Pernah rasa lauk ringkas tapi buat nasi licin? Resipi Sambal Telur Berlado ini pedas menyengat, mudah disediakan dan jimat bajet. Sekali cuba, pasti jadi menu wajib di rumah, sesuai untuk makan tengah hari atau malam seisi keluarga suka sampai habis.
Bahan-bahan:
- Telur
- Cili masak*
- Cili api*
- Tomato*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Sos tiram
- Garam
Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga ia nampak garing dan sudah pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram dan biarkan seketika.
4. Tambahkan air sedikit dan garam.
5. Biarkan sekejap dan selepas tu pecahkan telur di dalamnya. Biarkan sekejap telur itu.
6. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan.
Sumber: Zana Mokhtar
.jpg)