Brownies kedut memang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang coklat pekat dan tekstur moist di dalam. Tapi nak dapatkan kedut cantik di permukaan bukan perkara mudah. Jangan risau, sebenarnya ada trik ringkas yang boleh buat brownies kedut jadi elok, sedap dan anti gagal walaupun pertama kali mencuba.
Bahan-bahan:
- 150g butter
- 350g dark chocolate beryls
- 3 biji telur
- 1 cawan gula perang (170g)
- 1 cawan tepung naik sendiri (100g)
Cara-cara:
1. Satukan butter dan dark coklat. Cairkan dua bahan ini dengan menggunakan ketukar atau teknik double boil.
2. Dalam mangkuk lain, satukan telur dan gula perang. Kacau sekejap tak perlu lama.
3. Masukkan coklat dan butter yang sudah dicairkan semasa panas-panas. Kacau semua bahan sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati.
5. Panaskan oven. Lapik loyang saiz 8 inci dengan baking paper dan tuangkan adunan tadi.
6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150 selama 45 minit mengikut oven masing-masing. Bila dah masak, biarkan seketika dalam brownies selama 10 minit.
7. Tunggu sejuk dahulu dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina
.jpg)