Posts

Showing posts from May, 2025

Cara Buat Kuih Tradisional Melayu Kuih Getas

Image
Ramai tercari-cari kuih ni dikala teringin, tapi jarang dah orang menjual. Harini saya mencuba buatnya sendiri sambil menambahkan santan supaya rasa Kuih Getas bertambah lebih berlemak dan lembut. Bahan-Bahan (A): 150gm Tepung Pulut 25gm Tepung Beras 150gm Kelapa Parut berwarna putih sahaja 1/2sk garam Santan SnP sederhana pekat (anggaran 1/2 cawan) Minyak masak untuk menggoreng Bahan Sira: 100gm Gula Halus/ Gula Pasir 60ml air/ 1/4 cawan 2 ketul Gula Batu (dihancurkan) 1 sudu besar Tepung Gandum 1 helai Daun Pandan Cara Membuat: 1. Satukan kesemua bahan A kecuali Santan. Masukkan Santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh dan tepekkan di atas tapak tangan berbentuk bujur. Susun doh yang siap di atas dulang yang disapu minyak masak. 2. Masukkan minyak dalam kuali. Masukkan doh yang telah dibentuk tadi sebelum minyak panas. Ini untuk elakkan doh meletop atau merekah semasa menggoreng. Goreng dengan api perlahan sehingga warna kuning keemasan. 3. Masukkan bahan ...

Petua Melembutkan Daging Tanpa Menggunakan Periuk Tekanan

Image
Bila dah rebus lama-lama tapi daging masih lagi tak lembut-lembut, mana silapnya?. Berikut beberapa petua dan tips supaya daging yang dimasak lembut dan tidak liat bagi pengguna dapur gas. Guna Bahan Berasid Rendam atau perap daging dalam jus lemon, limau, cuka, buttermilk atau yogurt. Rendam 30 minit sebelum dimasak, jangan perap terlalu lama kecuali anda ingin buat perapan BBQ yang dicampur dengan bahan lain yang memerlukan masa perapan 4 jam ke atas kerana asid boleh melemahkn struktur daging menyebabkan daging terlalu lembut dan lembik bila dimasak. Pastikan basuh bersih-bersih daging sebelum masak. Buah Nenas Caranya, kisar nenas. Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging. Secara jujurnya saya suka gunakan nenas selain melembutkan daging ia juga memberi rasa yang sedap pada daging. Cuma jangan terlalu lama diperap takut daging terlebih lembut. Serbuk Penaik Daging perlu dipotong terlebih dahulu mengikut citarasa. Kemudian taburkan se...