Bahan-bahan
- 1 tin susu cair*
- 2 sb susu pekat *
- 1 penutup esen vanila*
- 1 sb ovalette*
- 1 sachet Milo / 3 sudu besar
Cara-cara
1. Satukan Semua Bahan
Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam blender / mixer.
2. Blender
Kemudian, tekan suis blend / mixer selama lebih kurang 5 minit. Memang kena lama sikit untuk dapatkan tekstur yang gebu dan lembut.
3. Masukkan Ke Dalam Bekas
Seterusnya masukkan adunan tadi ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim.
4. Bekukan Semalaman
Akhir sekali, simpankan ke dalam freezer sekurang-kurangnya semalaman untuk dibekukan.
Lepas tu dah bolehlah makan ramai-ramai. Serang!!!
Boleh Olah Ikut Citarasa
Bahan bertanda * adalah base untuk aiskrim vanila. Boleh bubuh perasa lain yang digemari seperti serbuk koko, buah strawberi, oreo, sirap coklat, boleh tabur serbuk kacang, coklat beras apa-apalah yang anda suka. Yang suka coklat tu, boleh lebihkan serbuk Milo atau tambah serbuk koko.
Hah, senang kan buat aiskrim homemade ni. Boleh buat macam-macam perisa. Untuk mak-mak yang anak-anak dah cuti sekolah bolehlah cuba buat. Untung-untung boleh juga buat jualan. Mesti laris!
Jadi, tak payah beli lagi. Jom buat sendiri aiskrim Milo homemade ikut resepi yang mudah ni. Anak-anak mesti seronok dan teruja. Mak ayah pun boleh tumpang sama sejukkan tekak. Memang jimat dan berbaloi.
Sumber: Puan Azarimah Ismail