Bila melibatkan makanan orang Kelantan mesti ramai kenal dengan budu, ada yang geli untuk makan budu kerana cara pembuatannya menggunakan proses penapaian dilihat agak menggelikan. Namun proses pembuatan dengan cara ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada usus manusia. Kajian tempatan menunjukkan budu dan pegaga mampu mengelak seseorang daripada menghidap penyakit kanser perut.

Budu yang biasanya di letakkan dalam nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan ulaman. Dari segi harga budu merupakan penambah rasa sedap pada makanan yang majoriti rakyat Kelantan mampu beli setiap hari.

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga.

Beliau berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan.

Dipetik Utusan Online, kata beliau, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.
Amalan meminum jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.

Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia Âmemiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.

Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal, namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain itu, penduduk Melayu di sini (Kelantan) juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” kata beliau di Kubang Krian, Kelantan.

Sumber: kamikongsi