Posts

Showing posts from August, 2023

Resepi Karipap Paling Rangup Dan Sedap, Bancuh Dengan Sukatan Ini Baru Jadi

Image
Proses pembuatan Resipi Karipap Rangup yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya. Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini. Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa. “Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia RAMUAN BANCUHAN TEPUNG (Kulit Karipap Yang Rangup) 1/2 kilo tepung gandum 1/2 cawan minyak masak 2 Sb tepung jagung 2 Sb tepung beras 1 cawan air sejuk dari peti ais 1 sk garam Bahan Inti Resipi Karipap Rangup 4 biji kentang (pot...

Tip Supaya Permukaan Kuih Talam Cantik, Ikut Cara Ini Confirm Jadi

Image
Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri. Boleh mulakan dengan kuih talam yang paling senang iaitu talam gula merah. Tip supaya permukaan kuih talam cantik Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering. Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik. Bahan untuk bahagian atas: 1 1/2 cawan tepung beras 1 sdk garam 2 1/2 cawan santan Cara membuat Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit. Bahan untuk bahagian bawah: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sdb air kapur 2 cawan air 1 cawan gula merah 1 cawan air masak Cara membuat Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan. Air gula merah tadi dicampur de...

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Ayam Masak Halia Di Rumah Confirm Habis Licin

Image
Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng. Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa laku di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang. Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis. Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila. Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam Bahan-bahan: -Bawang putih -dicincang -Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap) -Sos tiram -Isi ayam – dihiris nipis -Cili kering – dipotong -Bawang merah – belah 6 -Serbuk lada hitam -Sedikit tepung jagung -Daun bawang -dipotong Dalam botol tu bukan mayonis y...

Kaedah Betul Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak Baru Hasil Wangi Dan Masak Sekata

Image
Bagi yang selalu tak menjadi nasi lemak bila guna santan ini boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Emilia ini. Nak cepat masak nasi lemak, kita akan guna santan kotak. Tapi ramai yang mengadu hasilnya tak cantik, masak tak sekata, lembik dan kurang wangi. Bahan-bahan 3 tin susu – beras biasa (kuantiti kuantiti ikut suka) Halia – ditumbuk 5 helai daun pandan – gunting pendek 1 – santan kotak pek kecil Garam Minyak masak Cara masak nasi lemak guna santan kotak Rupanya cara berbeza untuk masak nasi lemak jika guna santan jenis ini. Menurut Emilia cara ini digunakan oleh ayahnya yang juga peniaga nasi lemak. Cara memasak 1. Basuh beras dan sukat beras. 2. Letak beras tadi dalam bekas lain, atau tos. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi. 3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik. 4. Masukkan halia, daun pandan, garam 5. Masuk...

Puas Hati Ikut Cara Ini Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu, Buah Elok Manis Tak Boleh Bincang

Image
Nenas antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah yang juga pengusaha ladang nanas MD2. Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya. Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir. Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal. Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros. Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gamba...

Pokok Terkena Serangan Ulat, Ikut Cara Ini Hanya Guna Bahan Di Rumah Mudah Dan Berkesan

Image
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput. Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur. Caranya: 1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur. 2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur. 3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain. 4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik. Selamat mencuba! Sumber: Suzurina Binti Muda

Baja Power Hanya Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat Begini Cara Nak Sediakannya

Image
Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana. Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan ra cun ki mia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia. Jom baca perkongsian dari Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hor mon penggalak buah. Anda patut cuba. Bahan-bahan: 2 kg Kulit tel...

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama. Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Image
Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya. Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini. Bahan-Bahan: 1kg beras pulut 4-5 sudu makan cuka 1 sudu besar serbuk kunyit Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand) Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut) Cara Membuat: Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi) Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna. Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata. Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukany...

Cara Servis Aircond Di Rumah Hanya Guna Remote Saja Sangat Mudah

Image
Biasanya bila mahu bersihkan aircond kita akan mengupah orang untuk melakukannya. Apa yang ramai tak tahu, kita sendiri boleh membersihkannya dengan menggunakan remote control aircond saja. Cara-caranya seperti berikut: Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut. Teknik bersihkan aircond Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi. Biarkan ia berjalan selama 15 minit. Kemudian barulah matikan aircond. Mengapa tetapkan kepada mode ‘fan’? Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan) Info Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “cool” apabila anda menggunakan aircond ...

Guna Bahan Ini Kesan Hangus Pada Seterika Hilang Dengan Mudah

Image
Sudah menjadi normal apabila seterika yang sudah digunakan bertahun-tahun lamanya akan mempunyai kesan hangus. Ini menjadikan proses untuk anda menggosok baju kesayangan terganggu! Maklumlah asyik tersekat sahaja akibat bekas hangus dan kemungkinan untuk bekas hangus melekat di baju juga adalah tinggi! Oleh itu, tak payah susah-susah beli seterika baru, apa yang anda perlu buat adalah menggunakan ‘life hacks’ dengan panadol soluble dan hasilnya sangat memuaskan! TIPS HILANGKAN HANGUS SETERIKA GUNA PANADOL 1. Pastikan seterika baju dalam suhu yang panas dan panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika. 2. Gosok pada permukaan seterika sehingga berbuih. 3. Tengoklah kesan hangus pada seterika dah hilang! Nampak macam baru. *Boleh cuba tips ini untuk hilangkan hangus berkarat dekat seterika tu ya! Sumber: Achai Wong

Guna Bahan Ini Atasi Singki Tersumbat Sangat Mudah Dan Berkesan

Image
Antara perkara yang boleh buat kaum ibu tension waktu berada di dapur adalah bila singki atau saluran air tersumbat. Boleh bertimbun pinggan mangkuk dan ‘kecah’ dapur dibuatnya bila air melimpah dari singki. Kalau ahli keluarga pulak ramai dan kegemaran mereka makan apatah lagu. Memanglah perlu diselesaikan cepat masalah ini. Selalunya kita akan guna pam atau pencuci khusus yang dijual di kedai pun untuk mengatasi masalah singki tersumbat, dan kalau serius sampai terpaksa panggil plumber yang upahnya boleh mencecah beratus ringgit. Tapi sebelum marah-marah atau panggil plumber mak-mak boleh cuba cara yang dikongsi oleh Damia Hannah ini. Menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas masalah singki, saluran bilik air ataupun longkat tersumbat pun boleh settel. Paling best tak berpeluh pun nak selesaikan masalah ini. Salur bilik air akak tersumbat baru-baru ni, dah dekat 4 hari. Then baru teringat skill ni. tapi sebelum tu tak confident sebab dul...

Lantai Bilik Air Kotor Jadi Bersih Berkilat Ikut Cara Ini Deep Cleaning Yang Betul

Image
Ramai saja kalangan kita yang membeli rumah secondhand. Harganya memang lebih murah berbanding kediaman yang baru dibangunkan tapi biasanya ia datang dengan pakej kerja pembersihan. Bahagian paling mencabar selalunya bilik air atau tandas. Lantai kotor, dinding berkarat, memang jenuh nak menyental. Bagi korang yang berdepan masalah begini boleh ikuti tutorial deep cleaning bilik air yang dikongsi oleh Hani Mynis ini. Deep cleaning bilik air The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu. Ha ha. Tapi berita baiknya, dapatlah Hani buat tutorial utk uols macam mana utk buat deep cleaning bilik air ha! Kecuali Zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci Hani beli dari Eco. Tuang peluntur tak perlu bancuh Tuang Clorox atau peluntur straight from bottle dia. Tak perlu bancuh dulu dgn air. Hati-hati masa guna Clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu. Biar...

Tanggal Roadtax Kereta Tanpa Kesan Gam Ikut Cara Ini Mudah Saja

Image
Setiap tahun bila nak tukar road tax kereta, memang stres bila sticker tu melekat-lekat dekat cermin kereta kan? Maklumlah, bila asyik hujan, panas, hujan, memanglah sticker tu akan mengecut dan mengembang sampai dia jadi susah tanggal dari cermin kereta. Jadi di sini kami kongsikan cara tanggal roadtax kereta dengan lebih mudah yang anda boleh cuba nanti. CARA TANGGAL ROADTAX KERETA DENGAN MUDAH TANPA KESAN STICKER 1. Rendam kain dengan air panas. 2. Letakkan kain tadi di bahagian luar cermin kereta, iaitu betul-betul di atas roadtax yang hendak ditanggalkan. 3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair. 4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan roadtax berkenaan perlahan-lahan. 5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan. Mudah kan? Jadi lepas ni bolehlah kita cuba cara ni supaya taklah pening kepala nak kikis semua gam-gam yang asyik terlekat masa buka roadtax tu. Tak perlu dah nak spray apa-apa, cuma guna air panas! Selamat mencuba dan jom kongsikan dengan ...

Hanya Guna Kapur Makan Tanpa Perlu Sental Ini Cara Cuci Kerak Kuali Paling Berkesan

Image
Bila sudah menggunakan periuk selama lebih dari 10 tahun, sudah pasti akan hitam dan berkerak bahagian belakang periuk tu kan? Dah macam-macam cara digunakan untuk menghilangkan kerak hitam tersebut tetapi tak menjadi! Jadi, terjumpa pula satu perkongsian tips menghilangkan kerak hitam periuk di laman Facebook dimana tips ini menjadikan periuk tersebut kelihatan baru! Berkilat periuk selepas menggunakan kapur makan sahaja! CARA TERBAIK CUCI KERAK KUALI GUNA KAPUR MAKAN JE! Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang….. maii saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia. Hangpa cuma perlu kapur makan.. kapur yang makan dengan sirih tu. Berus dawai tu dengan pisau.Step angpa ikut kat bawah naa.Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi…nak mudah lagi l...

Basuh Baju Putih Macam Baru Walau Berkali Pakai Caranya Mudah Tanpa Menyental

Image
Ibu-ibu mesti pening kepala bila tengok baju sekolah anak-anak yang semakin kusam. Terutamanya bagi anak yang lasak, kekotoran adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Kalau terkena pada baju sekolah yang putih pula, boleh fobia dibuatnya! Dalam artikel kali ini, ada tips menarik oleh Puan Zakiah Hassan. Rupanya, tak perlu bersusah-payah pun. Tak perlu sental, tak perlu pakai sabun yang mahal-mahal. Nak tahu macam mana? Mari kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah. Cara Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental Sebelum apa-apa, mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu. Bahan-bahan Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin) Sabun basuh baju (cecair atau serbuk) Air Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh) Sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja. Sabun A1 Sabun Cap Kapak Sabun Cap Buruh Cara-cara Ini pula langkah mencucinya. 1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin b...

Kaedah Pokok Subur Guna Paracetamol Atasi Pokok ‘Sakit’ Begini Caranya

Image
Mesti ramai dalam kalangan kita yang sudah mempunyai hobi baharu bila duduk di rumah. Ada yang sudah mula rajin memasak dan ada juga yang cenderung minatnya terhadap tanaman pokok. Tapi, bila dan tanam pokok, mesti anda akan mengalami masalah apabila pokok tersebut ‘tidak sihat’ dimana daun menjadi kering dan buah pokok pun sering busuk. Mungkin anda boleh gunakan cara yang dikongsikan di laman Facebook ini dimana anda boleh cuma gunakan paracetamol bagi mengatasi masalah pokok ‘sakit’. Benda baharu! GUNA PARACETAMOL, ATASI MASALAH POKOK ‘SAKIT’ “Ko ingat aku ada masa nak kasi buah/daun ku busuk dimakan ulat!”.. Untuk masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah selalu busuk…itu petanda pokok ‘sakit’ dan kalau dah sakit, Paracetamol jawapan dia. Ambil pil paracetamol sebarang jenama. Belah 2 atau 4 dan tanamkan ke tanah di pokok yang sakit, insyaAllah pokok akan sihat dan daun pokok segar serta buah tak busuk lagi. Justifikasi dia, Paracetamol terkandung dad4h, bila kita tanam...

Modal Tak Sampai RM15 Ini Cara Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta

Image
Kereta calar baik kerana bergesel dengan kereta lain, pagar, penghadang jalan dan sebagainya memang boleh buat tuan punya kereta pening kepala. Sebabnya kos untuk ‘touch up’ balik bukanlah murah. Bagi korang yang sekarang ada masalah ini boleh cuba dulu tip yang diajar oleh brader bernama @petre_ikato sebelum ke bengkel. Cara hilangkan calar kereta yang dikongsi di Twitter kosnya tak sampai pun RM15. Ha menarik kan! Caranya seperti di bawah: Dua benda kena ada Kalau nak hilangkan calar/ paint transfer/scuff mark dengan bajet yang murah tak sampai RM 15 dua benda ini kena ada. 1. WD-40. The solution to every problem Hilang karat, tanggalkan kotoran, licinkan mangga ketat, hilangkan kesan chewing gum dari karpet and macam macam lagi boleh buat guna benda alah ni. 2. Magic Sponge Benda ni beza dengan sponge biasa is permukaan dia yang senang utk grab all the kotoran. Sponge ni jugak bagus simpan dekat rumah so boleh cuci bahagian kotoran degil and tak perlu sabun. So WD-40 dekat Mr...

Jangan Buang Kulit Bawang Bila Dah Kupas Ada Gunanya Untuk Tanaman

Image
Bawang merah memang jadi bahan asas memasak hampir setiap hari. Apalah sedapnya masakan tumis kalau tak letak bawang kan. Tapi bukan bawang itu saja yang cukup berguna untuk masakan, ramai tak tahu rupanya kulit bawang yang selalu kita buang itu juga ada kegunaannya yang tersendiri. Berguna untuk yang suka bercucuk tanam Ia cukup berguna buat mereka yang suka bercucuk tanam di rumah. Macam mana kegunaannya? Berikut adalah perkongsian dari Hazimah Imn Ismail Imn yang boleh kita praktikkan juga. Caranya: 1. Selepas mengupas bawang merah, kumpul kulitnya. 2. Letakkan dalam besen dan tuangkan air. Rendam semalaman. 3. Keesokan hari gunakan air ini untuk menyiram atau menyembur tanaman. 4. Selain itu boleh juga tabur terus kulit bawang ini dalam pasu tanaman. Manfaat kulit bawang pada tanaman Bantu pokok jadi lebih subur. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah selain membunuh hama serangga pokok. Sumber: Kebun Bandar

Cara Mudah Buat Lilin Guna Cotton Bud Boleh Guna Masa Tiada Elektrik

Image
Memang risau juga bila tiba-tiba bekalan elektrik terputus bukan? Ketika itu juga lah lilin yang disimpan dalam rumah dah habis digunakan dan anda terpaksa bergelap kerana tiada sebarang alat cahaya ketika emergency. Jangan risau, jika keadaan sebegini berlaku lagi selepas ini, anda boleh guna cara DIY lilin hanya menggunakan cotton bud. Katanya dengan menggunakan cotton bud ini, lilin dapat bertahan selama berhari-hari! DIY LILIN GUNA COTTON BUD, TAHAN BERHARI-HARI! Tips jika bila lampu mati atau tiada elektrik. Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari.. BAHAN-BAHAN : * Gelas * Air * Minyak Goreng * Cotton Bud CARA-CARA : 1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik. 2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibagian tengah. 3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas. 4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud. 5. Nyalakan guna mancis atau lighter. Tahan sampai berhari-hari! Semoga bermanfaat.. Sumber: Anisah Connie

Sebelum Beli Pastikan Tahu Perbezaan Cili Kering Ikut Tahap Kepedasan

Image
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa cili kering juga mempunyai pelbagai jenis mengikut tahap kepedasan. Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi bentuk dan saiz cili tersebut supaya anda tahu jenis yang manakah menepati citarasa anda. Dengan adanya perkongsian ini, barulah anda boleh pilih cili kering untuk digunakan dalam masakan sama ada suka yang pedas atau yang kurang pedas. PERBEZAAN CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos. So jom kita baca . 1. GEMUK Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana. Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668, dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah y...

Guna 2 Bahan Ini Elak Kipas Cepat Berhabuk Caranya Mudah Saja

Image
Mesti ramai yang mengalami masalah begini kan? Kipas angin di rumah senang sangat perangkap habuk. Leceh nak bersihkan selalu. Yalah, nak buka satu-satu memang ambil masa. Sebenarnya ada cara yang mudah yang boleh anda cuba supaya habuk tak mudah melekat pada bilah dan jaring kipas. Jangan tak percaya, hanya perlu gunakan 2 bahan yang murah dan mudah didapati iaitu – pelembut fabrik dan cuka makan! Berikut adalah tips oleh Alosnida Musa yang sangat menarik hingga mencecah 15K perkongsian! TIPS ELAK KIPAS CEPAT BERHABUK Berikut adalah cara mengelakkan kipas anda cepat berhabuk dengan menggunakan 2 bahan ‘keramat’ iaitu Pelembut fabrik (softner) Cuka makan *Campurkan kedua-dua bahan bersama air biasa dengan nisbah 1:1:1 pada setiap bahan. CARA-CARA 1. Bersihkan Kipas Terlebih Dahulu Mula-mula, bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. 2. Masukkan Campuran Cuka, Pelembut Pakaian & Air Ke Dalam Botol Spray Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas l...

Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Ikut Cara Ini Tahan Sampai Berminggu Lama

Image
Perasan tak, walaupun sayuran dah disimpan dalam peti sejuk, ia masih boleh menjadi layu dan kurang segar walaupun hanya selepas beberapa hari. Sebenarnya terdapat petua dan cara menyimpan sayur dan bahan-bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama. Berikut adalah perkongsian oleh Puan Maslina Misnan yang amat berguna. Ada langkah bergambar yang mudah difahami. Semoga ramai yang boleh merujuk dan mendapat manfaat daripadanya. CARA MENYIMPAN SAYUR DAN BARANG DAPUR SUPAYA TAHAN LAMA Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama. 1. Rendam Sayur Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi. 2. Tambah Garam Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk menc...

Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan Keli Lakukan Cara Ini Baru Sedap Dimasak

Image
Satu masalah bila masak ikan ini adalah baunya hanyir. Kalau sudah mahir dan tahu untuk buang bau tidak enak ini, pasti tiada masalah. Sebenarnya, bukan mudah nak goreng ikan keli ini, Kalau tak reti memang meletup-letup dalam kualilah jawabnya. Ini disebabkan lendir yang masih melekat pada ikan keli tersebut. Bagi yang belum tahu, Sinar Plus kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan lendir dan juga bau hanyir pada ikan keli ini. Barulah mudah nak menggorengnya nanti. 1. Perap dengan tepung Salah satu cara hilangkan lendir ikan keli dengan mudah adalah dengan menggunakan tepung. Kata orang tua-tua, guna tepung beras lebih elok. Tapi kalau tak ada, guna tepung gandum pun boleh. Caranya, taburkan tepung pada ikan keli dan biarkan ia diperap selama beberapa lebih kurang 15-30 minit. Kemudian, barulah basuh ikan tersebut dan kemudian goreng seperti biasa. 2. Garam + limau kasturi Biasanya di setiap rumah memang ada garam kasar kan? Cuma gosok dengan garam kasar tanpa air. Lendir ak...

Kaedah Tanam Kobis Dalam Pasu, Nampak Cantik Dan Mudah Je!

Image
Seronok tengok di media sosial mereka yang menanam kobis dalam pasu. Nampak sihat-sihat dan paling best ia turut mencantikkan halaman. Kalau anda berminat untuk mencuba boleh ikut langkah-langkah menanam kobis dalam pasu oleh Hariza Amrry. Langkah 1 Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah. Langkah 2 Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari. Langkah 3 Penyediaan tanah-Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam. Langkah 4 Pinda...

Tikus Banyak Berkeliaran Lakukan Cara Ini Untuk Halau Mudah Dan Berkesan

Image
Tikus adalah haiwan perosak yang sangat digeruni pemilik rumah dan juga kedai makan. Bila ada je tikus, orang akan terus menyangka yang tempat tersebut adalah kotor dan jijik. Bayangkan bila tikus tu banyak, mesti tahi tikus akan ada bersepah dekat tempat mereka main atau lalu. Selalunya kalau tengok belakang almari ke, dalam stor ke, mesti akan jumpa tahi tikus kalau rumah memang dah jadi tempat pembiakan dorang. Bukan senang tau nak halau tikus ni, lebih-lebih lagi bila dah beranak-pinak dengan banyak. Jadi artikel ini akan membantu anda mengenali betapa bahayanya tikus, jenis-jenis yang ada, dan juga memberikan anda cara menghalau tikus dengan mudah. Menghalau Dan Menghapuskan Tikus Cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus. Kedua-dua cara ni tak begitu efektif sebab tak semua tikus yang ada akan mati kalau kaum kerabatnya dah ramai, jadi tikus masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda. Sebenar...

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup, Barulah Pokok Cepat Besar

Image
Daun sup merupakan antara tanaman yang mudah untuk ditanam dan wajib ada di rumah. Sesuai ditabur di dalam masakan sup, kami kongsikan cara mudah menanam pokok daun sup yang dikongsi oleh saudara Abdul Sapawi Abdullah. Menariknya cara ini kerana anda tidak perlu menggunakan biji benih, hanya guna keratan batang pokok daun sup yang berakar. Cara Tanam Pokok Daun Sup 1.Pastikan pokok daun sup yang dibeli itu daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun. 2.Semai di dalam cocopeat (sabut kelapa). Pastikan anda basahkan (1000 ppm baja AB) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini kerana batang daun sup sensitif air dan akan membusuk bila terendam di dalam air. 3.Letak di tempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan media ta...