Bawang merah sememangnya sangat terkenal kerana keberkesananya dalam merawat pelbagai penyakit. Sangat bermanfaat kepada orang dewasa dan juga budak kecil, selain sering digunakan dalam masakan.

Tahukah anda? khasiat bawang merah sangat baik untuk kesihatan rambut dan juga kulit. Bau yang dikeluarkannya agak tidak bagus sekiranya dihidu malah turut memedihkan mata tetapi sekiranya kita bijak menggunakannya, ia amat berguna ntuk kesihatan kita dalam jangka masa yang lamanya.

Sesetengah orang mengatakan bawang merah mampu merawat penyakit resdung. Ketika kita terasa pedih akibat dari baunya, ianya dikatakan mampu membunuh cacing resdung.

Selain ianya sering digunakan dalam rawatan tradisional, bawang merah juga seringkali disajikan dalam berbagai jenis masakan yang menyebabkan sesuatu masakan itu menjadi lebih enak dan sedap untuk dimakan.

Orang tua-tua kata, jika masak tidak ada bawang merah, masakan tersebut tidak sempurna.

Ia juga turut mempunyai begitu banyak bahan nutrisi yang mampu menjauhkan diri kita dari masalah kesihatan seperti yang dinyatakan seperti ini. Sama ada bawang merah kecil atau besar, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Manfaat bawang merah 

Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik dan antimikrob yang boleh menjauhkan anda daripada jangkitan kuman.

Bawang merah mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium.

Ia boleh merawat demam, selesema, batuk, sakit tekak, alahan dan lain-lain. Campuran bawang merah dan madu boleh mencepatkan proses penyembuhan.

Potongan bawang merah boleh melegakan kesan dan simptom demam, jika diletakkan di dahi.

Cebisan kecil bawang merah boleh mengurangkan atau memberhentikan pendarahan hidung.Jika terlalu kerap mengambil bawang juga dikatakan tidak begitu baik kerana badan akan berbau.

Bawang merah boleh merawat insomnia ataupun masalah untuk tidur. Ini boleh membantu anda untuk tidur nyenyak setiap malam.

Bawang merah boleh membantu sistem penghadaman. Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan bawang merah boleh menyembuhkanya dengan meningkatkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

Cecair bawang merah boleh merawat kesan terbakar pada kulit ataupun kesan gigitan/sengatan. Ia boleh memberikan rasa yang pedih pada mulanya, tapi itu adalah proses penyembuhan.

Bawang merah boleh mencegah kanser – ini merujuk kepada kanser pada kepala, leher dan usus.

Anda boleh mengelakkan daripada mendapat osteoporosis dan atherosclerosis dengan mengamalkan bawang merah setiap hari.

Bawang boleh meningkatkan kadar insulin di dalam badan dan mengelakkan diabetes dengan mengawal kadar gula di dalam darah.Bawang merah goreng juga sangat sedap apabila dicampurkan dalam makanan tertentu seperti sup dan sebagainya.

Kolestrol boleh menyebabkan masalah jantung, ia boleh dibakar dengan pengambilan bawang merah setiap hari. Ini boleh menjauhkan anda dari penyakit jantung, pada masa yang mengawal kadar kolestrol dalam badan.

Keradangan dari arthritis juga boleh disembuhkan dengan bawang merah.

Salah satu cara untuk menghilangkan kesan warna hitam pada wajah anda adalah dengan mencampurkan tumisan bawang merah dengan kunyit pada kawasan tersebut.

Air dari bawang merah boleh melegakan sakit gigi.

Bawang merah boleh membaiki sel dan tisu badan.

Bawang merah boleh meningkatkan daya ingatan anda dan menguatkan sistem saraf.

Bawang merah boleh merawat masalah kitaran haid tidak menentu. Bawang merah yang mentah hendaklah diambil beberapa sebelum datangnya haid anda.

Gunakan air rebusan bawang merah pada rambut ataupun kulit kepala untuk menghilangkan kutu dan masalah keguguran rambut. Ini adalah salah satu khasiat bawang merah kepada rambut yang paling ketara.Kajian mengatakan bawang merah juga sangat baik untuk kesihatan rambut

Bawang merah mengandungi air, protein, lemak (yang baik), kanji, serat, mineral, kalsium, vitamin C, zat besi dan B kompleks. Anda sepatutnya mengambil diantara 100-150 gram bawang merah setiap hari, boleh di dalam pelbagai sajian dan menu.

Moga memberi manfaat kepada anda. Sekian petikan dari Petua Ibu dan Facebook

Sumber: bukan aku