Untuk memastikan tubuh anda kekal sihat dan cergas, pertama sekali yang perlu anda ketahui adalah dengan sentiasa menjaga berat badan ideal. Caranya ialah dengan melupakan keinginan untuk mengunyah terlalu banyak makanan berminyak contohnya yang bergoreng. Jajan mahupun makanan ringan sememangnya menggoda selera tetapi sebaiknya tidak dimakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Sebagai gantinya anda boleh mengunyah kudapan sihat seperti buah-buahan segar dan kekacang. Makanan ini membantu membuatkan anda merasa kenyang dalam tempoh yang panjang. Selain menjaga pola pemakanan yang baik, jangan lupa untuk menyelitkan juga beberapa aktiviti fizikal untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda dalam mencegah timbunan lemak seterusnya menjadikan tubuh kekal sihat dan cergas.

·      Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.

·      Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.

·      Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.

·      Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.

·      Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum    tidur.

·      Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.

·      Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan.

·      Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran.