Resepi Lontong Tradisional Mudah & Sedap, Kuah Pekat Berempah


Lontong ialah hidangan tradisional Melayu yang kaya dengan kuah santan berempah dan sayur segar. Gabungan nasi berinti, kuah pekat dan sambal menjadikannya sajian lengkap, sesuai untuk sarapan, jamuan keluarga atau musim perayaan, pasti menggamit selera semua peringkat umur.

Bahan-bahan:

  • Nasi impit (rebus)
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Serai*
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Buah keras*
  • Kunyit hidup*
  • Udang kering*
  • Ikan bilis*

(Yang bertanda * kena kisar)

  • Lobak merah, kacang panjang dan tauhu.(goreng terlebih dahulu)
  • Udang dan pucuk(rendam sekejap)
  • Suun (basuh sahaja)
  • Santan sekotak besar
  • Kiub ikan bilis
  • Asam keping
  • Bahan perasa
  • telur rebus
  • Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air untuk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.

2. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan suun dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.

3. Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh dimakan setelah bismillah.

Selamat mencuba.

Sumber: Novelis Afieyza Isahak‎