Posts

Showing posts from January, 2026

Resepi Sotong Rebus Serai Paling Sedap & Mudah – Tak Hanyir

Image
Resepi Sotong Rebus Serai ini sesuai untuk anda yang inginkan hidangan ringkas tetapi beraroma. Sotong dimasak hingga lembut tanpa bau hanyir, digabungkan dengan serai yang wangi. Menu ini mudah, sihat dan sesuai dinikmati seisi keluarga. Bahan-bahan: Sotong Serai Bawang merah Bawang putih Asam keping Cili merah Cili hijau besar Cara-cara: 1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih. 2. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih. 3. Apabila mendidih, terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat. 4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam. 5. Masakan ini sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap...

Resepi Nasi Air Thai Simple Tapi Paling Sedap

Image
Nak menu segar, ringan tapi penuh rasa? Nasi Air Thai ni memang pilihan tepat! Resepi viral ala Thailand yang mudah dibuat, wangi herba, dan sedap menyelerakan. Sekali cuba, confirm nak ulang lagi. Bahan-bahan (untuk 4-5 orang makan): 2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman) Air 2 liter (boleh tambah jika beras masih keras) 2 ulas bawang putih Kiub ayam Rebus semua bahan-bahan ini. Bahan-bahan kuah: 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah & carik-carikkan isinya) 1 kiub pati ayam 1/2 batang serai yang dititik (jangan banyak sangat nanti kuat rasa serai) 4 ulas bawang putih (diketuk) 1 inci halia (diketuk) Air 1 liter Garam, gula dan serbuk cukup rasa Rebus semua bahan-bahan ini. Bahan hiasan untuk dimakan bersama: Minyak bawang putih (cincang kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dah sejuk simpan ambik sekali minyaknya) Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah sup tadi) Kangkung (celur dengan air panas je) Ikan bilis goreng Telur masin Cili flakes Air ...

Resepi Ayam Sambal Special Confirm Sedap

Image
Nak rasa ayam masak sambal paling sedap, pedas dan meletup rasanya macam di restoran? Resepi Ayam Masak Sambal Special ni mudah, cepat, dan confirm buat keluarga ketagih! Jom ikut cara simple tapi penuh rahsia lazat ini. Bahan-bahan: Seekor ayam bersaiz kecil (nak goreng separuh masak pun boleh) 7 sudu besar cili kisar/cili boh (boleh kurangkan kalau taknak pedas) 1 ketul kiub ayam Kulit kayu manis 6 tangkai daun kari 6 (wajib ada) Daun pandan disimpul Susu cair 1/2 cawan Cili sos 2 sudu besar Gula Bahan kisar: 4 batang serai Lengkuas 2 inci 2 inci Halia 2 biji bawang besar 1/2 labu bwg putih 1 biji tomato Cara-cara: 1. Kisar semua bahan kisar. 2. Tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan campuran cili boh tadi. 3. Masak sampai pecah minyak dan pekat. Kemudian masukkan susu cair dan daun kari. Kacau sebati dan perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. 4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air untuk dijadikan kuah. Masak sehingga ayam empuk. Siap! Makan dengan pulut...

Resepi Kek Batik Horlick Cheese – Bau Wangi, Rasa Creamy, Tak Pernah Gagal

Image
Siapa sangka kek batik biasa boleh jadi mewah bila campur Horlick dan cheese. Bau wangi, tekstur lembut, rasa padu. Sekali rasa, semua puji. Rahsia mudah ni buat orang tak sabar nak buat sendiri hari ini juga! Bahan-bahan: Butter 400g Susu Pekat setengah tin Horlicks 1 pack kecil Telur 2 biji Air suku cawan Biskut Marie 500g Bahan-bahan topping: Cream Cheese 300 gm Susu Pekat 4 sudu Whipping Cream anchor 1 cawan Cara-cara: 1. Cairkan butter. Kemudian masukkan susu pekat dan horlick. Kacau sehingga sebati. 2. Masukkan pula telur dan esen vanilla. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Letakkan juga sedikit air. 3. Akhir sekali masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga sebati. 4. Letakkan dalam loyang 10 inci yang sudah dilapik dengan baking paper. Padatkan adunan. 5. Untuk topping, kisar cream cheese dan susu pekat. 6. Putar whipping cream sehingga kembang. Masukkan campuran cheese dan susu pekat tadi, kacau sebati. 7. Letakkan di atas kek batik tadi. Ratakan dan sejukkan ...

Cara Buat Bihun Ala Pama – Sekali Cuba Terus Ketagih

Image
Bihun ala Pama ni bukan resepi biasa. Sekali bau naik dapur, perut terus berbunyi. Ramai dah cuba, ramai sangkut. Rahsia cara masak dan bahan dia buat rasa naik level, memang buat orang tak sabar nak cuba. Bahan-bahan (untuk 2 orang makan): 5 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 ketul kiun pati ayam maggi 1 sk lada sulah putih Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong) 1 liter air (agak-agak 1 jug kecil) Secubit garam (jika perlu) Bihun (secekak) Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan keemasan. 2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sudah, daun sup dan daun bawang. 3. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan bihun dan reneh sehingga bihun masak dengan elok. 4. Kalau tak cukup masin, masukkan secubit garam mengikut citarasa. 5. Siap! Sedia untuk dihidang. 6. Kalau suka pedas, taburkan juga serbuk cili. Sumber: Cik Pooja 

Rahsia Bancuhan Pisang Goreng Rangup Macam Gerai Tepi Jalan

Image
Nak tahu kenapa pisang goreng gerai tepi jalan sentiasa rangup, berbau harum dan tak berminyak? Ramai cuba, tapi gagal. Hari ini kami bongkar rahsia bancuhan sebenar yang peniaga jarang dedahkan, confirm buat orang berhenti scroll dan lapar terus sekarang juga. Bahan-bahan: Tepung beras sekampit (tak kisah jenama apa) 1 biji telur Serbuk kunyit Sedikit air kapur Garam Cara-cara: 1. Satukan semua bahan. Pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak terlalu cair. 2. Tips untuk dapatkan serdak yang banyak adalah goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Itu sahaja, tiada bahan tersembunyi. Saya bagi niat berniaga kerana Allah taala. Sumber: Liana Mustapha

Resepi Laksa Sarawak Legend – Kuah Pekat, Rasa Padu

Image
Laksa Sarawak ini gabungan kuah pekat berempah, mee lembut dan topping segar yang menyelerakan. Sesuai untuk hidangan keluarga atau minum petang, sekali rasa pasti buat semua ketagih dan minta tambah lagi. Bahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak: 2 belah dada ayam/isi ayam 200 gram udang 2 liter air 300 ml santan 2 batang serai 1 kiub ayam Garam secukup rasa Cara-cara untuk membuat kuah laksa Sarawak: 1. Basuh dada ayam sehingga bersih. Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut. 2. Setelah masak, keluarkan dan toskan dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik) 3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi. 4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang. 5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak. 6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak dan kiub ayam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. 7. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya ...

Resipi Rojak Mee Padu – Kuah Pekat, Rasa Memikat

Image
Rojak Mee ini gabungan mee lembut, kuah pekat dan rasa pedas manis yang menyengat. Sesuai disediakan untuk minum petang atau jamuan keluarga, sekali rasa pasti membuat semua ketagih dan habis licin. Bahan-bahan untuk kuah: 1 paket biskut marie (dipatah-patahkan) Kentang rebus 3 biji (dikisar) Cili kering Udang kering Bawang putih 3 ulas (kisar) 2 sudu besar tepung jagung Cara-cara penyediaan kuah: 1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kentang rebus yang sudah dikisar. 3. Masukkan juga biskut marie, kacau sehingga biskut hancur. 4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan perasa dengan garam gula secukupnya. Bahan-bahan untuk kuih rojak: Tepung gandum 2 senduk 2 sudu besar yis Daun kucai (takde pon takpe) Cara-cara penyediaan kuih rojak: 1. Satukan tepung, yis dan secubit garam. Bancuh jangan terlalu cair. 2. Masukkan kucai dan perap dalam beberapa minit. 3. Kemudian sedia untuk digoreng. 4. G...

Resepi Kek Butter Kampung Gebu & Lembut, Bau Wangi Memikat

Image
Terasa nak kek homemade yang simple tapi penuh nostalgia? Resepi Kek Butter Kampung ini gebu, lembut dan wangi mentega asli. Cara buat pun mudah, bahan ringkas, sesuai untuk minum petang atau jamu tetamu, sekali rasa pasti nak ulang lagi. Bahan-bahan: 250g gula halus 250g mentega/butter suhu bilik 5 biji telur A 250g tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak) 1 sudu kecil baking powder (ayak) 2 sudu besar susu cair Sedikit esen vanila Cara-cara (teknik 1): 1. Pukul gula dan mentega dan esen vanila sampai gebu putih. 2. Kemudian masukkan telur sebiji2 pukul sebati, masukkan bahan ayak pukul perlahan sebati. 3. Masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi 10 saat stop. 4. Guna acuan size 8/9 inci griss dgkn butter/lapik baking paper bakar suhu 170c api atas bawah. Cara-cara (teknik 2): 1. Cairkan butter dan ketepikan. 2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali Butter/mentega cair. 3. Tambah 1 sudu besar ovalet. 4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang ...

Resepi Ayam Masak Halia Simple Tapi Sedap, Tak Perlu Banyak Bahan

Image
Nak lauk cepat tapi rasa macam makan di kedai? Resepi Ayam Masak Halia ini gabungan rasa wangi halia, ayam lembut dan kuah ringkas yang menyelerakan. Mudah dimasak, bahan pun simple, sekali cuba confirm masuk senarai menu kegemaran. Bahan-bahan: Isi ayam Sos tiram Serbuk lada hitam Tepung jagung Cili kering Bawang merah Bawang putih Halia Daun bawang Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili, bawang dan halia, tumis sehingga sedikit layu. 2. Masukkan ayam dan kacau rata. 3. Masukkan air dan serbuk lada hitam. 4. Masukkan pula sos tiram. 5. Letakkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila semua dah secukup rasa, masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang diingini. 6. Akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap untuk dihidang! Selamat mencuba! Sumber: Fdlah Ila

Resipi Sambal Telur Berlado Padu – Mudah, Jimat Memang Sedap

Image
Pernah rasa lauk ringkas tapi buat nasi licin? Resipi Sambal Telur Berlado ini pedas menyengat, mudah disediakan dan jimat bajet. Sekali cuba, pasti jadi menu wajib di rumah, sesuai untuk makan tengah hari atau malam seisi keluarga suka sampai habis. Bahan-bahan: Telur Cili masak* Cili api* Tomato* Bawang merah* Bawang putih* Sos tiram Garam Cara-cara: 1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*). 2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga ia nampak garing dan sudah pecah minyak. 3. Masukkan sos tiram dan biarkan seketika. 4. Tambahkan air sedikit dan garam. 5. Biarkan sekejap dan selepas tu pecahkan telur di dalamnya. Biarkan sekejap telur itu. 6. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan. Sumber: Zana Mokhtar

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Padu Tak Perlu Pergi Kedai

Image
Kalau teringin lauk padu yang buat selera terus naik, Ikan Siakap 3 Rasa inilah jawapannya. Kuah masam manis pedas menyelubungi ikan rangup, cukup sempurna untuk hidangan keluarga, tetamu istimewa, atau menu viral harian yang mudah disediakan di rumah. Bahan-bahan: Ikan siakap 1 ekor Serai 1 batang Bawang besar potong dadu 1 biji 3 ulas bawang putih cincang halus 1 inci halia cincang halus Cili merah 1 biji 3 biji cili api Timun 1/2 biji Tomato 1 biji Nenas 1 potong 4 helai daun limau purut Sedikit daun sup sebagai hiasan Bahan sos: Cili kering 3 sudu besar Sos cili 3 sudu besar Sos tomato 2 sudu besar 2 sudu sos tiram 2 sudu sos ikan Cara-cara penyediaan: 1. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup. 2. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng. 3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah. 4. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak c...

Cara Buat Krim Putar Homemade Paling Senang, Gebu Macam Kedai Kek

Image
Krim putar gebu dan lembut memang jadi penyeri setiap kek atau pencuci mulut. Dengan cara mudah dan bahan simple, resepi ini confirm jadi setiap kali. Tak perlu mesin canggih, hasil tetap cantik, gebu dan stabil, siap untuk hiasan kek atau buah segar.  Bahan-bahan: 1 sdb ovalette 5 sdb susu pekat 4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family) 3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis) 1 bekas ais batu (pastikan dlm ketulan kecil-kecil, senang nak mix) Mixer Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ya, jangan pakai bekas kecil. 2. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti. 3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk. 4. Bila ais batu d...

Resepi Udang Belon Thai Simple Tapi Sedap, Semua Orang Puji

Image
Udang belon Thai memang kegemaran ramai sebab rangup luar, juicy dalam dan sedap gila! Resepi ni guna cara mudah, bahan simple, tapi rasa ala restoran. Confirm semua ketagih sepinggan pun tak cukup. Bahan-bahan: Udang Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink) Telur Garam secukup rasa Air secukupnya Cara-cara: 1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je. 2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam) 3. Masukkan air secukupnya. Tak nak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang. 4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas. 5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang. Nota:   Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu. Sumber: Fatyma Idris

Resepi Ayam Goreng Ala McD Rangup di Luar, Juicy di Dalam

Image
Nak makan ayam goreng rangup luar, juicy dalam macam McD tapi di rumah? Resipi ini jawapannya! Guna bahan mudah, cara senang, siap dalam masa singkat, confirm semua suka dan licin pinggan. Bahan-bahan: Rempah kari daging Tepung bestari pedas Serbuk cili babas Tepung goreng cucur cap tangan Telur Cara-cara: 1. Rebus ayam bersama rempah kari daging. 2. Buang air rebusan. Bilas dengan air sejuk dan tambahkan sedikit ais supaya isi tak kecut. 3. Masukkan tepung bestari pedas dan serbuk cili babas. Gaul sehingga sebati. 4. Tutup bekas dengan plastik dan masukkan ke dalam peti ais sekejap. 5. Satukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan. Gaul rata terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu kfc maggi secukup rasa. 6. Lumurkan campuran tepung tadi pada ayam, kemudian celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan semula dengan tepung. 7. Goreng ayam dalam minyak yang banyak. Tak perlu goreng lama, bi...

Cara Buat Mee Kuning Guna 4 Bahan, Mudah Confirm Jadi

Image
Rupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya perlu menggunakan 4 bahan saja. Cara membuatnya juga sangat mudah dan dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila buat sendiri.  Bahan-bahan: 300gram/1 mangkuk tepung gandum 1 biji telur Sedikit garam Serbuk kunyit untuk pewarna Cara-cara membuat mee kuning: 1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian bancuh dengan air suam. 2. Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan doh kepada 5 atau 6 biji. 3. Selepas itu, canai dengan menggunakan mesin mee. Naf beli mesin kecil sahaja harga pun murah RM40, beli 5 tahun lepas. 4. Gelek-gelekkan sebiji demi sebiji doh tadi ke dalam mesin mee. Kalau koyak, taburkan tepung dan buat sampai tidak koyak.buat sendiri mee kuning 5. Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee. 6. Bila dah siap semua, rebus mee dengan air panas. Jika sudah timbul, maknanya mee sudah masak. Boleh angk...

Resepi Kuey Teow Celup Paling Sedap – Kuah Padu, Bahan Murah

Image
Kuey Teow Celup memang menu ringkas tapi kuahnya boleh buat orang jatuh cinta. Gabungan kuah manis pedas, kuey teow lembut dan bahan segar ini sesuai dimakan panas-panas, confirm puas hati setiap suapan. Bahan-bahan kuah sup: Seulas bawang putih Air Ayam dada Kaki ayam Secukup rasa Garam Gula Kicap manis Kacang goreng tanpa minyak (ditumbuk) 2 sudu sos ikan Akar daun ketumbar Akar daun sup Cara-cara membuat kuah sup: 1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan air. 2. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain. 3. Didihkan seketika. Cara hidangan: 1. Bilas kuey teow dengan sedikit air suam dan letak dalam mangkuk. 2. Taburkan kacang tumbuk, serbuk cili, cili jeruk, kangkung, taugeh, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis dan isi ayam dada yang telah diracik. 3. Masukkan juga minyak bawang putih. (tumbuk bawang putih sehingga hancur, kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing). Selamat mencuba! Sumber: Leeya Bridal Melaka

Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai Ala Kampung, Confirm Bertambah Nasi

Image
Kalau terbau tempoyak pun dah buat perut berkeroncong, resipi ini memang wajib cuba. Sambal Tempoyak Udang Petai yang pedas, lemak masam dan wangi ini confirm buat seisi rumah bertambah nasi tanpa sedar, dengan rasa asli kampung yang padu dan menyelerakan. Bahan-bahan: 10 ekor udang 4-5 sudu besar tempoyak Cili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini) Ikan bilis halus (wajib ada supaya sambal lebih berlemak) 2-3 batang serai yang dititik 3-4 sudu besar gula. Cara-cara: 1. Tumbuk cili bersama ikan bilis. 2. Apabila sudah lumat, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama serai dengan minyak sederhana sehingga agak garing. 3. Masukkan pula tempoyak dan gula. (jika tempoyak manis, kurangkan gula) 4. Masukkan 1/4 air ke dalam lesung sisa cili dan ikan bilis tadi. Kalau suka berkuah, lebihkan air. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi. 5. Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak. 6. Kemudian masukkan udang sehingga bertukar warna merah. Letakkan garam dan perasa. 7. Akhir sekali...

Resepi Chicken Wings Viral – Guna Bahan Simple, Rasa Luar Biasa

Image
Nak chicken wings yang rangup di luar, juicy di dalam dan penuh rasa? Resepi ini paling mudah, perapan ringkas tapi hasil luar biasa. Sesuai untuk beginner, jimat kos, dan confirm jadi kegemaran keluarga atau jualan. Bahan-bahan ayam: 1 kg kepak ayam (potong dua) Garam Lada hitam Sos tiram Mix herbs Tepung jagung Bahan-bahan sos: Bawang putih dicincang Mentega Garam 3 sdb madu Serbuk cili 3 sdb gula perang CARA PENYEDIAAN: 1. Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan mix herbs. Gaulkannya sehingga sebati. 2. Celupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. 4. Selepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing. 5. Untuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau. 6. Masukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam ber...

Resepi Aiskrim Mochi Lembut & Kenyal – Tak Perlu Mesin, Confirm Jadi

Image
Nak buat aiskrim mochi sendiri tapi takut tak jadi? Jangan risau! Resepi ini paling mudah, bahan ringkas, tanpa mesin, dan hasilnya lembut serta kenyal. Sesuai untuk beginner, jimat kos, dan rasa premium macam beli di kedai Jepun yang viral sekarang. Bahan-bahan: 50 gram tepung pulut 100 gram gula pasir 100 ml air 1 sudu besar pewarna kesukaan Tepung jagung secukupnya Ais krim CARA PENYEDIAAN: 1. Bulatkan ais krim menggunakan scoop khas untuk ais krim mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian ais krim tadi di simpan semula di dalam peti sejuk beku. 2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat dan berkilat. 3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat di atasnya. Gelek sehingga rata. 4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan. 5. Masukkan ais krim yang sudah disejuk beku tadi ke dalam moc...

Resepi Sambal Ikan Tongkol Ala Kampung, Sedap Tak Terkata

Image
Resepi Sambal Ikan Tongkol ini memang pembuka selera sejati dengan rasa pedas, manis dan berempah seimbang. Kuah sambalnya pekat, ikan lembut dan tak hanyir. Sesuai dimakan dengan nasi panas, confirm menyelerakan setiap kali dihidang. Bahan-bahan: 1 genggam cili kering – rendam air panas,basuh dan toskan. 2 ulas bawang putih ( 1 ulas dikisar, 1 ulas dihiris nipis) 2 biji bawang besar 1 asam keping Gula Garam Aji CARA PENYEDIAAN: 1. Kisarkan cili kering, bawang putih, dan bawang merah bersama setengah cawan air. 2. Gorengkan ikan tongkol sehingga masak dan garing. 3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan. 4. Masukkan 3 sudu kecil gula dan asam keping. Masak sehingga sambal menggelegak. 5. Sekiranya sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. 6. Masukkan sedikit air sekiranya sambal kering dan gaul sehingga sebati. Siap dan selamat mencuba! Sumber: Aieda Sheema

Resepi Daging Kari Masak Kicap Sedap Pekat & Berempah

Image
Resepi Daging Kari Masak Kicap ini gabungan rasa berempah, manis dan pedas yang memikat selera. Kuahnya pekat, daging lembut, dan aromanya membangkitkan selera. Sesuai untuk hidangan keluarga atau jamuan istimewa, confirm nasi bertambah tanpa sedar. Bahan-bahan: 2 sudu serbuk kari daging Cap O 600 gm daging dihiris nipis, potong lawan urat ½ biji bawang besar dimayang halus 3 ulas bawang putih dihiris 1 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 2-3 tangkai daun kari 1 biji tomato belah 8 ½ biji bawang besar dihiris 3 sudu sos tiram 7 sudu kicap lemak manis CARA PENYEDIAAN: 1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari dan kacau sekejap. 2. Masukkan daging dan kacau sampai daging keluarkan air. Bila air dah semakin pekat itu maka masukkanlah sos tiram dan kicap. 3. Kacau sebati dan masukkan tomato dan hirisan bawang besar. Siap dan selamat mencuba! Sumber: Khairul Abdullah

Resepi Spring Roll Buah-Buahan – Anak-Anak Pun Suka

Image
Resepi Spring Roll Buah-Buahan ini bukan saja cantik dipandang, tapi segar, sihat dan mudah disediakan. Gabungan buah segar dengan balutan nipis menjadikannya pencuci mulut sempurna, sesuai untuk diet, majlis, atau snek ringan seisi keluarga. Bahan-bahan: Suhun Bunga telang Jus buah naga Jus lemon Buah-buahan pilihan: 2sdb tepung kastard 1/2 tin susu cair 2 sdb gula Secubit garam Rice paper CARA PENYEDIAAN: 1. Untuk membuat suhun menjadi warna biru, korang perlu merendamkannya di dalam air bunga telang selama beberapa minit sehingga ia bertukar warna. 2. Rendamkan suhun di dalam air jus buah naga supaya suhun menjadi warna buah jambu, dan rendamkannya di dalam air bunga telang dan juga jus perahan lemon supaya suhun berwarna ungu. 3. Rendamkan rice paper  ke dalam air suam sehingga ia menjadi lembut sedikit, letak suhun dan buah di atasnya lalu gulungkan ia. 4.    Untuk sos cicahan pula, masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan garam. Gaulkannya sehingga ia menjadi se...

Resepi Kukkra Curry Ayam Asli – Kuah Berempah Power

Image
Resepi Kukkra Curry Ayam ini wajib cuba untuk pencinta kari pekat berempah. Bau wangi rempahnya menggoda, kuahnya padu, dan rasanya cukup sedap. Mudah dimasak di rumah, confirm sekali cuba terus jatuh cinta. Sesuai makan dengan nasi panas setiap masa. Bahan-bahan: Seekor ayam 5 biji bawang merah* 3 biji bawang putih* 1 inci halia* 4 biji tomato dipotong dadu Ubi kentang 1 pokok daun ketumbar 5 sdb yogurt asli 6 sdb serbuk kari Kisar bahan bertanda (*) CARA PENYEDIAAN: 1. Tumis semua bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau. 2. Masukkan tomato dan serbuk kari lalu kacau sehingga naik minyak. 3. Kemudian masukkan ayam, kentang dan sedikit air. 4. Biarkan sehingga air mendidih dan ayam sudah mulai masak. 5. Masukkan yogurt dan daun ketumbar yang sudah dipotong. Siap dan selamat mencuba! Sumber: Aslyna Nor Hassan

Cara Buat Peria Goreng Telur Masin Simple Tapi Sedap

Image
Resepi Peria Goreng Telur Masin ini memang lain dari biasa. Peria pahit dipadu telur masin lemak, digoreng rangup di luar tapi lembut di dalam. Aroma telur masin wangi menyambar selera, sekali cuba pasti nak tambah nasi dan sesuai dijadikan lauk atau snek istimewa keluarga. Bahan-bahan: Sebatang peria 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 kiub ayam Sebiji telur masin CARA PENYEDIAAN: 1. Rebus peria sehingga layu dan jangan rabus sehingga ia overcooked. 2. Pukul telur masin sehingga ia hancur, sementara itu boleh hiriskan bawang merah dan bawang putih. 3. Tumis bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau dan masukkan peria yang sudah direbus tadi. 4. Masukkan pula telur masin yang sudah dihancurkan tadi lalu perasakan bersama gula dan garam. 5. Kacau rata sehingga peria disaluti telur masin. Siap dan selamat mencuba! Sumber: Fyza Shah

Resepi Chee Cheong Fun Udang Lembut & Licin – Kuah Padu Macam Kedai

Image
Resepi Chee Cheong Fun Udang ini memang menggoda selera. Kulit roti licin dan lembut dipadu kuah manis masin serta udang segar. Sesuai dijadikan sarapan atau kudapan istimewa, sekali cuba terus jatuh cinta dan pasti nak tambah lagi. Bahan-bahan chee cheong fun: 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung jagung 1/2 sudu kecil garam 3 cawan air Bahan-bahan kuah: 1 cawan air 3 sudu besar kicap cair 1 1/2 sudu besar gula CARA PENYEDIAAN: 1. Kacau bahan-bahan chee cheong fun sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi. 2. Oleskan minyak pada tray, tidak perlu dalam kuantiti yang banyak. Sekadar nak bagi licin sahaja. 3. Letak elok-elok dan rata, pastikan anda adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan. 4. Jangan letak air tepung yang terlalu banyak, buat senipis yang mungkin. Letakkan udang, sekiranya udang kecil, masa untuk mengukus perlu dikurangkan. 5. Kukus selama 1 minit 30 saat. Angkat tray dan buang air lebihan sekiranya ada, gulungkan secara perlahan-lahan...

Resepi Donut Sambal Sira – Gebu, Pedas Manis & Unik Gila

Image
Resepi Donut Sambal Sira ini memang lain dari biasa. Donut lembut digoreng rangup, disira sambal pedas manis yang melekat cantik. Gabungan unik ini buat ramai terkejut sedap, sesuai dijadikan kudapan istimewa atau idea jualan yang pasti laris. Bahan-bahan donut: 1 paket tepung gandum unbleach (tepung Bunga Rose) 1 paket yis Mauripan1 cawan air masak 1sdt garam 2 sdb susu pekat (guna gula pun boleh) 2 sdb marjerin Bahan-bahan sambal sira: 3 sdb cili boh 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar ½ ketul gula melaka yang disagat 1 sdt garam 3 senduk gula CARA PENYEDIAAN: 1. Campurkan air masak, yis, garam dan susu pekat ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Selepas itu, biarkan seketika pada jemuran matahari tepi tingkap (atau bawah cahaya lampu terang) untuk memudahkan yis itu kembang dengan cepat dan berbuih halus. Rehatkan dalam 15 minit. 2. Buat doh dengan memasukkan tepung gandum di dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah dan masukkan marjerin dan yis yang sudah kembang ke dalam...

Resepi Ayam Menangis Viral – Pedas, Wangi Rasa Luar Biasa

Image
Resepi Ayam Menangis Viral kerana rasanya yang pedas wangi dan sangat menggoda. Ayam juicy digaul rempah istimewa bersama aroma menyambar selera. Sekali cuba terus jatuh cinta, sesuai dijadikan menu istimewa keluarga untuk hidangan hujung minggu bersama. Bahan-bahan perapan: Ayam  (isi peha atas, isi peha bawah, isi dada) Akar ketumbar Bawang putih Gula perang Sos ikan Kicap pekat Lada sulah/hitam Minyak Bahan-Bahan Sos: Sos ikan Air asam jawa Perahan limau nipis Gula kabung/nisan Thai Serbuk cili kasar Beras goreng Daun ketumbar (cincang) Akar ketumbar (cincang) Cili padi (cincang) Bawang merah (cincang) Bawang putih (cincang) CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar kesemua bahan untuk perapan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. 2. Perap dan simpan di dalam chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak. 3. Untuk masak, panaskan non stick pan dan letak minyak sedikit lalu bakar dengan api kecil. 4. Untuk sos cicahannya pula, campurkan kesemua bahan dan perasaka hingga cukup rasa. ...

Resepi Siakap Laprik Ala Thai Power, Confirm Bertambah Nasi

Image
Resepi Siakap Laprik Ala Thai ini cukup menggoda selera. Kuah pedas pekat, ikan segar dengan aroma rempah buat hidangan terasa macam di restoran Siam. Mudah dimasak, sekali cuba pasti bertambah nasi untuk hidangan keluarga hujung minggu istimewa bersama. Bahan-bahan: (dikisar kasar) 6 tangkai cili kering 8 biji cili padi 7 ulas bawang putih 2 pokok akar ketumbar Bahan – bahan lain: 1 ekor ikan siakap 1/2 cawan air asam jawa 2 sudu besar gula 1 cawan air 3 sudu besar sos ikan Daun ketumbar Garam secukup rasa Tomato dan cili merah sebagai hiasan CARA PENYEDIAAN: 1. Kelar ikan siakap dari belakang hingga ke depan. Sekiranya anda kelar isi ikan, ia akan masak sampai ke tulang. 2. Salutkan ikan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. 3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali, ambil minyak itu dan simbah pada atas badan ikan supaya cepat masak. 4. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing. 5. Masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sebati. 6. Masukk...

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Lembut & Cair Meleleh

Image
Resepi Korean Garlic Cheese Bread ini memang viral dan buat ramai jatuh cinta. Roti lembut berinti keju berkrim, disalut sos bawang putih wangi. Mudah dibuat di rumah, rasa setaraf cafe, sekali cuba pasti nak lagi dan sesuai untuk semua penggemar. Bahan-bahan Sos Bawang Putih: Bawang putih – cincang 100 g mentega 2 sdb mayonis 1 biji telur Parsley Bahan Inti 250 g cream cheese  2 sudu makan susu pekat CARA PENYEDIAAN: 1. Untuk membuat garlic sauce, cairkan mentega dan biarkan sedikit sejuk dan baru campurkannya bersama semua bahan-bahan untuk membuat garlic sauce. 2. Bagi intinya pula, campurkan cream cheese dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan di dalam piping bag. 3. Selepas itu, untuk memasukkan inti kedalam roti burger, bahagikan roti tersebut kepada 6 bahagian pastikan ia tidak terputus. 4. Pipekan kan celah-celah roti yang sudah dibelah dengan inti yang sudah disediakan tadi. 5. Sapukan garlic sauce itu pada atas roti. 6. Bakar pada suhu 150-160 darjah selama 10-15 min...

Resepi Roti Paratha Sosej Gulung, Sekali Cuba Confirm Ketagih

Image
Siapa sangka roti paratha biasa boleh jadi snack gebu penuh kejutan! Dengan sosej dan cheese meleleh, gulungan ini mudah disediakan, rangup di luar, lembut di dalam. Satu cuba, terus ketagih. Sesuai untuk sarapan cepat atau minum petang. Bahan-bahan: 1 keping roti paratha Cheese slice Sosej Kuning telur CARA PENYEDIAAN: 1. Potong sekeping roti paratha dan juga cheese slice kepada 8 bahagian. 2. Susun sosej tersebut dan gulungkannya. 3. Sapu kuning telur pada roti paratha dan masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit suhu 180C. Siap dan boleh dinikmati. Sumber: Nor Qamarina

Resepi Cucur Roti Gardenia Mudah & Sedap, Confirm Jadi

Image
Siapa sangka roti Gardenia boleh jadi cucur gebu yang rangup di luar, lembut di dalam? Resepi mudah ini hanya guna bahan ringkas, tapi rasanya umpama dari kedai! Satu cuba, terus ketagih, sesuai untuk minum petang atau sarapan cepat. Bahan-bahan: 5 keping roti 2 cawan tepung gandum 1 biji bawang besar dihiris Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus Taugeh Udang / ikan bilis / isi ayam / sosej Garam dan Maggi cukup rasa secukupnya Serbuk kunyit sedikit CARA PENYEDIAAN: 1. Letak semua bahan kecuali air di dalam mangkuk kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkannya sehingga menjadi adunan yang pekat seperti di dalam gambar. 2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan. Goreng sehingga garing dan toskan. Sedia dinikmati. Sumber: Noriza Jaja

Resepi Tat Telur Portugis Berkrim – Sedap Confirm Jadi

Image
Tat telur Portugis terkenal dengan inti berkrim yang lembut dan kulit rangup keemasan. Sekali gigit terus jatuh cinta. Resepi ini mudah diikuti, bahan ringkas dan hasilnya memang setanding bakery, sesuai untuk minum petang atau jualan. Bahan-Bahan: 20 gram telur penuh (telur sebiji maksudnya) 2 biji telur kuning 75 ml susu full cream  45 gram gula kastor Sedikit esen vanila 150ml whipping cream CARA PENYEDIAAN: 1. Campurkan semua bahan di dalam 1 bekas, selepas itu kacau dengan senduk sampai sebati. 2. Tekapkan puff pastry dengan menggunakan cawan, selepas itu masukkan kedalam acuannya dan tekan-tekan sedikit. 3. Masukkan filling tadi agak-agak dan jangan sampai terlalu penuh. 4. Bakar di dalam oven suhu 170c selama 25 minit. Kalau pakai air fryer suhu 180c selama 20 minit. 5. Sudah siap dan boleh dimakan panas-panas atau sejukkan di dalam chiller. Sumber: Izz Aishah

Resepi Nasi Kapit Sambal Nyior Asli, Rasa Tradisi Lama

Image
Nasi kapit sambal nyior bukan sekadar hidangan biasa, tapi rasa tradisi yang makin jarang ditemui. Gabungan nasi lembut, sambal pedas dan nyior wangi buat sekali rasa terus jatuh cinta. Resepi ini mudah, asli dan confirm membuka selera. Bahan-bahan (nasi kapit): 1 cawan beras 3 cawan air CARA PENYEDIAAN: 1. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air . 2. Masukkan ke dalam pressure cooker. 3. Tekan butang congee atau pun sup. 4. Biarkan sehingga wap keluar, apabila dah nampak sudah masak baru boleh buka penutup periuk. 5. Angkat periuk itu kemudian tekanitekan nasi tersebut biarkan padat. Guna senduk kayu sahaja dan tekankan biar padat dan nampak kemas. 6. Apabila sudah sejuk baru boleh potong. Bahan-bahan (sambal nyior): Sebiji kelapa Ikan 10 biji bawang merah kecil 3 batang serai (dihiris) Garam Gula nise Cara Penyediaan: 1. Goreng kelapa parut sehingga keperangan. Pastikan ia tidak hangit. 2. Panggang ikan sehingga masak, jangan letak garam. Lebih banyak ikan, lebih sedap. 3. Campu...

Cara Mudah Buat Apam Cornetto Di Rumah Lembut & Cantik

Image
Apam Cornetto memang nampak rumit, tapi sebenarnya sangat mudah dibuat di rumah. Teksturnya lembut, berlapis cantik dan rasa manis berlemak. Dengan cara mudah ini, sesiapa pun boleh buat walaupun pertama kali mencuba. Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum diayak 4 biji telur 1 cawan gula kastor 200 ml air aiskrim soda 1sudu makan ovalet 1 sudu teh esen rose Pewarna Coklat masakan Kekacang / coklat cip CARA PENYEDIAAN: 1. Pukul telur, ovalet dan gula sehingga putih kembang, gebu dan ringan. Anggaran dalam 5-7 minit. 2. Masukkan air aiskrim soda separuh dahulu. Putar high speed, masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan hbiskan tepung. Putar skejap, berhenti dan masukkan esen rose. Putar sekejap dan berhenti 3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian di dalam mangkuk yang  berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul sehingga adunan, pewarna dan perasa digaul sebati. 4. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang, pastikan ada lubang...

Resepi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam – Rangup, Lemak & Wangi

Image
Roti bakar kaya butter ala kopitiam memang tak pernah gagal curi perhatian. Bau roti rangup, kaya pekat dan butter meleleh buat siapa saja terus lapar. Resipi klasik ini mudah, cepat dan rasa dia betul-betul macam makan di kedai kopi lama. Bahan-Bahan: Roti Sekaya Mentega Buttercup CARA PENYEDIAAN 1. Potong bahagian tepi roti. 2. Sapukan sekaya (lebihkan untuk lebih lazat). 3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (pastikan mentega keras). 4. Susun mentega di atas roti. 5. Bakar pada suhu 200C selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan). Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba! Sumber: Ziera Xiera

Resepi Kuey Teow Goreng Sup Siam, Confirm Sedap

Image
Kuey teow Goreng Sup Siam. Sedap rupanya kuey teow goreng guna perencah ni. Nampak je putih warna xmenarik. Tapi sedappp. Kakak suka guna perencah ni letak dalam sup tulang, sup daging dan bihun/kuey teow sup...sedap.  Bahan-bahan: 1 bungkus kuey teow 1 paket perencah sup Siam Adabi Isi ayam/daging Bawang putih (cincang) Cili padi (ketuk) Sawi Taugeh Lobak Merah Telur Sos tiram Kiub ayam Sos ikan Gula Ajinomoto CARA PENYEDIAAN: 1. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan lobak merah. 2. Pecahkan telur. Masukkan perencah sup siam dan sos tiram. 3. Perasakan dengan sos ikan, gula dan ajinomoto. 4. Masukkan kuey teow. Gaul sebati. 5. Masukkan sawi dan taugeh. Kaup balikkan sekejap dan siap boleh dimakan. Sumber: Senz Ahmad

Resepi Sos Chicken Mango Masam Manis Ala Thai, Mudah & Sedap

Image
Bayangkan ayam goreng disaluti sos mango berkilat, masam manis seimbang dan aroma mangga yang segar terus menusuk hidung. Resepi sos chicken mango ini mudah, cepat dan pasti buat semua terus terliur sebelum sempat duduk. Bahan-bahan: 3 senduk cili sos Thai Siam 3 senduk gula 1 senduk air 3 biji limau nipis besar (ambil jusnya) 7 titik kicap manis nak bagi warnanya gelap sedikit 2 ulas bawang putih* 6 biji cili api* CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar bahan yang bertanda *. 2. Campurkan kesemua bahan di atas, dan masak sehingga gulanya larut. 3. Siap dan boleh dimakan bersama chicken mango. Sumber: Fariza Mohd Ghazali

Resepi Ayam Masak Kari Pakistan Style Pekat & Berempah

Image
Ayam masak kari ala Pakistan terkenal dengan kuahnya yang pekat, merah dan sarat rempah. Aroma wangi terus buka selera sejak mula dimasak. Resepi ini mudah diikuti dan hasilnya memang rasa autentik seperti di restoran Pakistan. Bahan-bahan: 1 ekor Ayam potong kecil 4 sdb minyak ghee 2 sdb rempah kari ayam * 5 biji buah tomato potong 4 3 biji bawang besar hiris nipis 4 biji bawang putih hiris nipis 3 biji cili merah belah 2 4 sekawan 1 ikat daun kari 2 ikat daun ketumbar 4 biji bawang besar potong 4 * 6 biji cili merah * 6 biji cili hijau * Seinci kunyit hidup * CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar bahan yang bertanda *. 2. Panaskan kuali masukkan minyak ghee, daun kari, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia gaul rata hingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan gaul rata. Masukkan sedikit air, hingga pecah minyak, masukkan 4 sekawan dan akar batang daun ketumbar. 4. Masukkan ayam dan gaul rata, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. 5. Bila ayam dah masak, masukkan buah tomato yan...

Cloud Bread Viral – Resepi Mudah Guna 3 Bahan Saja

Image
Cloud bread viral jadi pilihan ramai sebab teksturnya ringan dan gebu macam awan. Resepi ini hanya guna beberapa bahan dan rendah karbohidrat. Sangat sesuai untuk yang nak makan sedap tanpa rasa bersalah. BAHAN-BAHAN: 3 biji putih telur 30 gram gula kastor 10 gram tepung jagung CARA PENYEDIAAN: 1. Pukul putih telur di dalam bekas dan masukkan gula kastor. 2. Masukkan tepung jagung, putar sehingga gebu kental (meringue). Jika suka, bahagikan kepada dua bahagian, warnakan dengan warna kesukaan. 3. Lapik loyang dengan baking paper, sudukan adunan seperti membukit. Tabur chocolate rice di atasnya. 4. Bakar 30-35 minit, suhu 160C atau bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati. Sumber: Julia Aleen Aireish

Resepi Jemput-Jemput Pisang Lembut Di Dalam, Rangup Di Luar

Image
Jemput-jemput pisang memang kegemaran ramai untuk minum petang. Teksturnya lembut di dalam, rangup di luar dengan rasa manis semula jadi pisang. Resepi ini sangat mudah, guna bahan ringkas dan confirm jadi walaupun first time cuba. BAHAN-BAHAN: Pisang 1 sudu yis 3 sudu gula Sedikit tepung CARA PENYEDIAAN: 1. Lenyekkan pisang sehingga hancur. 2. Masukkan yis, gula dan tepung dan gaul sebati. 3. Bulatkan mengikut saiz kesukaan anda. 4. Masukkan dalam minyak yang panas dan goreng sehingga  warna bertukar warna coklat. Siap untuk dimakan. 5. Kalau nak cucur menjadi bulat yang cantik masukkan sidikit soda bikarbonat. Sumber: Anajusman Ana

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Sedap, Rasa Masam Pedas Menyengat

Image
Sotong stim limau ala Thai memang menu kegemaran ramai sebab rasa masam pedasnya yang menyengat. Resepi ini bukan saja mudah, malah sotong kekal lembut, tak hanyir dan kuahnya buat tak cukup satu pinggan nasi. BAHAN-BAHAN SOS: 5 tangkai cili padi 4 ulas bawang putih 3 tangkai akar daun ketumbar (cuci bersih) 1 sudu besar gula 3 biji limau nipis (jus sahaja) 1/2 biji limau nipis (dipotong dadu) 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus BAHAN – BAHAN SOTONG STIM: 6 ekor sotong (saiz sederhana besar) 2 batang serai 1 inci halia 10 helai daun limau purut CARA PENYEDIAAN: 1. Stimkan sotong dengan bahan ‘sotong stim’. 2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur. 3. Campurkan dengan kesemua bahan yang lain. 4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim dan siap boleh dimakan. 5. Kalau nak lebih pedas tambahkan sahaja cili padi. Sumber: Cikatenazlan

Resepi Tongkeng Ayam Sambal Berlado Pedas Meletup, Confirm Sedap

Image
Pedas meletup, sambal wangi menyerap ke dalam setiap tongkeng ayam yang juicy dan garing di luar. Resepi Tongkeng Ayam Sambal Berlado ini mudah dibuat, sesuai untuk makan tengah hari atau malam, pasti buat semua terus ketagih selera. BAHAN-BAHAN: Tongkeng ayam yang sudah digoreng bersama garam dan kunyit. Bawang merah Bawang putih Cili api merah dan hijau Garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN: 1. Gorengkan tongkeng ayam terlebih dahulu bersama garam dan kunyit sehingga garing. 2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili api merah dan hijau. 3. Tumiskan sehingga garing. 4. Masukkan garam secukup rasa. 5. Masukkan tongkeng ayam yang sudah digoreng tadi, kacau bersama dan siap. Sumber:  Hidayah Sheikh Khaili 

Cara Buat Kuih Butir Nangka Tradisional, Gebu & Sedap

Image
Resepi Kuih Butir Nangka ini mudah disediakan, manis semula jadi dan sesuai dinikmati sejuk atau panas. Sekali cuba, terus jatuh hati dengan teksturnya yang kenyal dan lembut. BAHAN-BAHAN DOH: 3 cawan tepung pulut 1/2 cawan tepung gandum Air secukupnya Pewarna ikut cita rasa BAHAN-BAHAN KUAH: 1 kotak santan Air secukupnya Daun pandan 1 cawan gula atau gula melaka (ikut kemanisan sendiri) 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil biji halba CARA PENYEDIAAN DOH: 1. Campurkan semua bahan-bahan diatas. Uli sehingga tidak melekat di tangan. 2. Bahagikan doh mengikut warna kesukaan. 3. Kemudian bulatkan doh tersebut. 4. Rebuskan doh di dalam air menggelegak. Masukkan satu persatu butir nangka. 5. Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam air yang sejuk. CARA PENYEDIAAN KUAH: 1. Sediakan periuk di atas api yang perlahan. Masukkan semua bahan-bahan diatas. 2. Kacau rata dan mendidih masukkan butir nangka tersebut. 3. Biarkan mendidih dan kacau rata seketika dan boleh tutup api. Siap dan boleh dima...

Resepi Roti Jagung Cheese, Sekali Cuba Terus Suka

Image
Aroma jagung yang wangi bergabung dengan keju berkrim memang menggoda selera. Resepi Roti Jagung Cheese ini lembut, gebu dan mudah dibuat di rumah. Guna bahan ringkas, sesuai dinikmati panas-panas bersama keluarga. BAHAN-BAHAN: Roti Jagung rebus/ jagung dalam tin Cheese slice Sedikit gula CARA PENYEDIAAN: 1. Letakkan cheese di atas roti. 2. Letakkan jagung di atas cheese, letakkan banyak mana yang anda mahu. 3. Taburkan sedikit gula. 4. Masukkan di dalam Air Fryer. Bakar 160C selama 5 minit. Siap untuk dimakan. Sumber: Masriza Basri