Posts

Showing posts from February, 2026

Rahsia Brownies Kedut Cantik Berkedut, Confirm Jadi

Image
Brownies kedut memang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang coklat pekat dan tekstur moist di dalam. Tapi nak dapatkan kedut cantik di permukaan bukan perkara mudah. Jangan risau, sebenarnya ada trik ringkas yang boleh buat brownies kedut jadi elok, sedap dan anti gagal walaupun pertama kali mencuba.  Bahan-bahan: 150g butter 350g dark chocolate beryls 3 biji telur 1 cawan gula perang (170g) 1 cawan tepung naik sendiri (100g) Cara-cara: 1. Satukan butter dan dark coklat. Cairkan dua bahan ini dengan menggunakan ketukar atau teknik double boil. 2. Dalam mangkuk lain, satukan telur dan gula perang. Kacau sekejap tak perlu lama. 3. Masukkan coklat dan butter yang sudah dicairkan semasa panas-panas. Kacau semua bahan sehingga sebati. 4. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati. 5. Panaskan oven. Lapik loyang saiz 8 inci dengan baking paper dan tuangkan adunan tadi. 6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150 selama 45 minit mengikut oven masing-masing. Bila dah mas...

Cara Buat Puding Karamel Lembut dan Manis, Confirm Jadi

Image
Puding karamel memang antara pencuci mulut yang tak pernah gagal buat orang tergoda. Tapi nak dapatkan puding yang lembut dan karamel tak pahit tu kadang-kadang jadi cabaran. Jangan risau, sebenarnya caranya mudah je. Jom ikut langkah ringkas ni untuk hasilkan puding karamel yang sedap dan confirm jadi walaupun pertama kali cuba. Bahan A: 1/2 cawan gula pasir Bahan B: 5 biji telur gred A Susu cair 1 cawan 1 cawan susu pekat (taknak manis boleh kurangkan) 1 cawan air Sedikit esen vanilla Cara-cara: 1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam kuali. Masak sehingga gula bertukar keperangan, jangan sampai hangus pula nanti rasa hangit. 2. Masukkan ke dalam loyang 7 inci. 3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letakkan juga esen vanilla. 4. Masukkan pula air, susu cair, susu pekat dan kacau sebati. Jangan terlalu lama nanti puding jadi berongga. 5. Tapiskan adunan semasa tuang ke dalam loyang. 6. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau sehingg masak. 7. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan ata...

Resepi Char Kuey Teow Penang Rasa Memang Padu

Image
Kalau teringin Char Kuey Teow Penang tapi malas keluar, resepi ni perfect. Senang je, guna bahan yang mudah je kat dapur, tapi rasanya pedas, wangi, dan ada sikit “wok hei” tu. Sesuai layan petang santai atau makan malam dengan keluarga, confirm puas hati tanpa keluar rumah. Bahan-bahan: 10 ekor udang size L Taugeh Daun Kucai Telur Kicap Cili boh Sedikit air Sedikit minyak masak Cara memasak: 1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak, masukkan 2 ekor udang masak separuh masak. 2. Masukan taugeh, kucai kacau, ko teow sehingga sedikit masak. 3. Masukkan kicap 3 sudu besar, 1 cili boh & sedikit air (jika mahu kuah banjir/lebih) kacau sedikit masak. 4. Pecahkan telur & tutup api kacau sehingga hancur telur. Selamat mencuba! Sumber: Are Pezz

Resepi Mac & Cheese Paling Creamy, Senang & Confirm Sedap

Image
Resepi ini sangat mudah, guna bahan ringkas tapi hasilnya memang padu. Sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa, hidangan ini confirm buat semua tersenyum. Sekali cuba, memang nak buat lagi dan lagi. Bahan-bahan: 2 cawan makaroni 2 cawan susu fresh cream 1 cawan serbuk cheese 4 keping cheese Bahan hiasan: Daun parsley Chili flakes Cara-cara penyediaannya: 1. Dalam periuk kesayangan bubuh makaroni yang dah dibasuh bersih. Tuangkan susu dalam periuk. Hidupkan api. 2. Tuangkan ½ cawan air kosong. 3. Masak sampai makaroni jadi lembut. Gunakan api kecil ya. 4. Ok makaroni kita dah masak lembut. Pastikan masih ada baki susu dalam secawan dalam periuk tu. Matikan api. 5. Letakkan serbuk cheese dalam periuk panas kita tadi. Gaulkan rata. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Tanya di kaunter ”wedges cheese powder”, beli yang tak pedas untuk anak anak makan. 6. Dah sebati, letakkan keju keping tadi. Gaulkan lagi sampai cheese cair sekata. 7. Hiaskan dengan daun parsley. Kalau takde pun takpe. Kalau ...

Resepi Tteokbokki Street Food Korea, Buat Sendiri Lagi Puas

Image
Kalau tiba-tiba mengidam tteokbokki, tak perlu tunggu ke Korea pun. Resepi ini ringkas, pedas manis dan kenyal elok, memang gaya street food. Bahan pun senang cari, cara buat tak renyah. Sesuai untuk makan petang, layan drama Korea, atau bila tekak teringin sesuatu yang padu dan mengenyangkan. Bahan kek beras: 1 cawan penuh membukit tepung beras pulut Setengah sudu kecil garam dan air secukupnya Cara buat kek beras: 1. Dalam mangkuk, satukan bahan di atas. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan. 3. Tabur tepung beras pulut diatas pelapik. Kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai. 4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap dibentuk lalu rebus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais. Bahan untuk sos: 3 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 1 sudu kecil lada hitam Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat. 2 sudu besa...

Portuguese Egg Tart Guna Kulit Paratha – Resepi Paling Mudah, Confirm Jadi

Image
Tak sangka hanya guna kulit paratha, kita boleh hasilkan Portuguese Egg Tart yang rangup di luar dan lembut berkrim di dalam. Resepi ini sangat mudah, jimat bahan dan sesuai untuk beginner. Rasanya pula memang setanding egg tart bakery terkenal. Bahan-bahan: Kulit paratha segera (8 keping dapat buat 12 biji) Whipping cream 75 g 2 biji telur Gula pasir 50 g Air panas 110 ml Cara-cara: 1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas. Kacau dan sejukkan. 2. Masukkan telur dan whipping cream, kacau rata dan ketepikan seketika. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam. 3. Keluarkan Pastry dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit. Ratakan menjadi empat segi Pastry seperti gambar satu dan gulung seperti gambar 1. 4. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi Pastry menjadi seperti dalam gambar 2. 5. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian seperti dalam gambar 3. 6. Masukan dalam bekas acuan pastri puff, tekan mengikut acuan seperti dalam ga...