Cara Buat Roti Hamlet Simple Tapi Sedap, Anak-Anak Pun Suka


Roti Hamlet sangat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang yang ringkas. Gabungan roti lembut, telur dan inti yang berperisa menjadikan hidangan ini cepat disediakan tetapi tetap mengenyangkan. Resepi mudah ini pasti jadi kegemaran seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A:

  • Telur
  • Roti

BAHAN B:

  • Kaya
  • Majerin

CARA PENYEDIAAN:

1. Masak telur dalam kuali leper.

2. Letak roti yang dibelah tengah di atas telur.

3. Angkat roti. Selepas itu, sapu kaya dan marjerin.

4. Lipat roti dan siap. Sedap di makan panas-panas.

TIPS

1. 1 Biji telur untuk 1 roti.

2. Guna kuali leper supaya terbentuk lawa.

Sumber: Noor Azira