Negara China kini menjadi negara terbesar yang menghasilkan produk beras dan dijual diserata dunia. Ini membuatkan masyarakat takut tertipu dalam membeli beras dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan mereka. Berita mengenai beras plastik ini adalah benar dan bukan khabar angin semata-mata. Pertama kali berita ini disebarkan adalah di The Korean Times Report pada tahun 2015 bertajuk "Beras China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik".
Laporan itu menceritakan bahawa pengeluar beras dari China menghasilkan beras menggunakan ubi dan plastik. Pada pengakhiran penghasilannya barulah ianya diberi wap beraroma beras supaya baunya seakan-akan beras yang asli. Namun begitu beras plastik ini memiliki banyak perbezaan dengan beras tulen. Berikut adalah cara-cara nak beza atau mengenalpasti beras asli ataupun beras plastik.
Ujian menggunakan batu lesung
Ketuk beras menggunakan batu lesung sehingga hancur. Sekiranya beras itu membentuk habuk-habuk atau serbuk kecil berwarna putih dan tidak melekat pada batu lesung, itu tandanya beras itu asli. Sekiranya beras itu plastik, ianya akan melekat pada lesung dan berwarna seakan-akan kekuningan.
Ujian pembakaran
Beras asli, lambat untuk terbakar dan lambat untuk menyalakan api. Beras plastik dengan mudahnya akan terbakar dan hangus. Tambahan pula sekiranya beras itu diperbuat daripada plastik, apabila dibakar akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan
Ujian rendaman air
Ketika hendak membasuh beras, biarkan beras itu didalam periuk nasi (bersama-sama air) lebih kurang seminit. Sekiranya beras terapung, itu tandanya beras itu plastik. Beras asli dan tulen biasanya akan sentiasa berada di dasar periuk walaupun direndam dalam air dengan nilai masa yang lama.
Ujian kulat dan tempoh basi
Masak beras itu sehingga menjadi nasi. Kemudian bungkus nasi itu ke dalam plastik dan ikat plastik dengan ketat agar tiada udara boleh keluar masuk. Letakkan plastik itu ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Selepas dua hari, nasi yang dimasak menggunakan beras asli akan berkulat dan melekit. Manakala nasi yang dimasak menggunakan beras plastik, tidak melekit dan berkulat.
Sumber: iluminasi