Apa kata anda cuba buat sendiri roti dengan mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan gebu serta paling utama modah hanya serendah RM5 sahaja.

Baca perkongsian resipi oleh pengguna Fbk Azlina Ina di bawah ini. Ayuh kita mulakan!

  • Tepung gandum – 2 sudu besar
  • Secawan air

Cara-cara membuat doh:

  • Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
  • Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

Bahan-bahan membuat yis:

  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

  • 1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
    2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan-bahan adunan roti gebu:

  • 1kg tepung
  • Sebiji telur
  • 3 sudu besar majerin atau butter
  • 3 sudu besar pelembut doh
  • Sedikit garam halus
  • 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti gebu

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.

3. Selepas itu, uli sikit-sikit.

4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.

5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.

6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.

7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang. 

8. kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh.

9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.

10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.

11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.

12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.

13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudh masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.

Macam mana dengan perkongsian resipi roti gebu ini? Tidak perlulah anda kecewa selepas ini jika roti Gardenia kegemaran habis di pasaran kerana anda boleh buat sendiri. Resipi apa lagi yang anda ingin kami kongsikan? Berikan pandangan anda pada ruangan komen, ok!

Sumber: Azlina Ina