Sungguh tidak percaya! Kolestrol dalam badan saya turun mendadak apabila saya cuma amalkan memakan benda ini setiap pagi,waktu perut kosong sememangnya sangat berkesan.
Saya amalkan makan seulas bawang putih dgn madu asli (tk kira apa brand -guna sudu plastik) waktu pagi dgn perut kosong dn bila gi checkup semgu kmudian… Alhamdulillah doc kata result cholestrol saya turun mendadak sekali (significantly drop)..
Siapa sahaja yang suka makan bawang? Tak kisah la bawang putih ke bawang merah atau apa jenis bawang sekali pun. Ada yang memberi alasan kerana ia akan menyebabkan mulut berbau. Yekkk!
Bukan itu sahaja, kalau anda makan bawang putih mentah, ia boleh mengakibatkan rasa panas dan tak sedap badan. Tak percaya? Cuba la makan.
Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan juga mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, serta meredakan selsema.
Bahannya:
1 Ulas Bawang Putih
1 Sudu Madu Asli
Sudu Plastik ya
Caranya:
Potong beberapa hirisan bawang putih atau menumbuknya, kemudian tambahkan satu sudu madu. Anda boleh mula minum dan amalkan setiap pagi sewaktu perut masih kosong .
Minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.
Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke pelbagai pelusuk dunia. Menurut laman web World Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pergh! Lama kan?
Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Bukan hanya di Mesir sahaja tetapi masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan.
Sebenarnya bawang putih ni ada banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Apa yang kita tahu hanya lah ‘Eeee bawang putih? Taknak ah! Nanti nafas busuk!’ tapi kan kalau dah memang nafas anda busuk, nak buat macam mana? Nak salah kan bawang putih ke salahkan diri sendiri yang tak jaga kebersihan? Hihihi
Mengurangkan risiko strok
Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser.
Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan sistem imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.
Sumber: theklasik