Menjadi ibu yang masih menyusu badan bukanlah sesuatu yang mudah, apatahlagi jika mengalami kekurangan susu. Ramai ibu-ibu yang rasa sangat sedih bila mengenangkan susu badan semakin hari semakin berkurang, sedangkan bayi sangat memerlukannya.

Pernahkah anda terfikir? Selain mengamalkan jamu-jamu dan ubatan di farmasi bagi memperbanyakkan susu, sebenarnya pemilihan makanan adalah sa;ah satu faktor mengapa kurangnya susu dalam badan. Sebenarnya ada sayur dan tumbuhan mampu memperbanyakkan susu badan anda.



Bagi para ibu yang ingin melancar dan memperbanyakkan susu badan, sudah pasti akan mencuba apa sahaja cara bagi memperbanyakkan susu badan, Susu meriah, anak pun kenyang. Ibu mana mahu melihat anak sentiasa merengek kerana kekurangan susu badan.

Dipetik dari laman healthmeup.com, jantung pisang memiliki gizi yang sangat tinggi dan boleh menjadi penawar pelbagai jenis penyakit.

Ini termasuklah anemia, memperkecil risiko pendarahan, mempercepat penyembuhan luka dan melancarkan penghasilan susu badan.

Jadi bagi wanita hamil, anda disarankan mengambil jantung pisang dalam diet. Kandungan magnesium di dalamnya akan membantu mengatasi gangguan kesihatan ketika hamil.

Selain itu, kandungan etanolnya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin.

Sumber: healthmeup