Pernah teringin lauk kampung yang sekali rasa terus jatuh cinta? Ikan Patin Masak Tempoyak ni memang padu, masam berlemak, menyengat selera. Sekali cuba, confirm nak tambah nasi dan ulang masak lagi di rumah sendiri.
BAHAN-BAHAN:
- Ikan patin segar.
- Tempoyak.
- Cili padi 15 biji.
- Kunyit hidup seinchi.
- Daun Kesum.
- Bunga Kantan.
- Air.
- Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.
CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk
2. Tumbuk cili dan kunyit.
3. Setelah kedua-dua bahan lumat, letak tempoyak dan gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat letak tempoyak lebih banyak).
4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.
6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
7.Masukkan garam dan aji sebagai perasa.
Selamat Mencuba
Sumber: Nisa Cheeszif HQ
.jpg)