Posts

Showing posts from July, 2023

Loan Rumah Dah Habis Bayar, Ini Yang Perlu Dilakukan Agar Rumah Jadi Hak Milik Mutlak

Image
Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian. Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian. Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah. Pelepasan gadaian bank Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik. Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah. Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. Bukan rumah saja, kereta pun sama. INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini. Take note kalau rumah dah nak habis b...

Bau Hanyir Ikan Hilang Guna Bahan Ini Caranya Tak Susah Pun

Image
Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan terbantut. Sedap macam mana pun, kalau sudah ada bau hanyir, memang terpaksa tolak ke tepi! Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul bagaimana cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya. CARA HILANGKAN HANYIR IKAN UNTUK DIMASAK. TIADA LAGI BAU! Ini cara hilangkan hanyir ikan yang akan dimasak. Mudah saja, menggunakan bahan-bahan harian yang terdapat di pantri rumah. 1. RENDAM DALAM SUSU Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan. 2. SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM DAN TEPUNG JAGUNG Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan. 3. GUNA CUKA Campurkan cuka dalam...

Bancuh Tepung Guna Bahan Ini Goreng Pisang Terlajak Rangup Walaupun Dah Sejuk

Image
Bukan senang nak mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan enak. Kalau jadi pun, sedap dimakan waktu panas saja. Lepas itu, mulalah ianya lembek dan berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga jalanan. Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada di dapur anda. PETUA MERANGUPKAN GORENG PISANG WALAUPUN DAH SEJUK  Berikut adalah petua goreng pisang agar ianya tetap rangup dan garing walaupun disimpan buat beberapa lama. 1. GUNAKAN KAPUR MASAKAN Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung. Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia tidak terlalu cair. 2. MINYAK PANAS Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung gandum yang di...

Punca Air Paip Perlahan Ada Angin Dalam Paip, Ini Cara Untuk Lajukan Semula

Image
Ada Angin Dalam Paip Punca Air Paip Perlahan – Dikongsi oleh @zammenyelenggara, menurut beliau salah satu punca air keluar perlahan ini adalah kerana ada angin dalam paip. Biasa berlaku di rumah, air yang keluar dari kepala paip perlahan. Bekalan air tiada masalah tapi air yang keluar sikit saja tak laju hingga melambatkan urusan. Bagi menyelesaikan masalah ini caranya mudah saja, tak perlu panggil tukang pun. Ia boleh dilakukan sendiri. Caranya; Cara selesaikan 1. Kita cuma perlu buka kepala paip untuk mengeluarkan angin, kemudian biar air mengalir seketika. 2. Selepas nampak air mengalir laju, boleh pasang semula kepala paip. Selesai masalah. Ada Angin Dalam Paip Punca Air Paip Perlahan – INFO EKSTRA Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku. Punca a...

Tahi Lalat Melekat Pada Pakaian Guna Bahan Ini Hilang Dengan Mudah

Image
Biasanya tahi lalat atau kulat pada pakaian akan terjadi akibat kelembapan. Mungkin kita tak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil pula, kadangkala kita tak sedar ada susu melekat pada pakaian anak atau pakaian kita. Bila ‘terkepam’ dalam bakul baju selama beberapa hari, ia pun mula menjadi tahi lalat. Jadi, di sini kami nak kongsikan beberapa cara hilangkan tahi lalat pada pakaian serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan di rumah. Jom cuba cara ini untuk hilangkan tahi lalat pada pakaian atau sebarang fabrik. 1. CUKA Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi. Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / dete...

Goreng Ikan Tak Meletup Dan Melekat Pada Kuali Ikut Petua Ini Confirm Menjadi

Image
Di sini ada beberapa petua goreng ikan yang boleh dipraktikkan di rumah. Semoga ia membantu mendapatkan hasil gorengan yang lebih cantik dan rasanya pun bertambah enak. PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA Berikut adalah petua goreng ikan yang mudah dan praktikal. 1. CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG Salah satu sebab ikan meletup-letup apabila digoreng adalah kerana ianya masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang biasanya berlendir. Untuk membersihkan lendir pada ikan ini, ada 2 cara: i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit. Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas. 2. PERAP DENGAN ASAM JAWA Menurut Chef Brian, selebriti Masterchef, anda boleh juga menggunakan asam jawa sebagai perapa...

Goreng Ayam Ikut Cara Ini Supaya Empuk Dan Rangup Pasti Menjadi

Image
Nampak memang mudah bukan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak. Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera. Berikut adalah petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk apabila dimakan. 1. PASTIKAN POTONGAN TAK TERLALU BESAR Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings). Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah. 2. MENGELAR ATAU MEREBUS TERLEBIH DAHULU Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebu...

Sebenarnya Penuh Ulat Ada Pada Sayur Brokoli Rendam Cara Ini Untuk Hapuskannya

Image
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai. Melihat warna hijau nan segar kita pasti teringin menikmatinya. Malah brokoli ini juga jadi sajian anak-anak kecil dengan mengolahnya menjadi puri. Tapi sayangnya ramai para ibu tidak akan mengamalkan cara betul membersihkan sayur ini dimasak. Perlu diketahui di sebalik rumpun hijau brokoli itu, sayur ini mengandungi banyak sekali ulat halus tak dapat kita lihat dengan jelas dan tidak akan m4 ti dengan cara membilas dengan air saja. Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini. 1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit. Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak. 2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas. Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah say...

Baju Lama Ada Kesan Kuning Hilang Ikut Cara Ini Sangat Berkesan

Image
Bagi ibu-ibu, tentu selalu mengalami masalah seperti ini, terutamanya ketika sedang mencari semula pakaian bayi sulung untuk dipakaikan kepada adik yang bakal lahir. Malah, baju dewasa, cadar katil, dan kain langsir juga boleh bertukar kekuningan apabila ianya tersimpan lama. Antara puncanya mungkin disebabkan bekas protein daripada susu, muntah, atau peluh yang masih tertinggal pada fabrik. Walaupun telah dicuci, barangkali kesannya tidak dapat kita lihat pada mata kasar. Jangan risau, pakaian tersebut masih boleh digunakan. Berikut adalah cara hilangkan kuning pada baju atau fabrik tersebut. CARA HILANGKAN KUNING PADA BAJU & FABRIK YANG TERSIMPAN LAMA Berikut adalah cara hilangkan kuning pada baju dengan menggunakan bahan semulajadi di rumah. 1. CUKA PUTIH & GARAM Campurkan setengah cawan cuka putih bersama setengah cawan garam di dalam sebuah besen. Letakkan pakaian ke dalam besen dan gosokkan pakaian di dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, bilask...

Cara Betul Simpan Stok Bahan Dapur Agar Tahan Lama Tak Mudah Rosak

Image
Biasanya lepas beli barang dapur, kita pun sumbatlah segala benda dalam peti sejuk. Kita ingatkan, semua bahan yang disimpan dalam peti sejuk boleh tahan lebih lama, bukan? Sebenarnya, bukanlah semua bahan dapur boleh disimpan dengan cara yang sama. Malah, suhu sejuk itu mungkin tidak sesuai bagi sesetengah barang dapur kerana kelembapan yang akan merosakkannya. Di sini kami kongsikan beberapa cara menyimpan bawang serta bahan dapur yang biasa digunakan agar dapat tahan lebih lama. 1. SANTAN / KELAPA PARUT Trik menyimpan santan adalah dengan memasukkan sedikit garam kasar ke dalam santan dan kacau rata. Kemudian, simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih yang berikat dalam bahagian beku (freezer) tanpa garam. Bagi kelapa parut pula, anda juga boleh menggunakan cara yang sama. Atau, ada cara yang lebih comel dan praktikal – gumpalkannya kepada bebola seperti dalam gambar. Boleh tambahkan sedikit air kalau terlalu kering. Lepas itu simpan da...

Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw Caranya Tak Susah Pun

Image
Tomyam yang paling sedap selalunya ada kuah yang pekat, pedas, ‘kaw’, dan terasa semua bahannya. Sekali dihirup, memang ‘terangkat’lah! Tapi, mungkin tak ramai yang tahu membuat pes tomyam ini sendiri dan selalu menggunakan perencah segera yang kini mudah didapati. Sebenarnya, cara membuat pes tomyam ini tidak sesukar yang anda fikirkan. Malah, lebih sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh diubah-ubah mengikut citarasa masing-masing. Kali ini, kami ingin kongsikan resepi tomyam pes yang ‘kaw’, tapi cukup mudah oleh Puan Azzuliza Sukirman. Resepi Tomyam Homemade Yang Paling ‘Kaw’. Tak Susah Pun! Menurut Puan Azzuliza, sejak dah tahu buat pes tomyam sendiri, memang dah jarang sangat beli perencah di kedai. Bahannya mudah didapati dan cara membuatnya meman, ‘simple’ sangat. Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara membuatnya. Bahan kisar: 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 sudu besar cili blend 1 biji tomato 2 batang serai 1 biji limau nipis (perah jusnya) 3 tangkai cili...

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah Lebih Jimat Puas Makan

Image
Tahukah anda, sebenarnya cara buat wedges kentang ini bukanlah sesukar mana. Bahannya pun mudah didapati. Jom ikuti perkongsian Puan Salimah Olie untuk resepi cheesy wedges ala KFC ini. Mudah sangat! Cara Buat Wedges Kentang Ala KFC Oleh Salimah Olie Berikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat. Bahan-bahan 4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya. Mixed herbs Lada sulah Garam Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari) Cara-cara 1. Potong Kentang Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges . 2. Kukus Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit. 3. Gaulkan Mixed Herbs Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan biar sebati. 4. Taburkan Tepung Jagung Seterusnya...

Nasi Lebih Jangan Buang Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rice Ball Yang Sedap Dan Mudah

Image
Perkara begini memang biasa berlaku. Sampai satu tahap, kita pun dah jemu nak makan nasi. Perkongsian kali ini adalah oleh Puan ‘Az Shafiqah Ira yang akan menunjukkan bagaimana cara buat rice ball menggunakan nasi lebih. Menurut beliau, bila ada nasi lebih, kalau buat rice ball ini, memang laju saja ia habis dimakan. Menariknya, ia memang sangat mudah, tapi cukup menyelerakan. Kalau ada anak-anak tak suka makan nasi pun, tentu mereka akan makan rice ball ini. Jadi, jom kita tengok caranya. Cara Buat Rice Ball, Langkah Demi Langkah Beginilah cara buat rice ball, ada langkah bergambar untuk anda ikut dengan senang. 1. Panaskan Nasi Mula-mula, panaskan sedikit nasi. Kalau ia terlalu kering, campurkan sedikit dengan air. Kemudian, letakkan seketul ayam di tengah-tengah. 2. Kepalkan Kepalkan nasi dengan menggunakan plastic wrap hingga menjadi bebola. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais sekejap. 3. Sediakan Bahan Seterusnya Sementara menunggu nasi mengeras, sediakan bahan untuk proses ...

Sinki Tersumbat Selesai Hanya Guna Bahan Mudah Memang Berkesan

Image
Jangan risau sangat kalau sinki tersumbat kerana ia adalah perkara biasa. Mungkin ada cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersangkut di dalamnya. Sebelum mendapatkan penyelesaian pakar, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara asas yang mudah. Kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan hanya bahan yang tersedia di rumah. 7 CARA MUDAH ATASI MASALAH SINKI TERSUMBAT. MEMANG BERKESAN! Ini antara caranya. 1. GARAM KASAR Pertama sekali, mungkin ini adalah kaedah yang paling senang sebab kebanyakan rumah tentu ada garam. Seeloknya guna garam kasar supaya lebih berkesan. Caranya mudah sangat. Taburkan garam kasar ke dalam saluran sinki yang tersumbat itu. Kemudian, curahkan air panas ke dalam saluran tersebut. Sisa kotoran akan terlarut dan sinki akan lancar semula dalam sekelip mata! Ingat, guna air panas, bukannya air yang mendidih ya. Takut rosak pula saluran sinki nanti. 2. SABUN PENCUCI PINGGAN MAN...

Semut ‘Bersarang’ Dalam Bekas Gula Halau Dengan Cara Ini Mudah Dan Berkesan

Image
Memang terkejut dan geram bila tengok bekas gula dah dimasuki semut. Hairan pun ada juga. Kadangkala, pek gula yang baru dibeli dan dibuka pun boleh dimasuki semut. BOLEHKAH MAKAN GULA YANG DIMASUKI SEMUT? Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu. Mari cuba beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini. PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda cuba di rumah. 1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut. Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu ma...

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sosej Ayam Di Rumah Lebih Sihat

Image
Anak-anak pasti takkan menolak bila ditawarkan makanan jejari seperti sosej dan nugget. Sedap memang sedap, tapi makanan segera dan yang berproses seperti ini bukanlah makanan yang sepatutnya dimakan selalu. Lebih-lebih lagi oleh anak kecil. Bagi ibu-ibu yang ingin cuba mengawal pengambilan makanan berproses atau fast food ini, boleh cuba buat sendiri sosej di rumah. Mari ikuti cara buat sosej yang sangat mudah dan sedap oleh Puan Siti Jarina Zaidon ini. Yang pasti, lebih sihat daripada yang dibeli frozen di pasaraya. Cara Buat Sosej Ayam Homemade Yang Lebih Sihat Jom lihat cara buat sosej ayam homemade yang boleh anda buat di rumah. Senang sangat! Apapun, kita tengok dulu bahannya. Bahan-bahan: 1 kg Isi Ayam 1 1/2 sudu teh garam 3 ulas bawang putih 1/2 sudu teh lada sulah 1/2 sudu teh thyme 1/2 sudu teh oregano 1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh ) 1 gelas air / stok ayam *Boleh tambah / tukar bahan ikut kreativiti masing-masing. Cara-cara...

Anak Lemah Matematik Nak Hafal Sifir Pun Susah Boleh Ajar Cara Ini Berkesan

Image
Dalam mata pelajaran Matematik, sifir memang cukup penting. Mahu tak mahu memang kena hafal kalau tak susah untuk anak membuat penyelesaian kira-kira. Bagi anak-anak yang lemah matematik kerana tak hafal sifir boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mohamad Hakim yang juga guru Matematik sendiri. Tip berkesan hafal sifir Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah. Ianya berkesan! 1. Sendiri-sendiri Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali. Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan. 1 x 2 =2 atau 2 4 6 8 Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir. 2. Tulis Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemah...

Tak Nak Kereta Meragam 5 Part Ini Kena Selalu Check Jangan Dibiarkan

Image
Penjagaan dalaman kereta ibarat menjaga kesihatan tubuh. Sekali ‘jatuh sakit’, jenuh keluar duit merawatnya. Oleh itu, semua pemilik kenderaan perlu mengetahui asas penjagaan enjin supaya prestasinya berada pada tahap optimum. Jom kita baca 5 tips menjaga enjin yang dikongsikan oleh Servis Kereta ini. 1. Air Filter Pastikan air filter ini selalu ditukar secara berkala antara 25,000 km ke 40,000 km agar udara yang memasuki enjin sentiasa bersih dan meningkatkan jangka hayat enjin serta penggunaan bahan api. 2. Minyak enjin Servis minyak enjin mestilah on time iaitu antara 6 hingga 12 bulan mengikut jenis minyak serta pastikan ia menepati spesifikasi enjin yang digunakan. Kalau tak…. Silap haribulan kena overhaul enjin. 3. Fuel filter “Ni selalu sangat pengguna terlepas pandang. Kadang-kadang tu sampai fuel pump rosak pun tak pernah tukar fuel filter ni lagi. Ni salah satu punca prestasi enjin lemah jadi sila ambil tahu benda ni.””Kalau boleh, setiap 80,000 km ke 100,000 km tukar...

Leher Baju T Mengembang, Ikut Tip Daripada Pakar Dobi Cara Kembali Normal

Image
Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan. Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru. Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher. Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada J3pvn. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T. Cara untuk m...

Bancuh 2 Jenis Tepung Dan Kukus Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuetiau Di Rumah Sangat Mudah

Image
Sekiranya ada perasaan macam ini, alternatif selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja. Bila beli kuetiau ramai yang ada perasaan ragu tentang pembuatannya. Dari kilang mana, bersih atau tidak, halal ke? Logo halal ada tapi betul ke diiktiraf Jakim atau sekadar cetak untuk memperdaya pembeli Muslim. Jika nak cuba boleh ikut perkongsian dari Fiza Mh ini. Dah mahir, macam hidangan kuetiau boleh buat dari kuetiau sup, kungfu, ladna dan banyak lagi. Bahan diperlukan: 1/2 cawan tepung ubi 1 cawan tepung beras Sedikit minyak sayuran 1 1/2 cawan air Loyang untuk mengukus Cara membuat: 1. Sediakan kukusan, saya guna kuali saja. 2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel. 3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran. 4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan bet...