Roti Lebih Jangan Buang Boleh Buat Baja Suburkan Tanaman Di Rumah
Apa kata, kalian cuba DIY baja roti. Roti kan cepat expired dan rosak. Jadi, bolehlah jadikan baja roti untuk buat tanaman lebih subur dan confirm tak mati macam selalu. GUNA ROTI LEBIHAN BUAT BAJA HOMEMADE, TANAMAN LEBIH SUBUR Saya nak tunjukkan apa yang saya gunakan untuk pokok kunyit, pokok serai dan pokok pandan supaya gemuk sihat dan tahan daripada penyakit. Ini ialah air basuhan beras yang telah diperam semalaman. Selepas tempoh itu, masukkan dua keping roti kosong. Brand apa pun boleh. Carik-carikkan sebelum masukkan ke dalam botol ini. Letakkan di bawah sinki untuk tempoh seminggu. Longgarkn sedikit penutupnya. Jangan ketat sangat. Selepas seminggu, goncang botol ni. Hasilnya roti akan hancur. Kemudian, boleh terus siramkan pada pokok kunyit, pokok pandan, pokok kari dan pokok serai. Tidak boleh digunakan untuk pokok pokok yang lain. Hanya 4 pokok ini sahaja atau pokok lain yang tahan lasak. Untuk gunakannya, nisbahnya ialah 1:1 iaitu secawan mol roti + secawan air biasa dan ...