Posts

Showing posts from April, 2022

Tips Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun, Guna Baja Bancuh Sendiri Saja

Image
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat . Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal. Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya. Tip pokok limau kasturi berbuah lebat sepanjang tahun Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur. Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk. Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur. Cara bancuh: 1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh den...

Rebus 2-3 Minit Cukup, Isi Kerang Cantik Elok Macam Cermin Begini Caranya

Image
Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu. Sebenarnya tak perlu rabus lama-lama pun, dalam 2 hingga 3 minit dah cukup agar isi kerang cantik dan elok berkilat macam cermin. Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin Bahan Di Perlukan: Air secukupnya 1 Sudu kecil Garam Ais Cara Membuat: Rebus air bagi mendidih. Kemudian, masukkan garam. Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup. 4. Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais. 5. Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa. Selamat mencuba, Semoga bermanfaat! VIDEO:   View this post on Instagram   A post shared by Yatie Kitchen®️ (@yatiekitchen) Mudah san...

3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul

Image
Kalau dah lama kisar tapi bawang tak juga hancur malah ada yang berketul walau sudah ditambah air maknanya mata pisau pengisar sudah tak lagi tajam. Blender atau mesin pengisar bila dah lama digunakan mata pisaunya mungkin akan jadi tumpul. Selain daripada guna garam kasar rupanya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat. Jangan terus fikir untuk ganti pengisar baru sebab ada saja cara untuk tajamkan kembali mata pisau yang sudah tumpul ini. Guna garam kasar Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam. Cara ni paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender. Ketul ais Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam. Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras...