Puding karamel memang antara pencuci mulut yang tak pernah gagal buat orang tergoda. Tapi nak dapatkan puding yang lembut dan karamel tak pahit tu kadang-kadang jadi cabaran. Jangan risau, sebenarnya caranya mudah je. Jom ikut langkah ringkas ni untuk hasilkan puding karamel yang sedap dan confirm jadi walaupun pertama kali cuba.
Bahan A:
- 1/2 cawan gula pasir
Bahan B:
- 5 biji telur gred A
- Susu cair 1 cawan
- 1 cawan susu pekat (taknak manis boleh kurangkan)
- 1 cawan air
- Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam kuali. Masak sehingga gula bertukar keperangan, jangan sampai hangus pula nanti rasa hangit.
2. Masukkan ke dalam loyang 7 inci.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letakkan juga esen vanilla.
4. Masukkan pula air, susu cair, susu pekat dan kacau sebati. Jangan terlalu lama nanti puding jadi berongga.
5. Tapiskan adunan semasa tuang ke dalam loyang.
6. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau sehingg masak.
7. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan atas pinggan supaya tidak hancur. Selamat mencuba!
Sumber: Khairun Nisa
.jpg)