Posts

Showing posts from August, 2025

Resepi Puding Batik Guna Biskut Kering Memang Sedap

Image
Rasa yang seimbang manis lemak dan dimakan sejuk-sejuk memang sedap ya amat. Resepi puding batik ini sesuai disajikan pada bila-bila masa sahaja. Cara buatnya sangat senang dan lebih kurang langkah kek batik yang kebiasaan dibuat sahaja. Bahan-bahan: 6 sudu besar gula pasir (80g) 1 bungkus agar-agar 66g Milo (2 peket) 1/4 sudu kecil garam 2 sudu besar tepung jagung 750 ml susu cair 2 biji kuning telur 80g susu pekat manis (2 peket) Sedikit esen vanila Sedikit pasta coklat (atau 1 sudu besar serbuk coklat) 1 sudu besar marjerin 36 keping biskut segi empat Loyang bersaiz 18cm Cara-cara: 1. Sediakan periuk, masukkan gula, agar-agar, Milo, garam, dan tepung jagung. Kacau rata. 2. Setelah bahan-bahan kering sudah sebati, masukkan susu cair, susu pekat manis, kuning telur, esen vanila, dan pasta coklat. Masak campuran ini sehingga mendidih. 3. Setelah mendidih, masukkan marjerin. Kacau hingga marjerin cair sepenuhnya, kemudian angkat periuk dari api. 4. Sediakan loyang yang telah disapu deng...

Resepi Asam Pedas Berempah Kuah Pekat Siap Bertambah Nasi

Image
Asam Pedas adalah sejenis masakan melayu dengan lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas. Cara memasaknya taklah susah sangat dan tak terlalu mudah juga. Pantang kalau singgah Melaka dan Johor, mesti nak rasa asam pedas di sana. Jika mak-mak dapat tahu resepi yang paling mudah tapi sedap, mesti seronok bukan? Tapi jika anda nakkan resepi yang paling ringkas, anda boleh ikut seperti cara yang ditunjukkan oleh Rosni Musa di Facebook ini. Bahan-bahan: 2 biji bawang merah* 3 ulas bawang putih* Halia* (sebesar ibu jari) Belacan* 1 sudu teh ketumbar* 1 sudu teh jintan manis* Belacan* 1 sudu teh jintan putih* 1 sudu teh lada hitam* Cili giling 2 batang serai (dititik) Asam jawa Serbuk kunyit 1/2 sudu teh halba Daun kesom Daun limau purut 1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda) Bendi Cara-cara: 1. Kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba. 2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik dan serbuk kunyit. Tumis sehingg...

Resepi Roti Canai Mudah, Lembut Dan Sedap

Image
Siapa yang suka makan roti canai, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi roti canai perkongsian oleh Puan Sarina Saary ini. Resepi ini sebiji sama seperti makan di kedai mamak, malah teksturnya juga jauh lagi lembut. Kalau buat sendiri dijamin lagi puas hati dan kebersihannya terjamin! Bukan itu saja, cara membuatnya juga cukup mudah dan tak renyah. Bahan-bahan yang diperlukan: 1/2 kg tepung gandum 1 sudu kfc garam 1 sudu besar marjerin (tapi jangan penuh sangat) 1/2 sudu gula 1 sudu besar susu pekat 1 biji telur Sepotong air limau nipis (supaya tak jemu bila makan) Cara membuatnya: 1. Satukan semua bahan di atas. Uli sehingga sebati. 2. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit sambil uli. Kuantiti air dalam 200 gram. 3. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 4. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan. 5. Selepas itu, bulat-bulatkan doh sehingga adunan habis. Akan dapat kuantiti dalam 16 biji. 6. Bila dah bulat-bulatkan, ambil marjerin d...

Resepi Daging Dendeng Padu Penuh Beraroma

Image
Daging Dendeng ini boleh dijadikan menu untuk Hari Raya. Rugi kalau tak cuba. Idea bagi lauk tengah hari nanti apa kata cuba resepi padu dan sedap ini. Daging yang penuh rasa dan lembut memang sedap diratah atau makan dengan nasi. Jom tengok resipi oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman sesawang Facebook beliau. Bahan-bahan: 1/2 kg daging (dibasuh bersih dan dipotong ikut suka hati) Kicap secukupnya Minyak untuk menggoreng 2 inci halia 2 biji bawang besar 2 batang serai 3 ulas bawang putih 2 senduk cili kisar 10 helai daun limau purut 1/2 cawan air asam jawa 2 sudu gula Air rebusan daging secukupnya 10 sudu kicap 1 sudu serbuk cukup rasa Cara-cara: 1. Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan. 2. Tumbuk daging menggunakan lesung batu sehingga penyet. Jangan tumbuk terlalu lunyai. 3. Masukkan daging dalam mangkuk dan perap dengan kicap selama lebih kurang 20 minit. 4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging selama lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan. 5. Sementara itu, ...

Resepi Yee Mee Kantonis Menu Simple Memang Sedap

Image
Terima kasih kepada pengguna Facebook bernama Muza Muzawati kerana berkongsikan resepi cantonese yee mee langkah demi langkah ini. Tiada idea nak masak apa untuk makan malam? Ibu-ibu boleh cuba resepi ini yang lazat dan penuh dengan pelbagai bahan-bahan menarik. Bahan-bahan: Bawang putih Udang Serbuk lada sulah Air rebusan udang Lobak merah Serbuk pati ayam Kicap cair Minyak bijan Sayur sawi Bunga kubis Fishcake Sotong Air tepung jagung Telur Cara memasak: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yang sudah diketuk. 2. Kemudian, masukkan udang. Letakkan juga serbuk lada secukupnya. Gaul sehingga sebati. 3. Seterusnya, masukkan air rebusan udang. 4. Letakkan juga lobak merah, serbuk pati ayam dan garam secukupnya. 5. Masukkan sedikit kicap cair dan minyak bijan. 6. Selepas itu, masukkan juga bunga kubis, batang sawi dan fishcake. Biarkan semua bahan mereneh. 7. Kemudian, masukkan pula sotong dan renehkan lagi. 8. Tuangkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. 9. Masuk...

Resepi Cekodok Ikan Bilis Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Image
Selain dipanggil sebagai Cekodok Ikan Bilis, ada juga yang menyebutnya cucur atau jemput-jemput ikan bilis. Apa-apa pun namanya, ia memang sedap tak terkata. Petang-petang semestinya mak-mak akan mula siap sedia ke dapur untuk buat minum petang. Antara hidangan paling mudah dan cepat dibuat ialah Cekodok Ikan Bilis. Tak dinafikan ramai yang kecewa jika Cekodok Ikan Bilis yang dibuat tak menjadi. Biasanya apabila sejuk, ia menjadi keras dan susah dimakan. Sebenarnya ada cara terbaik untuk pastikan cekodok anda itu tetap lembut dan sedap walaupun dah sejuk tau. Anda hanya perlu mengikut resipi pasti jadi yang dikongsikan oleh Muliyana Suhud di Facebook ini. Jom cuba! Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 3 cawan air panas mendidih Segenggam ikan bilis (ditumbuk) 3 hingga 4 bawang merah (dihiris nipis) Daun sup (digunting halus) Garam secukup rasa Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan kecuali air panas dan gaul rata. 2. Masukkan air panas gaul cepat-cepat sampai sebati. 3. Kalau kurang rata ma...

Resepi Karipap Roti Sardin Mudah Dan Sedap

Image
Karipap Roti Sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Karipap atau dipanggil juga sebagai epok-epok adalah kuih goreng yang sentiasa disukai ramai. Pelbagai jenis karipap yang ada, tapi mak-mak paling suka dengan resepi Karipap Sardin. Lebih puas makan jika kulitnya rangup bersama inti yang sedap. Biasanya pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Kali ini kami jumpa resepi Karipap Sardin menarik dikongsikan oleh Zura Zul di Facebook yang menggunakan roti sebagai kulitnya. Jom cuba! Bahan-bahan karipap: 10 hingga 13 keping roti Sedikit tepung gandum dan air (untuk dijadikan gam) Kayu penggelek plastik (yang berjalur)Inti Sardin Bahan-bahan inti sardin: 1 tin kecil sardin* 4 ulas bawang merah (dipotong dadu kecil-kecil)* 5 biji cili api (dihiris nipis) 1 biji kentang yang bersaiz kecil (dipotong dadu kecil-kecil)* Sedikit sos cili Garam dan serbuk perasa Cara-cara: 1. Satuka...

Resepi Ikan Talapia Masak Pedas Thai Memang Sedap

Image
Jika anda menyukai masakan yang pedas dan manis, memang wajib cuba resepi ini. Aromanya yang harum juga boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja! Cara memasaknya juga cukup mudah serta bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk didapati. Jom cuba! Bahan-bahan yang diperlukan: 1 ekor ikan talapia (boleh ganti guna ikan siakap) 1 sdb sos ikan 1 sdb cili kisar (ni saya tambah) 1 sdb thai cili paste (ni saya tambah) 5 ulas bawang putih (cincang halus) 7-8 biji cili padi hijau (hiris) 1 biji cili merah (cincang halus) Sedikit garam Sedikit gula 1 cawan air Daun limau purut Halia (hiris ) 1 sudu olive oil (guna minyak masak pun boleh) Cara memasak: 1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ikan talapia. Kemudian, goreng sehingga garing dan ketepikan. 2. Seterusnya, tumis bahan cincang iaitu bawang putih, cili merah, cili padi dan halia. 3. Masukkan pula cili kisar, pes cili Thai dan sedikit sos cili. Tambahkan air masak dan masak sehingga mendidih. 4. Selepas itu, masukkan jus limau...

Resepi Udang Sweet Sour Cara Simple Guna Bahan Yang Ada Di Dapur

Image
Pelbagai aneka masakan yang menggunakan udang, tapi jika anda nakkan hidangan yang boleh dimakan oleh semua orang, Udang Sweet Sour adalah pilihan yang tepat. Apabila memikirkan anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak terus kering idea nak masak apa. Anda boleh cuba buat Udang Sweet Sour yang cukup sedap! Biasanya kita akan jumpa hidangan yang sedap ini di restoran makanan Thai atau Cina. Ia merupakan salah satu hidangan yang cukup popular di kalangan orang Malaysia. Hari ini bolehlah anda cuba resipi Udang Sweet Sour yang dikongsikan oleh Leha Yusuf di Facebook. Apa yang menariknya, tak letak garam pun tak apa! Bahan bahan: 400gm udang sederhana besar 1 senduk cili kisar 1 senduk sos cili 4 ulas bawang putih (dihiris) 1 senduk sos tomato 1 biji bawang besar (dihiris) 3 helai daun limau 1 batang serai (tumbuk sikit) 1 inchi halia Secubit garam (tak letak pun tak apa) Cara-cara: 1. Panaskan minyak, goreng udang sekejap saja, tak perlu garing sangat. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang...

Resepi Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style Memang Padu

Image
Kepak Ayam Goreng ini ada banyak variasinya. Sesetengah orang suka salutkannya dengan madu, tak kurang juga ada yang lebih suka dalam versi Kepak Ayam Goreng pedas. Siapa di sini paling suka makan Kepak Ayam Goreng? Biasanya kita boleh nampak peniaga banyak menjualnya di pasar malam. Resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook cukup menarik kerana ia menggunakan Chinese Style yang pedas dan sedap. Jom cuba! Bahan-bahan: 8 ketul kepak ayam 1 sudu kecil cuka 1 biji telur (putih sahaja) 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung Minyak masak Bahan-bahan rempah: 1½ sudu kecil chilli flakes 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk Sichuan pappercorn (jika tiada, boleh gantikan dengan serbuk lada hitam) ¼ sudu kecil gula 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1¼sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk paprika Cara-cara: 1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah dan gaulkan. 2. Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan. Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, ...

Resepi Donut Kampung Gebu Sampai Malam

Image
Kami begitu tertarik dengan hasil daripada resepi Donat Kampung oleh Zara Wan Chek di Facebook sampaikan tak sabar nak kongsikan dengan anda. Jom kita cuba! Dalam banyak-banyak jenis donat yang ada, resepi Donat Kampung adalah yang paling digemari ramai kerana kesedapannya yang terasa klasik tak disangkal lagi. Walaupun mempunyai rasa sederhana namun donat ini tetap lazat dimakan dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya di rumah, terutamanya orang yang duduk di kampung. Bahan-bahan: 500 gram tepung gandum 3 gram baking powder 5 gram pelembut roti (tak letak pun boleh) 60 gram gula halus Sedikit garam 1 biji telur 50 gram marjerin atau buttercup 1 paket yis mauripan ½ cawan santan kotak ½ cawan air suam campur yis (larutkan) *Jika tiada santan, sukatan air suam adalah 1 cawan. Cara-cara membuat: 1. Mu;a-mula, masukkan semua bahan ke dalam satu bekas, kacau rata dan uli sampai elastik (lebih mudah jika ada mesin uli). 2. Selepas itu, perap selama 15 minit supaya doh menjadi naik (ji...

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Menggoda Selera

Image
Hidangkan menu ayam masak kicap panas-panas bersama nasi putih. Kuahnya yang pekat dan penuh rasa rempah pasti menggoda selera anda. Resepi ini penuh dengan rasa rempah yang memikat. Kombinasi ayam goreng, kentang dan kuah kicap pekat menjadikannya pilihan yang sempurna untuk makan siang atau malam. Di dalam resepi ini juga turut kami sertakan tip tambahan yang akan membuatkan juadah ini dua kali ganda sedap. Jom baca! Bahan-Bahan Utama: Ayam – ½ ekor, dipotong kecil, digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng. Kentang – 2 biji, dihiris dan digoreng hingga keemasan. Bahan Tumbuk: 1 biji bawang merah. 1 inci halia. 2 ulas bawang putih. 1 biji buah keras. Bahan Hiris: 1 biji bawang merah. 1 ulas bawang putih. 2 hiris halia. Bahan Lain: 1 batang serai – diketuk. 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih). 2 pelepah daun kari. 3 sudu besar cili kisar. 1 sudu besar perencah sup. 1 sudu besar serbuk kari daging. 1 sudu besar sos tiram. Kicap manis dan m...

Resepi Mee Kolok Asli Sarawak Menu Wajib Dicuba

Image
Banyak gerai di sekitar Kuching menjual Mee Kolok ini. Ia biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan kicap. Jika anda sekeluarga dapat peluang bercuti ke Sarawak, Mee Kolok merupakan salah satu makanan wajib dicuba di sana. Jom kita cuba resepi Mee Kolok yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook! Bahan-bahan mee: Mee Kolok Cuka (jangan banyak nanti masam) Sos ikan (jangan banyak nanti dia berbau tak best) Serbuk lada putih Minyak bawang putih Sos tiram Kicap Cara-cara penyediaan mee: 1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk, masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. 2. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaul dengan mee yang telah dicelur, ketepikan dalam satu bekas. Bahan-bahan sup: 1/2 kg daging lembu Serbuk lada hitam 2 atau 3 kiub pati lembu Rempah 4 beradik (sikit saja, jangan banyak sebab supnya jernih, tak nak rasa rempah menguasai rasa sup) Sup bunjut (tambahan) Bahan...

Resepi Kek Lumut Kukus Lembab Dan Gebu

Image
Resepi Kek Lumut di Facebook dikongsikan oleh Dorothy Stell yang berasal dari Sarawak ini cukup menarik. Orang baru belajar buat kek pun boleh cuba. Selain terkenal dengan kek lapis, Sarawak juga terkenal dengan resepi Kek Lumut yang cukup istimewa bersama warna hijau lumutnya. Siapa di sini suka makan kek? Buat anda yang mempunyai hobi membuat kek mesti seronok jika dapat resepi Kek Lumut yang lembab dan gebu. Bayangkan bentuk Kek Lumut yang cukup sedap mata memandang, apatah lagi setelah memakannya. Bahan-Bahan: 450gm mentega 1 gelas gula halus 10 biji telur gred A (kalau guna telur gred B jadikan 11 biji) 1 tin kecil susu pekat manis 1 paket kecil Horlicks (200gm) 2 gelas tepung hong kong (boleh juga guna tepung pau bluekey atau tepung gandum) Pandan paste secukupnya Pewarna hijau secukupnya Cara-Cara: 1. Pukul mentega dengan gula halus hingga gula hancur dan adunan menjadi putih. Pukul dengan menggunakan kelajuan tinggi. 2. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati hingga adunan k...

Resepi Ayam Goreng Berempah Memang Sedap

Image
Istimewanya tentang ayam goreng berempah ini adalah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lauk ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Makan dengan nasi putih yang panas begitu saja pun sedap. Mak-mak yang tak tahu nak buat lauk apa untuk makan tengah hari tapi nak masak dengan cepat, anda boleh cuba buat Ayam Goreng Berempah simple pada hari ini. Jika anda nak resipi yang lebih ringkas, boleh cuba ikut seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook ini. Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong 12 hingga 14) 3 hingga 4 senduk cili kisar (senduk bancuh air) 2 hingga 3 sudu makan chili flakes 1 hingga 2 sudu makan tepung beras atau tepung jagung (pilih salah satu saja) Serbuk kari daging (agak-agak) Daun kari secukupnya Kiub pati ayam atau garam secukup rasa Serbuk kunyit secukupnya Bahan-Bahan Kisar: 7-10 batang serai 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1-2 inci halia Bahan-Ba...

Resepi Ayam Penyet Padu - Puas Hati Makan Satu Family

Image
Ayam penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur yang terdiri daripada ayam digiling menggunakan penggiling dan digoreng. Siapa di sini sukakan Ayam Penyet? Hidangan dari negara jiran kita iaitu Indonesia ini cukup popular sampaikan ramai mencari resepi Ayam Penyet yang sedap. Hidangan ini tak lengkap tanpa disajikan dengan sambal yang sedap, potongan sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe. Sesekali nak merasa air tangan sendiri, apa kata anda cuba resepi Ayam Penyet yang dikongsikan oleh Nurul Fairuz di Facebook ini. Bahan-bahan ayam penyet: Halia* Lengkuas* Kunyit hidup* 3 batang serai (kalau besar guna 2 batang saja)* Bawang putih* 1 st jintan kasar Bawang merah* 1 st jintan halus 1 st biji ketumbar Bahan-bahan sambal ayam penyet: 4 biji tomato Segenggam cili padi 4 biji cili merah Bawang besar Bawang putih Belacan Ikan bilis (kalau ada) Cara-cara penyediaan ayam penyet: 1. Kisar bahan bertanda (*). Tumbuk kasar jintan halus, jintan kasar dan biji ketumbar. 2. Masukka...

Resepi Kari Ikan Indian Style Memang Padu

Image
Masak nasi panas, goreng telur dadar dan buat sambal belacan, memang makanan yang dah mewah sangat! Terus rasa nak berpantun, gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Dalam resipi kali ini kari indian style nenek Cik Puan Syalfarina Razali yang mempunyai darah keturunan India Ceylon. Resipi original oleh arwah nenek namun diubah sedikit oleh mak beliau dengan meletakkan santan. Jom tengok. Bahan-bahan: 2 ekor ikan talang (dibelah menjadi 5 keping) 6 biji bawang merah 1 biji tomato 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 sudu besar halba campur 1 sudu kecil serbuk ketumbar 2 sudu besar rempah kari ikan 1 kotak kecil santan Sedikit air asam jawa Garam dan perasa secukup rasa 2 biji bawang merah (untuk ditumis) 2 tangkai cili kering Hirisan cili hijau hidup Daun kari Cara-Cara: 1. Ambil kuali dan panaskan minyak. 2. Goreng 6 biji bawang merah dan 1 biji tomato dalam minyak hingga layu dan keperangan. 3. Keluarkan dan tumbuk dalam lesung hingga halus. Dahulu, arwah nenek aku menggili...

Resepi Sambal Nasi Kak Wok Rasa Secukupnya

Image
Nasi Kak Wok merupakan hidangan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan gulai pekat dan sambal belacan. Ia cukup popular di negeri Kelantan, terutamanya daerah Kota Bharu. Sekarang dah banyak kedai makan di seluruh Malaysia ada hidangan ini dalam menu mereka. Sesetengah orang merasakan hidangan tak lengkap tanpa sambal di sisi. Ramai yang teringin tahu cara buat Sambal Nasi Kak Wok yang sedap. Hidangan ini terkenal dengan rasa sambalnya yang pedas dan manis. Ia merupakan antara resipi sambal yang dicari-cari sekarang. Dilla Nazri telah berkongsikan resipi di Facebook yang cukup sedap. Caranya pun tak susah mana, semua orang boleh buat. Bahan-bahan: 15 biji cili kering (direbus) 10 biji cili besar merah 30 biji cili padi hijau 6 biji limau kasturi (potong dua, buang biji, ambil air dan kulit) 1 ulas bawang putih (dibakar) 1 inci belacan (dibakar) 1/2 cawan cuka 1/2 cawan gula atau secukup rasa 2 hingga 3 sudu kecik garam atau secukup rasa Cara-ca...

Resepi Puding Biskut Marie Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Image
Sesetengah orang memanggil Puding Biskut Marie ini sebagai kek batik. Ia merupakan pencuci mulut disukai ramai kerana rasanya yang sungguh sedap. Ramai terpukau dengan resepi Puding Biskut Marie yang dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook kerana warnanya cukup menawan dan memikat. Jom cuba! Bahan-bahan: 1 peket biskut Marie putih 1 peket serbuk agar-agar 10g 4 cawan setengah air ½ cawan gula 2 sudu susu pekat 1 biji telur ½ cawan susu cair ½ cawan santan kara (campur sedikit air) 2 sudu besar butter atau marjerin ½ cawan tepung kastard Esen pandan dan esen vanila Secubit garam Cara-cara: 1. Satukan telur, susu cair, santan, kastard. Whisk sebati hingga tak berketul. 2. Dalam periuk, masak agar-agar, gula, air sehingga larut. Kemudian, tambahkan butter atau marjerin. 3. Masukkan bahan yang di whisk dan masak hingga sedikit pekat. Jangan pekat sangat dan masukkan esen vanila garam dan matikan api. 4. Basahkan loyang dengan sedikit air dan bahagi adunan kepada 2 warna (1 yang pandan 1 ...

Resepi Appam Manis Cara Mudah Dan Sedap

Image
Doh yang diperam akan memberikan tekstur yang ringan dan berongga apabila dibakar. Proses peram itu sebenarnya yang memberikan rasa appam manis yang tersendiri. Appam ini adalah sejenis pancake atau crepe yang diperbuat daripada doh yang diperam. Biasanya dibuat daripada campuran beras, kelapa parut, air dan yis, yang kemudiannya ditapai selama beberapa jam atau semalaman. Untuk membuatnya, adunan dituangkan ke dalam kuali bulat khas yang dipanggil “appachatti” atau “pan appam.” Kuali ini mempunyai bahagian tengah yang lebih dalam dan bahagian tepi yang lebih nipis, jadi apabila adunan dituang, bahagian tengah akan menjadi lebih tebal manakala bahagian tepi akan menjadi lebih nipis. Ikuti resepi penuh di bawah menerusi perkongsian dari Fidz ini. CARA BUAT APPAM MANIS SIMPLE Appam / apom lenggang / apom manis cara saya. Mudah dan cepat. Tak payah peram lama-lama. Kat kampung dulu appam ini sangat popular. Masa kecil, ada aci india jual letak dulang atas kepala dia. Lepas dia meninggal, ...

Resepi Gulai Tempoyak Ayam Sedap Tak Terkata

Image
Jom cuba resepi gulai tempoyak ayam yang sedap dan penuh aroma ini pula. Biasanya kita masak gulai tempoyak ikan, tapi kali ini lain sedikit. Rasa gulai ini juga setanding dengan gulai tempoyak ikan, lebih lagi jika guna tempoyak yang segar. Yang paling penting, rasa kuah gulai perlu seimbang dari segi masin, masam dan sedikit manis. Jika ada yang mahu mencuba kelainan, mari ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Yaya Bazli di bawah. Bahan-bahan: Ayam 6 ketul Tempoyak 3 hingga 4 sudu besar Cili api (kuantiti mengikut tahan kepedasan yang disukai) Kunyit hidup 2 inci Asam keping Daun kesum Bunga kantan Garam Gula Cara memasak: 1. Kisar 3 hingga 4 sudu tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup beserta 1 cawan air. Kisar sehingga bahan hancur. 2. Kemudian tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 keping asam keping, 6 ketul ayam, daun kesum, bunga kantan dan 1 mangkuk air. Kacau sebati semua bahan dan biarkan ia mereneh. 3. Bila ayam dah masak, masukkan garam, serbuk perasa (jika suka...

Resepi Laksa Johor Sedap Dengan Kuah Pekat

Image
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa resepi laksa Johor menggunakan spageti berbanding negeri yang biasanya menggunakan laksa dari tepung beras. Ada sumber mengatakan ia kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari Barat. Peminat laksa wajib cuba resepi ini pula. Laksa ini sedikit berbeza dengan laksa negeri lain kerana menggunakan spageti. Yang penting, rasanya sedap dan pasti dapat memikat hati sesiapa saja. Jika ada yang teringin mahu mencubanya, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Zalifah Hj Denan di bawah. Selamat mencuba! Bahan-bahan kisar: Sebiji bawang besar 4 biji bawang merah 4 biji bawang putih 3 batang serai 8 tangkai cili kering Kisar semua bahan-bahan di atas. Ketepikan. Bahan-bahan lain: Setengah ekor ikan parang/tenggiri Halia Bawang putih Kerisi (setengah biji kelapa) Santan (setengah biji kelapa) Udang kering setengah genggam Rempat kari 4 sudu besar Cara memasak: 1. Rebus ikan dengan halia dan bawang putih. Kalau...

Resepi Kangkung Goreng Belacan Penambat Selera

Image
Rupanya kalau nak masak sendiri punyalah senang. Modal hanya perlu beli sayur kangkung, bahan-bahan lain pula biasanya sudah ada di rumah. Jom cuba resepi kangkung goreng belacan ini. Masakan ini merupakan salah satu menu yang sering dipesan setiap kali ke kedai Thailand. Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Azlizah Izzah di bawah. Bahan-bahan: Bawang merah* Bawang putih* Belacan* Cili hidup merah* Sos tiram (optional) Serbuk perasa Garam Udang/sotong (optional) Kankung/kailan/pucuk paku Minyak masak Cara memasak: 1. Kisar kasar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*). 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga hampir garing (tapi jangan terlalu garing). 3. Masukkan udang atau sotong mengikut cita rasa anda. Gaul sebati sehingga udang masak. 4. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram jika tak mahu guna garam atau serbuk perasa. Jika tiada sos tiram, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 5. ...

Resepi Chocolate Truffles Penuh Nikmat Bila Makan Sejuk

Image
Walaupun hanya guna lima bahan sahaja, tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang premium tau. Bagi penggemar coklat, resepi Chocolate Truffles ini sememangnya patut dicuba. Ia seringkali dianggap sebagai makanan pencuci mulut atau hadiah coklat yang mewah karena kelembutan dan rasa kaya coklatnya. Ada pelbagai versi rasa dan jenis coklat truffle, termasuk dark chocolate, milk chocolate, white chocolate, dan truffle dengan tambahan rasa seperti mint, kopi, atau buah-buahan. Memang kalau masuk dalam mulut itu, memang cair lah coklat yang kita makan. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita ikuti perkongsian Muhammada Ali ini bersama. Bahan-bahan: 600g dark chocolate/nak manis boleh pakai milk 300g dairy whipping cream 1 sudu makan butter 2 sudu makan madu Sedikit garam Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan whipping cream sampai naik wap atau mendidih kecil di sekeliling pan (simmering). 2. Matikan api dan masukan kesemua bahan. 3. Kacau sebati dan tuang kedalam loyang 8 inci. 4. Sejukk...

Resepi Sambal Tempe Versi Basah Memang Sedap

Image
Terdapat pelbagai versi sambal tempe, antaranya adalah sambal tempe kering dan sambal tempe basah. Jika anda lebih suka sambal tempe basah, anda boleh mencuba resipi yang telah dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Sambal Tempe antara lauk pilihan popular sebagai penambah selera. Bagi mereka yang selalu melancong ke luar negara, lauk ini seringkali dibawa untuk dinikmati bersama nasi putih. Keistimewaan sambal tempe versi Mariana Zainal ini terletak pada kelazatan dan ikan bilisnya yang rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan. Bahan-bahan: 4 paket tempe (hiris ikut suka dan goreng) 5 biji kentang (potong ikut suka dan goreng) 2 genggam ikan bilis (goreng garing) 3 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Sedikit bahan perasa 1 keping asam keping 1/2 cawan air (sebaiknya air panas) Bahan-bahan kisar: 25 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 cawan minyak masak Cara-cara penyediaan: 1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. 2. Mas...

Resepi Ayam Goreng Berempah Chef Papa Memang Sedap

Image
Bagi menghasilkan ayam goreng berempah yang lebih wangi, anda perlu taburkan daun kari ke dalam minyak semasa sedang menggoreng ayam. Untuk menghasilkan ‘kerak’ yang banyak, ada petua yang perlu dilakukan. Semasa mengisar bahan-bahan perapan, pastikan jangan kisar sampai hancur. Bosan dengan ayam goreng kunyit biasa? Jom cuba resepi ini pula, rasa dijamin lebih padu dan lazat dari biasa! Oleh itu, jika mahu belajar cara-cara lengkap memasaknya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Nazri Mat Zain di bawah. Bahan-bahan kisar: Ayam seekor potong 20 ketul (basuh bersih & ketepikan) Serai 5 batang (potong 1/2 setiap batang) Halia 2 inci Lengkuas 1 inci Bawang besar 2 biji Bawang putih 4 ulas Biji ketumbar 1 sudu besar Jintan manis 1 sudu besar Jintan putih 1 sudu besar Bahan-bahan rempah: Rempah kari 1 pek kecil Serbuk cili 1 pek kecil Garam, ajinomoto, gula secukup rasa Tepung jagung 2 sudu besar Ayam sebiji Daun kari Cara memasak: 1. Kisar semua bahan-bahan kisar kecuali ayam. Jangan ki...

Resepi Daging Goreng Ala Thai Sedap Kaya Dengan Rempah

Image
Berikut adalah resipi mudah untuk membuat daging goreng ala Thai menerusi perkongsian Chef Azahari Abdullah ini. Daging goreng ala Thai, atau dikenali sebagai “Gai Tod” (ไก่ทอด) ini antara hidangan yang lazat dan kaya dengan rempah ratus. Bahan-bahan: Daging 800 gram Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk Sos Tiram 2 sudu besar Garam secukup rasa Butter – menumis Cara buat: Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam Bahan-bahan buat sos: Serbuk cili thai Gula kabung 2 sudu 2 sudu beras digoreng atau disangai di kisar halus Air Limau Nipis 2 sudu Air Asam Jawa 3 sudu Kicap sotong atau sos ikan Bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis Daun ketumbar dan daun bawang Cara penyediaan: 1.Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap) 2. Panaskan mentega hingga cair, tumis b...

Resepi Kuih Lepat Liat Mudah Dan Sedap Buat Minum Petang

Image
Kalau beli Kuih Lepat Liat agak susah juga nak dapat yang rasanya memuaskan hati. Di kampung-kampung agak mudah untuk ‘jumpa’ kuih yang sedap sebab ramai orang-orang lama suka kuih ini. Nikmatnya petang-petang ini kalau makan Kuih dengan secawan teh. Mudah saja nak buat ikut resepi sukatan cawan yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Bila buat sendiri, boleh dapat banyak. Makan pun puas. Siap boleh makan berulang-ulang. Bahan A: 3 cawan tepung pulut 1 1/2 cawan santan pekat 1 cawan gula merah 1/2 cawan gula Bahan B: Daun pisang untuk membungkus Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti/jika suka Cara-cara memasak: 1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul. 2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan. 3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit. 4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembu...

Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Style Bandung

Image
Jika para pembaca mahukan kelainan, bolehlah mencuba resepi pucuk ubi kukus masak lemak ini. Ianya pasti digemari oleh satu keluarga. Resepi ini perkongsian oleh Puan Suzana Othman boleh dikatakan unik dan berbeza dari lain. Hal itu kerana, beliau sangat kreatif kerana telah mengolah pucuk ubi menjadi empat segi. Menurut beliau juga, resepi tersebut dipelajari semasa berkunjung ke rumah sahabat mentua di Bandung, Indonesia. Jika di sana, pucuk ubi dipanggil dengan nama ‘singkong’. Bahan A: 1 ikat pucuk ubi (rebus dengan garam sehingga lembut & perahkan airnya) 10 biji telur Garam Cara memasak: 1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam. Kemudian pukul telur hingga kembang. Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang. 2. Curahkan telur ke atas pucuk ubi, tekan-tekan supaya padat. 3. Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada dah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan p...

Resepi Bakso Asli Indonesia Memang Terasa Sedapnya

Image
Menerusi perkongsian oleh Azizah Salleh, beliau berkata Resepi Asli Bakso dipelajari daripada seorang Youtuber yang merupakan warga Indonesia yang menetap di China. Resepi bakso Indonesia ini wajib dicuba jika anda mahukan rasa yang aunthentic sama seperti makan di sana. Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti cara lengkap di bawah bermula dari resepi kuah bakso, bebola bakso, sambal cili dan bahan-bahan sampingan lain. RESEPI ASLI BAKSO Bahan-bahan bebola bakso: Isi ayam kisar Daging kisar Bawang merah & bawang putih (hiris dan goreng sehingga kuning keemasan) Putih telur Bawang goreng Baking powder 1/2 kiub ayam Lada putih Serbuk bawang putih Garam Ketul ais batu Cara-cara: 1. Kisar semua bahan sehingga sebati. Kemudian bulat-bulatkan. 2. Rebus air dengan lemak ayam, bila dan mendidih kecilkan api. Masukkan bakso yang sudah dibulat-bulatlan tadi. 3. Apabila sudah timbul, tanda sudah masak dan boleh diangkat. RESEPI BAKSO INDONESIA (KUAH) Bahan-bahan: Bawang putih Daun bawang (baha...

Resepi Agar-Agar Santan Sirap Rose Pencuci Mulut Yang Sedap

Image
Agar-agar ini boleh dibuat dengan menggunakan 2 jenis agar-agar iaitu agar-agar tali dan agar-agar serbuk. Boleh menggunakan Resepi Agar-Agar Santan Sirap Rose untuk buat salah satu jenis mengikut kesukaan anda. Penggemar manisan pencuci mulut wajib cuba agar-agar sirap rose ini pula. Cukup sedap jika dimakan sejuk-sejuk ketika baru dikeluarkan dari peti ais. Di samping itu, agar-agar ini juga akan terpisah kepada dua lapisan selepas ia disejukkan. Jadi, ini perkongsian tips kepada anda supaya lapisan tersebut lagi mudah terbentuk. Bahan-bahan: 20g agar-agar tali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm) 5 cawan air 1 cawan gula Seketul kecil gula batu 1 biji telur gred A 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air (jadikan 2 cawan santan) 3 helai daun pandan (simpulkan) Pewarna sirap rose Sedikit pewarna cochineal tiruan dari star brand Sedikit esen vanilla Sedikit garam Cara penyediaan: 1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Kacau-kacau ...

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas Simple Tapi Sedap

Image
Cara masakan Resepi Sotong Masak Kicap Pedas sama sahaja seperti membuat ayam masak kicap. Cumanya, yang beza adalah penggunaan cili kisar sebagai salah satu bahan utama untuk masakan ini. Makan dengan nasi panas, memang sedap lauk  ini. Sekali sekala buat sotong style lauk lain pun sedap juga. Tak ada lah jemu asyik dibuat sotong goreng kunyit sahaja. Bagi peminat sotong, boleh mencuba resipi dari perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Bahan-bahan: 1kg sotong (lumur kunyit dan garam lepas tu goreng halfcooked) Cili kisar (1senduk besar) Bawang putih/merah/halia/Cili padi ikut kepedasan (kisar) Kayu manis, bunga lawang 2 batang Serai (ketuk) Bawang merah hiris bulat Tomato/cili merah (hiris dan potong) Kicap manis (saya pakai kicap mudim) Sos cili Sos tomato Sos tiram Sedikit air asam Cara-cara penyediaan: 1. Tumis bahan kisar sampai naik bau @ kekuningan,masukkan bunga lawang, kayu manis, serai. 2. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak. Masukkan semua jenis sos (ji...

Resepi Kari Ikan Sardin Tanpa Santan Sedap Tak Terkata

Image
Menu resepi kari ikan sardin bukan saja sedap dimakan dengan nasi panas, malah ia juga cukup lazat jika dicicah dengan roti. Pasti digemari oleh seisi keluarga. Siapa suka ikan sardin wajib cuba resepi yang cukup simple dan mudah untuk dimasak ini. Selain guna ikan segar, anda juga boleh menggunakan sardin dalam tin. Jika ada yang mahu mencuba memasaknya, ikuti saja resepi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah. Semoga bermanfaat! Bahan-bahan: Ikan sardin (dipotong kepala dan ekor) Sebiji tomato merah ranum Setangkai daun kari hijau rimbun 3 biji bawang kecil 3 ulas bawang putih Halia 3 sekawan Tomato Daun kari Rempah kari ikan + kari ayam Cara memasak: 1. Mula-mula panaskan minyak masak, minyak masak jangan kedekut ya kalau masak kari. 2. Kemudian, tumis hirisan bawang kecil dan 3 sekawan. 3. Apabila bawang sudah layu, masukkan pula bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat. Kacau-kacau sehingga naik aroma. 4. Seterusnya, masukkan tomato yang dicincang dan daun kari. 5. ...

Resepi Sambal Ikan Cara Orang Dulu Memang Sedap

Image
Walaupun cara memasaknya nampak mudah, tetapi ada tips dan petua yang perlu diikuti supaya hasilnya sama seperti orang tua kita masak. Resepi Ikan Pedas ini dapat mengimbau kenangan bersama orang tua kita. Kalau anda nak tahu apa petua tersebut, jom ikuti perkongsian oleh Ben Safwan di bawah. Bahan-bahan: Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit) 2 senduk bawang kisar cair Sedikit halia yang ditumbuk 2 senduk cili kisar 1 keping asam gelugor 3cm gula melaka Garam Gula Hirisan bawang Cara memasak: 1. Goreng ikan selar yang sudah diperap, 3/4 masak sahaja. 2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi. 3. Dah pecah minyak 2,3 kali,tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka. 4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak dan asam keping pada masa ini...