Posts

Showing posts from June, 2023

Cara Mudah Suburkan Tanaman Guna Ajinamoto Pokok Berbuah Dan Berbunga Lebat

Image
Jadi, ini kami kongsikan tips yang viral di laman media sosial dimana anda boleh menggunakan serbuk penambah perisa iaitu ajinamoto sebagai baja pokok! Menarik kan? GUNA AJINAMOTO BUAT BAJA, LEBAT BUAH! Sukatan : 1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas. 2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama. Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas. Kekerapan : 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok. Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok 1. Menyuburkan tanaman Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan ...

Cacing Di Bilik Air Buat Kita Geli Ini Cara Mudah Hilangkan Memang Berkesan

Image
Kadang-kadang ada cacing dalam bilik air ni muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas (tandas duduk). Ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin (tiles) tu. Sekali kita mandi, habis keluar semua cacing tu. Aduhh… Memang geli dan stres dibuatnya! Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ni sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan. Bila kita simbah air, kejap lagi dia ada lagi. Jadi, apa yang patut kita buat sebenarnya? Jom tengok petua hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda. Cara Hilangkan Cacing Di Bilik Air Dengan Berkesan 1. Guna Garam Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam. Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas. Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spr...

Suka Berkebun Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Tanam Sayur Sawi Di Rumah Hasil Puas Makan

Image
Jadi, untuk anda yang gemarkan sayur sawi sebenarnya boleh tanam dengan sendiri sayur ini rumah dan hasilnya adalah lebih ‘memberangsangkan’. Makan pun lebih fresh! CARA TANAM SAYUR SAWI, DAH TAK PAYAH BELI DI PASAR Bila ya kali terakhir sahabat beli sawi? Saya pun dah tak ingat, bila last saya beli sawi di pasar. Tip tak nak beli sawi sangat mudah. Bukan setakat tak habis makan, siap boleh kongsi kongsi dengan keluarga lagi walaupun tanam hanya 10 -15 pokok. Ini yang saya buat dirumah saya. 1. Setiap 3 minggu, semai dan tanam 10 -15 pokok sawi. Buat 3 pusingan / generasi. 2. Dirumah saya ada 3 generasi sawi giant. Ada yang usia 35 HLT, 3 HLT dan 3 HLS. 3. Klik pada gambar 1-1 untuk lihat detail. 4. Pilih benih yang berkualiti. Eloknya cari jenis yang tak pahit dan tak berbunga macam yang saya tanam. Saya panggil sawi giant sebab beratnya boleh cecah 1 kg/ pokok. 5. Yang bestnya tanam sawi giant ni, bila kita nak guna tak perlu cabut dengan akar. Memadai kita potong 2-3 helai daun y...

Puas Hati Memang Menjadi Ikut Cara Ini Tanam Daun Sup Di Rumah

Image
Jadi, daripada beli daun sup yang sudah diikat dalam kuantiti yang banyak apa kata anda tanam sendiri daun sup di rumah supaya mudah digunakan dalam kuantiti mengikut masakan. Bagi anda yang pernah cuba tanam daun sup sebelum ini tetapi tidak menjadi, boleh guna cara semai yang betul ini. Kaedah pertama: semai biji benih (gambar 1) Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih, seminggu 2 lagi dah boleh asing-asing kan & pindah ke pasu besar. Cara semai: 1) Siapkan media tanam, saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap2 2) Tabur biji benih sikit jer, jangan banyak-banyak secubit pun dah cukup tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media. 3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak jer 4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh tak nak tutup pun boleh 5) Spray 2x sehari pagi & petang, insyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari, kalau 2 ming...

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Roti Puri Tanpa Yis Di Rumah Menjadi Memang Sedap

Image
Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat! Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar. Sesuai untuk dicicah dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya. Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap. Resepinya pulak memang simple sangat. Jom kita tengok resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara ini. Bahan-bahan Tepung gandum – 3 cawan Gula – 1 sudu besar Garam – 1 sudu kecil Marjerin – 1 sudu kecil Air suam – 1 cawan Minyak masak secukupnya Cara-cara 1. Buat Doh Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik. Uli sampai doh tak lekat di tangan. 2. Rehatkan Doh Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat. 3. Bentukkan Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik. Canai leper macam dalam gambar di bawah ni. 4. Goreng Kemudian terus m...

Tanam Pokok Mulberry Ikut Kaedah Ini Sangat Mudah Confirm Buah Lebat

Image
Memang syok sangat kalau dapat makan buah mulberi macam tu je, lebih-lebih lagi bila baru dipetik. Fresh betul! Selain itu, buah mulberi juga boleh dibuat jus, jem atau dimasukkan ke dalam kek atau muffin. Makan dengan yogurt, cereal / oat atau aiskrim pun sedap tau. Taburkan ala-ala kismis untuk memberi kepelbagaian tekstur dan rasa. Khasiatnya pun banyak tau. Cara Tanam Pokok Mulberry Dalam Pasu Nak tanam pokok mulberry ni sebenarnya mudah aje iaitu dengan menggunakan keratan batang yang telah matang. Pastikan keratan batang pokok mulberry ditanam dengan cara yang betul iaitu mata tunas mesti menghala ke atas. Jangan tanam terbalik tau. Lepas tu bolehlah siram dengan air. Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam seeloknya diletak di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci. Selepas itu barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh. Tapi kan, ada yang mengadu dah tanam pokok mulberi ni berbulan-b...

Lantai Karat, Dapur Berminyak Hilang Guna Bahan Ini Bersihkan Rumah Memang Berkesan

Image
Kesukaran membersihkan kotoran degil dan habuk yang tebal menjadi masalah buat suri rumah dan juga golongan bujang apabila mengemas rumah. Haa, tak perlu risau lagi kerana masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan adanya pelbagai alatan dan pencuci yang semakin banyak di pasaran untuk memudahkan proses pembersihan seperti yang telah dikongsikan oleh Haryati Hossen menerusi Facebooknya. 1. PERMUKAAN BERHABUK Permukaan berhabuk. Lap dgn kitchen / microwave wipes dulu. Tips : Stok makanan kering dlm kc elok simpan dlm storage yang bertutup (untuk elak semut atau haiwan lain). Bersihkan dengan magic sponge dan lap dengan kain microfiber. 2. PERMUKAAN BERKARAT Permukaan berkarat + berkulat. Taburkan Zip + stain remover, biarkan dalam beberapa minit. Yang ni saya guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun. Tips : Periksa bahagian ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk tengok ada tak najis haiwan perosak / habuk / kulat. Lap saja dengan air paip pun dah memadai. 3. PERMUK...

Halau Nyamuk Cara Mudah Dan Senang Cuba Tanam Pokok Jenis Ini Di Sekitar Rumah

Image
Selain mengutamakan kebersihan persekitaran, salah satu cara yang mesra alam serta untuk menghalau nyamuk di kediaman adalah dengan menanam pokok halau nyamuk yang biasanya mengeluarkan aroma yang dibenci oleh serangga tersebut. Jenis Pokok Halau Nyamuk Yang Mudah Ditanam Di Rumah. Tak Payah Pakai ‘Ridsect’ Dah! Di sini disenaraikan beberapa tanaman pengusir nyamuk yang mudah ditanam di rumah masing-masing. 1. Serai Wangi (Citronella) Mesti ramai dah tahu yang serai wangi biasa digunakan dalam semburan penghalau nyamuk dan juga serangga. Pati citronella yang terkandung di dalamnya boleh menghalang bauan seperti karbon dioksida dan asid laktik pada manusia yang menarik nyamuk untuk mendekat. Ia juga adalah salah satu bahan dalam essential oil yang memiliki pelbagai khasiat. Oh ya, serai dan serai wangi ni ada beza tau. Serai yang biasa kita masak tu nama botaninya (Cymbopogon citratus) ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminae/Poaceae atau kalau dalam bahasa Inggeris dikenal...

Elak Perosak Pada Tanaman Guna Sabun Cuci Pinggan Kaedah Mudah Buat Racun Sangat Berkesan

Image
Memang ada banyak racun ulat dan serangga yang dijual di pasaran yang boleh mengatasi masalah ini. Tapi, di sini kami nak kongsikan sebuah petua dan cara DIY racun ulat dengan lebih mudah, jimat dan berkesan melalui sebuah posting oleh saudara Tam. Jom tengok posting beliau selengkapnya di bawah ini. Ramai yang mohon saya share bahan dan resepi air sabun. (macam resepi makanan pulak) Ini percubaan saya setelah dapat petua diy racun ulat pokok dari seseorang di Group Berkebun di Rumah (dia pun hanya kata ” sembur air sabun”) Bahan yang digunakan 1 sudu makan Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur ( ada aloe vera + garam) berwarna jernih. 2.0 liter air (saya guna air paip Syabas jer) Cara-cara Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur. Isi sampai penuh penuh, biarkan buih yang terhasil keluar baru tutup dengan penutup. Lepas tu enjoylah menyembur. Bancuhan ni boleh tahan agak lama juga. Cara Guna Racun ...