Posts

Showing posts with the label Info

Guna Garam Kasar, Cara Paling Senang ‘Matikan’ Rumput. Sehari Dah Nampak Hasil

Image
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat. Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini. Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan. Tip matikan rumput guna garam 1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja. 2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya. 3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada. Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi. 4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular. Semoga berm...

Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Image
Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering ditanam di rumah. Nikmat kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil. Ada satu petua yang dikongsi oleh Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah. Jom baca perkongsiannya itu. Teknik Menanam Daun Pudina 1. Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai. 2. Sediakan bekas dan tanah hitam. 3. Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini. 4. Buat dalam beberapa batang. 5. Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia. 6. Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh. Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air. Simpan di tempat yang redup. Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bul...

Simpan Ikut Cara Ini Taugeh Kekal Lama Dan Rangup Memang Menjadi

Image
Sayur taugeh sememangnya tidak tahan lama biarpun disimpan di dalam peti ais. Apa nak buat dengan lebihan sayur taugeh ini? Macam mana nak simpan agar kekal lama? Tip mudah yang dikongsikan oleh  Norhaniza Kamaruddin  ini paling membantu untuk elakkan membazir dan terbuang begitu sahaja. Jom cuba! Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup. Nampak baru dan rangup. Mula-mula dulu memang tak percaya, bila dah tengok sendiri, baru lah berani share dalam ni. Jom cuba! Sumber:  PaMa

Serangan Bena Pada Pokok Cili Hilang Guna Cara Ini DIY Sendiri Air Semburan Pokok Kembali Pulih

Image
Dalam penanaman pokok cili, masalah bena putih (Aphid) inilah yang selalu buat susah hati. Sekiranya, semburan semulajadi dari campuran bawang putih dan cili tidak menjadi, apa kata gunakan campuran syampu baby dan cuka makan. Terbukti berkesan sebagai semburan organik pokok cili. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin (LK) kaedah semburan semulajadi ini berupaya mengawal bukan saja pokok cili malah sayuran daripada bena putih yang juga dikenali sebagai lalat putih. Kehadirann bena putih ini boleh menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil. “Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan ser4ngga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran. Alhamdulillah, belalang dan semut pun takde. Yang penting, tiada r4cun berb4haya digunakan.” Sukatan Syampu Baby, Cuka Untuk Jadikan Semburan Air Pokok Cili 1 sudu syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth 1 sudu cuka makan Bancuh dalam 1 liter air Car...

Guna Bahan Ini Kesan Watermark Pada Cermin Kereta Hilang Memang Berkesan

Image
Kalau anda nak tahu, sebenarnya punca terjadinya waterwark adalah daripada titisan air hujan dan embun yang dibiarkan terlalu lama atau pun cara cuci kereta yang menggunakan teknik yang salah.  Untuk pengetahuan anda, air hujan mempunyai mineral yang bercampur dengan habuk atau bahan yang tercemar disebabkan itu la sekiranya air tersebut kering akan meninggalkan kesan tompokan pada cermin kereta.  TIPS HILANG KESAN WATERMARK PADA CERMIN KERETA GUNA PENCUCI PINGGAN  1. Gunakan pes pencuci pinggan apa sahaja jenama yang anda ada, pastikan pes tersebut teksturnya halus untuk mengelakkan cermin kereta daripada calar.  2. Basahkan cermin kereta dan ambil pes pencuci pinggan tersebut menggunakan span.  3. Gosok pada bahagian cermin kereta yang mempunyai watermark, gosok secara membulat lebih berkesan.   4. Bilas cermin kereta dengan air bersih.  5. Selepas bilas anda boleh lihat, watermark pada cermin kereta sudah hilang.   CUKA  Cuka mer...

Pokok Subur Buah Pun Elok, Ini Tip Tanam Timun Jepun Di Balkoni Rumah

Image
Bagi yang suka makan timun mesti tahukan timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal. Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim . Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya. Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya. Timun Jepun Kebun Balkoni 1. Kaedah Penanaman Kaedah Hidroponik Benih F1 Green Eagle Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu. 2. Penjagaan : Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada...

Memang Menjadi Ikut Cara Ini Tanam Pokok Kari Dalam Pasu Pokok Jadi Rimbun

Image
Pokok Kari adalah salah satu pokok herba yang sangat banyak gunanya dalam masakan harian kita. Guna dalam masakan kari, kuih muih pedas dan bermacam-macam lagi. Semuanya boleh. Jika dibeli, daunnya boleh disimpan lama dengan cara disejukbekukan, tetapi lama kelamaan bau kari agak kurang ‘kick’ dan tidak begitu menyengat jika dimasukkan ke dalam masakan. Oleh itu, ramai yang suka menanamnya di rumah masing-masing. Namun pokok ini agak sukar ditanam berbanding pokok-pokok lain. Bukan sukar dari segi apa, kadang kala ia susah untuk hidup. Jika hidup, ada juga yang mengalami masalah daun pokok yang tidak cantik, pokok yang kurus melidi, daun tidak lebat dan sebagainya. Jika tanam di dalam pasu lagi lah macam-macam kerenahnya. Menerusi perkongsian saudari  Syamimah Binti Ismail , beliau berkongsi tip penjagaan pokok kari yang diamalkan. Pokoknya hanya sepohon tapi daunnya merimbun cantik dan tidak tinggi. Tanam dalam pasu je tapi elok. Caranya mudah sahaja...

Cara Betul Tanam Batang Ubi Kayu Ikut Teknik Ini Untuk Hasil Yang Banyak

Image
Ubi kayu mengambil masa 7-12 bulan untuk dituai hasilnya. Tapi, rasa agak keciwa apabila hasilnya dituai tak berbaloi dengan masa menunggu. Adakalnya hanya 1 atau 2 umbisi sahaja yang menjadi. Bagi pengusaha ladang ubi kayu mungkin teknik ini sudah menjadi kebiasaan. Namun bagi petani di Thailand, ia mrupakan teknik WAJIB buat untuk hasilkan umbisi yang bayak dari satu pokok. Selain perlu ditanam secara condong, batang ubi yang disemai perlu dipotong atau lukakan sedikit di beberapa bahagian. Dari bahagian yang luka akan mengeluarkan banyak akar secara mudah. Jika dibandingkan cara tradisional, hanya bahagian pangkal yang dipotong akan mengeluarkan akar. 1) Gunakan Pisau Tajam Untuk Kelar Batang Ubi 2) Kelar Seperti Ini 3) Hasilnya 4) Memang Menjadi Cara Ini Selamat Mencuba

Puas Hati Ikut Cara Ini Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu, Buah Elok Manis Tak Boleh Bincang

Image
Nenas antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah yang juga pengusaha ladang nanas MD2. Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya. Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir. Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal. Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros. Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gamba...

Pokok Terkena Serangan Ulat, Ikut Cara Ini Hanya Guna Bahan Di Rumah Mudah Dan Berkesan

Image
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput. Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur. Caranya: 1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur. 2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur. 3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain. 4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik. Selamat mencuba! Sumber: Suzurina Binti Muda

Baja Power Hanya Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat Begini Cara Nak Sediakannya

Image
Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana. Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan ra cun ki mia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia. Jom baca perkongsian dari Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hor mon penggalak buah. Anda patut cuba. Bahan-bahan: 2 kg Kulit tel...

Cara Servis Aircond Di Rumah Hanya Guna Remote Saja Sangat Mudah

Image
Biasanya bila mahu bersihkan aircond kita akan mengupah orang untuk melakukannya. Apa yang ramai tak tahu, kita sendiri boleh membersihkannya dengan menggunakan remote control aircond saja. Cara-caranya seperti berikut: Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut. Teknik bersihkan aircond Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi. Biarkan ia berjalan selama 15 minit. Kemudian barulah matikan aircond. Mengapa tetapkan kepada mode ‘fan’? Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan) Info Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “cool” apabila anda menggunakan aircond ...