Posts

Showing posts from October, 2019

Kerana gemar memakan budu dan pegaga, ini yang akan berlaku pada tubuh badan anda!

Image
Bila melibatkan makanan orang Kelantan mesti ramai kenal dengan budu, ada yang geli untuk makan budu kerana cara pembuatannya menggunakan proses penapaian dilihat agak menggelikan. Namun proses pembuatan dengan cara ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada usus manusia. Kajian tempatan menunjukkan budu dan pegaga mampu mengelak seseorang daripada menghidap penyakit kanser perut. Budu yang biasanya di letakkan dalam nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan ulaman. Dari segi harga budu merupakan penambah rasa sedap pada makanan yang majoriti rakyat Kelantan mampu beli setiap hari. Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga. Beliau berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang...