Resepi popia cheese ini sangat mudah disediakan menggunakan bahan ringkas dan menjimatkan. Teksturnya rangup di luar dengan keju cair di dalam, sesuai dijadikan snek minum petang, hidangan parti atau idea jualan kerana digemari ramai.
Bahan-bahan:
- Kulit popia 1 paket ( gunting ikut kreativiti anda )
- 4 sudu gula halus
- 1 cawan serbuk cheese
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar serbuk cili
Cara-cara:
1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan
2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam dan gula .
3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi dan sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba
Sumber: Farah Subhi
.jpg)