Tat telur Portugis terkenal dengan inti berkrim yang lembut dan kulit rangup keemasan. Sekali gigit terus jatuh cinta. Resepi ini mudah diikuti, bahan ringkas dan hasilnya memang setanding bakery, sesuai untuk minum petang atau jualan.
Bahan-Bahan:
- 20 gram telur penuh (telur sebiji maksudnya)
- 2 biji telur kuning
- 75 ml susu full cream
- 45 gram gula kastor
- Sedikit esen vanila
- 150ml whipping cream
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan semua bahan di dalam 1 bekas, selepas itu kacau dengan senduk sampai sebati.
2. Tekapkan puff pastry dengan menggunakan cawan, selepas itu masukkan kedalam acuannya dan tekan-tekan sedikit.
3. Masukkan filling tadi agak-agak dan jangan sampai terlalu penuh.
4. Bakar di dalam oven suhu 170c selama 25 minit. Kalau pakai air fryer suhu 180c selama 20 minit.
5. Sudah siap dan boleh dimakan panas-panas atau sejukkan di dalam chiller.
Sumber: Izz Aishah
.jpg)