipis (dipotong dadu)
- 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
BAHAN – BAHAN SOTONG STIM:
- 6 ekor sotong (saiz sederhana besar)
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 10 helai daun limau purut
CARA PENYEDIAAN:
1. Stimkan sotong dengan bahan ‘sotong stim’.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
3. Campurkan dengan kesemua bahan yang lain.
4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim dan siap boleh dimakan.
5. Kalau nak lebih pedas tambahkan sahaja cili padi.
Sumber: Cikatenazlan
.jpg)