Posts

Showing posts from July, 2025

Resepi Puding Mangga Pemanis Mulut Yang Sedap

Image
Nampak elok dan cantik kejadiannya, Puding Cermin Mangga. Pemanis mulut dan penyejuk tekak untuk petang ni. Guna pula isi buah mangga segar memang puas bila makan. Lapisan Cermin Mangga: 2 biji mangga susu 2 cawan air 1 sudu teh serbuk agar-agar 1/2 cawan gula Lapisan Susu Mangga 1 cawan air 400 ml (200 ml x 2) kotak susu full krim 1/2 cawan puri mangga – lebihan tepi mangga lapisan pertama 1 sudu teh serbuk agar-agar 1/2 cawan gula Cara Membuatnya: 1. Lapisan Cermin Mangga; Potong nipis mangga seperti di dalam gambar. Kemudian, susun di dalam acuan menjadi bentuk bunga ros. Ketepikan dulu. 2. Di dalam periuk, satukan air, serbuk agar-agar dan gula. Kacau dan masak hingga mendidih. Tuang agar-agar hingga sama paras mangga saja. Sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit. 3. Lapisan Susu Mangga; Di dalam periuk, satukan air, susu, puri mangga, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata dulu baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tapiskan dulu, tapi ambil jugak pati mangga dan campur ...

Resepi Brownies Kedut Mudah Confirm Jadi

Image
Salah satu jenis kek yang sering mendapat sambutan dan kegemaran ramai adalah kek brownies. Memang enak dimakan. Menu  ni mudah untuk dibuat bagi santapan keluarga. Sesuai untuk minum petang santai-santai di laman rumah. Resepi Brownies Kedut Loyang 8 inci Bahan Dan Cara Buat: 80gram butter 230gram dark compound Cairkan dengan kaedah double boiled. 2 biji telur greb A @ B 1 sk esen vanilla 120gram gula perang/gula castor Pukul merata bahan ni sebelom masukkan choc yang kita dah double boiledkan tadi. Kacau guna whisk je semua ni. 100gram tepung gandum 1sk baking powder 30gram serbuk koko Aduk bagi merata semua bahan ni dan masukkan dalam adunan choc tadi. Ayak dulu ya tepung semua ni. Kacau dengan spatula atau whisk bagi sebati sebelom masuk dalam loyang. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 135°c. Siap, sedia untuk dihidang. Sumber: Kak Sue SarangHae II

Resipi Kuih Vadai Sedap Guna Kacang Ulunthu Dhall

Image
Dulu first time buat vadai guna kacang ulunthu dal yang ada kulit. Jenuh nak buang kulitnya. Tapi gagal sebab salah resepi. So ni kali kedua buat selepas beberapa tahun baru menjadi yang amat. Memang favorite kuih vadai ni sebab isinya lembut dan berbau wangi rempah. Bahan-Bahan: 2 cwn kacang ulunthu dhall 2 biji cili hijau 1 biji bwg besar 4 tangkai daun kari 3 camb jintan manis 2 tangkai cili kering – pilihan 1 camb lada hitam – pilihan Cili padi – pilihan yang suka pedas berapi 1 ikat kecil daun ketumbar 8 camb air masak 1 camb tepung beras 1 camt soda bikarbonat 2 camt garam Bahan Untuk Membentuk Vadai: Plastik Getah Scoop aiskrim Air (Dapat 20 ketul adunan) Cara Memasak: 1. Kacang direndam selama 5 jam. Kemudian guna blender kering dan hand mixer, tambah sedikit demi sedikit air sampai halus. Adunan akan menjadi pekat dan kenyal. 2. Potong dadu bawang besar, cili hijau dan daun ketumbar. Masukkan daun kari, jintan manis, garam, soda bikarbonat, tepung beras, cili kering, cili padi...

Resipi Daging Dendeng Hitam Berempah Dengan Rasa Pedas

Image
Dendeng ni ada rasa pedas lemak manis yang pasti bau aroma rempah campuran memang perghhh oii. Kena lah dengan tekak kami family. CikMa tambah rempah sebab suka, biar ada rasa rempah. Kalau rasa kicap je tak berapa best. Kanak-kanak pun boleh makan sebab kurang pedas. Daging dendeng ni tahan lama sebab tiada santan dan dimasak sedikit kering. Tapi ada berkuah sikit akan rasa dendang tu basah. Rasanya yang seakan rendang kering tapi yang pastinya bukan rendang. Rasa yang luar biasa, sure makan pun berselera dengan nasi panas dan sambal ikan bilis kering. Nak sediakannya rumit sedikit. Namun, sebab ia sangat sedap, so no problem nak masak. Jom kita lihat cara penyediaannya. Bahan Hiris Halus A: 10 ulas bawang merah 3 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan-Bahan Kisar Halus B: 2 inci kunyit hidup 4 biji bawang besar 4 batang serai 2 inci lengkuas 1 inci halia 10 biji cili api @ 1 camb lada hitam (Pilihan – kalau nak lebih pedas) Tambahan rempah ikut citarasa masing-masin...

Resepi Kek Minyak Red Velvet Gebu Dan Lembut

Image
Teringin nak makan kek simple-simple, maka terjadilah Kek Minyak Red Velvet. Sedap, lembut dan gebu. Lagi sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais. En.somi siap bawak bekal gi keje. Bahan-Bahan: 5 biji telur saiz B 1/2 cwn gula kastor 1 sudu bsr ovallete 1 sudu teh esen vanila 1 cwn susu pekat manis 1 cwn minyak masak 2 cwn tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh red velvet emulco Cara Membuatnya: 1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu dengan high speed. Campur esen vanila, susu dan minyak. Pukul selama 30 saat, jangan lama-lama. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik ke dalam adunan. Kaup balik dengan spatula hingga sebati. 2. Bahagi 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco. Kalau tak ada boleh guna pewarna merah je, tapi tak jadi kek minyak red velvet la, jadi kek minyak je. Alas loyang saiz 9 1/2 inci dengan baking paper. 3. Tuang 2 senduk adunan putih di tengah-tengah loyang. Kemudian, tuang 2 senduk adunan merah di atasnya...

Resipi Kuah Rojak Mudah Pekat Elok

Image
Hari ni kerja nak mengunyah makanan aje. Tekak dah lama tak makan rojak tauhu. Harini kite buat, tapi tak cukup bahan rojaknya, takde kangkung. Kuah rojak dia kita buat sendiri. Boleh juga digunakan untuk rojak buah dan lain-lain, resepi za letak di bawah. Bahan-Bahan: Sos cili Enaq (kicap dan sos takde sukatan ye) Kicap Manis Enaq (nk pakai brand lain pun takpe) 4 senduk kecil cili kisar 1 keping gula nise (dihancurkan) 3 sdb gula pasir 2 sdb tepung ubi Kacang tanah tumbuk Sedikit bijan Sedikit belacan (tapi ni za tak letak sebab belacan dah habis) + Kalau suka pedas letak cili api pun boleh. Cara Membuat: 1. Satukan semua bahan kecuali tepung, kacang tumbuk, dan bijan. Masak sehingga kuah naik mendidih, sentiasa kacau dengan api perlahan. 2. Dalam 10 minit semua dah sebati, masukkan tepung ubi dan kacang tumbuk. Gaul sampai rata dan tak berketul, dalam 5 minit tutup api. Sejukkan sebentar dan tabur dengan bijan. 3. Boleh makan bersama buah-buahan atau sayur-sayur. Nak letak petis pun...

Resipi Kuih Badak Berendam Sedap Dimakan Sejuk

Image
Lama tak buat ‘badak berendam’. Rasa lemak-lemak manis bersatu letop-letop dalam mulut. Eh! tang mana badaknya? Bahan Inti Kelapa: 1 cawan air panas 1/2 cawan gula merah cap Bintang 2 sudu besar gula pasir Satukan bahan di atas, kacau-kacau hingga larut dan tapis. 1/2 biji kelapa parut 1 1/2 sudu besar tepung gandum Secubit garam 1 helai daun pandan disimpul 1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti (tak de pun tak pe) Cara Membuat Inti: 1. Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. Bila mendidih, masukan kelapa parut, gula, dan garam. Kacau hingga agak kering, masukan tepung gandum. 2. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk. Dah sejuk, boleh bulat-bulatkan. Bahan Adunan Hijau: Didihkan air dalam periuk, sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau. 2 cawan tepung pulut 2 sudu besar membukit tepung gandum secubit garam 1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya) Cara Membuat Adunan Hijau: 3. Satukan tepung dan pati pan...

Resepi Mini Macaroni Bakar Memang Sesuai Untuk Jamuan

Image
Esok ada jamuan dekat office. Boring dah buat macaroni bakar dalam tray besar, kita buat kelainan sikit nak bagi nampak cute. Ramai yang request resepi, silakan ye kawan-kawan. Boleh dapat dalam 55-60 cawan. Bahan-Bahan: 1 pack macaroni 400gram (saya guna brand kimball) 1 tin sos Prego – Traditional 1 tin sos Prego – Cendawan 3-4 ketul cendawan butang (potong dadu) Ayam cincang Ramly – nak guna daging cincang pun boleh, optional Sosej (potong dadu) Bawang besar 1 labu (cincang) Serbuk oregano/parsley (takda pun takpa) Telur (4-5 biji) Cheese slice (brand apa pun tak kisah) Nak add on mozarella cheese untk topping pun boleh Cup size kecil Cara Membuat: 1. Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu dan minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan. 2. Tumiskan bawang sampai naik bau. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. Tuangkan sos prego dan kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gu...

Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Mudah Dan Sedap

Image
Mee Hailam adalah satu hidangan mee popular di Malaysia dan beberapa bahagian Asia Tenggara lain. Ia berakar umbi daripada kebudayaan Cina dan telah disesuaikan dengan selera tempatan. Ikuti resepi mee hailam yang dikongsikan oleh Ahmad Ilmi Ghazali. Hai, assalamualaikum gaiss, jom Belajar Masak Mee Hailam. Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan Mee Hailam (anggaran 3~5 orang makan): 1/2 biji Bawang Merah (dihiris) 4 ulas Bawang Putih (diketuk) 4 tangkai Cili Api Merah (belah tengah) 2 sudu besar Cili Boh Lauk (Udang, Sotong, Ayam) 3 sudu besar Sos Tomato 3 sudu besar Sos Cili 2 sudu besar Sos Tiram 3 sudu besar Kicap Lemak Manis 1/2 kuib pati lembu 1 sudu kecil secukup rasa Garam secukupnya Sayur (bunga kobis, karot, sawi, cili besar & tomato) telur tepung jagung – agen pemekat daun sup Mee kuning Cara Memasak: 1. Mula-mula kite didihkan air dan tutup api kemudian rendam mee kuning dalam air yang menggelegak itu selama 30 saat hingga 1 minit untuk buang kapur, minyak dan seb...

Resepi Sup Tulang Dan Daging Versi Kak Hud Terlajak Sedap

Image
Mental maseh rapuh. Tetapi alhamdulillah harini kudratnya kelihatan tinggi. Ini ja yang sis mampu untuk hidangan tetamu petang karang. Sup Tulang dan Daging Lembu, boleh makan dengan bihun juga nasi. Tak lupa Sambal Kicap Joho. Resepi Sup Tulang Dan Daging Lembu Versi Kak Hud; Bahan-Bahan A: 3 kg tulang lembu 1/2 kg daging lembu 2 inch halia Air secukup nya Bahan-Bahan B: 4 batang kulit kayu manis 4 biji bunga lawang Bahan-Bahan C: Hiris nipis – 8 biji bawang merah kecil 8 biji bawang putih Bahan-bahan D: Untuk Kisar – 10 biji bawang merah besar 6 biji bawang merah kecil 10 biji bawang putih 2 inch halia yg kita letak dalam rebusan daging tadi Bahan-Bahan E: Bancuhan rempah sup. Saya guna 4 paket kecil jenama Faiza + 1 paket kecil jenama Adabi. Bancuh sedang-sedang jangan cair sangat. Bahan-Bahan Lain: Serbuk lada putih secukup nya Mushroom seasoning secukup nya Garam secukup nya Daun sup Cara Memasak: 1. Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk. Masuk air secukup nya. Masuk sekali h...

Resepi Puding Jagung Lembut Dan Lemak Berkrim

Image
Hari ni, saya buat puding jagung. Puding jagung yang saya buat ni, menggunakan resipi asas membuat agar-agar tetapi hasilnya lebih lemak berkrim dan lembut serta sedap dimakan ketika masih sejuk. Nanti, bolehlah ibu ayah cuba buat dengan anak-anak sempena cuti sekolah dan makan bersama dengan keluarga tersayang. Selamat mencuba. Bahan-Bahan (7 bekas berisipadu 250 ml): 10 g serbuk agar-agar 120-150g (1/2 – 2/3 cawan) gula pasir (saya guna 120 g) 1/4 sdt garam halus 2 sdb tepung kastard 800 ml (3 1/4 cawan) air 175 ml (3/4 cawan) susu cair 125 ml (1/2 cawan) santan 1 tin (425 g) (1 2/3 cawan) jagung berkrim 3-4 titik pewarna kuning (pilihan) Jagung dalam tin (pilihan) Cara Penyediaan: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau dengan ‘whisk’ sehingga tepung tidak lagi berketul dan melekat di dasar periuk. 2. Panaskan larutan puding dan pastikan sentiasa dikacau sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan puding ke dalam bekas. 3. Sejukkan seketika dan masukkan puding ke dalam peti s...

Resipi Ayam Masak Kicap Ala Jawa Manis Dan Berlemak

Image
First, mak aku yang belajar resepi ni dengan mak ngah aku, mertua mak ngah tu orang jawa, so kami tak pastilah originality resepi ni. Kalau salah jangan kita gaduh-gaduh, yang pasti sedap sesangat. Anak-anak aku, kalau nampak je aku masak lauk ni, tutup je api, mereka dah mintak nak makan nasi. Rasa kicap manis dan berlemak. Ngan ngam soi. Lauk ni adalah lauk kenduri kiteorang untuk kanak-kanak, tak pernah lagi tak habis. Tapi ikutla tekak korang tau. So hari ni aku nak share resepi cara kami. Bahan-Bahan: 1/2 ekor ayam 1 inci halia – dihiris/ketuk 4 sekawan 5 sdb santan air asam jawa kicap manis gula dan garam Bahan Kisar: 4 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 1 biji buah keras Cara Memasak: 1. Aku kira ni setengah ekor ayam ye, lumur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak. Tak payah goreng garing-garing nanti ayamnya keras. 2. Ambil 4 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih, blend. Tumbuk bersama 1 biji buah keras. Ambil seinci halia, hiris. Nak ketuk pun boleh. Sediak...

Resepi Agar-Agar Gula Merah Sedap Dimakan Sejuk

Image
Hari ni nak share resepi agar-agar gula merah. Cara nak buat serta bahan-bahan pun mudah nak dapat. Lebih nikmat bila dapat makan sejuk-sejuk. Boleh la buat untuk juadah minum petang nanti. Bahan-Bahan: 20 gm agar-agar tali 1250 ml air 2 biji telur 200 ml/1 kotak santan 1 cawan gula merah sedikit garam sehelai daun pandan, ikat simpul Cara Buat: 1. Masak 250 ml air bersama 1 cawan gula merah dan daun pandan hingga mendidih. Ketepikan. 2. Didihkan 1000 ml air dan masukkan agar-agar tali, biarkan hancur dan larut. 3. Kemudian tapiskan air gula merah tadi kedalam periuk agar-agar. 4. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tapis ke dalam periuk, masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan. 5. Tuang campuran ke dalam loyang dan biarkan agar-agar mengeras. Hidangkan sejuk. Tips: Basahkan dahulu loyang/acuan kemudian tuang agar-agar supaya agar-agar senang untuk dikeluarkan dari loyang dan tak melekat. Sumber: Kuali Helena

Resipi Creampuff Sedap Dengan Cream Custard Creamy Homemade

Image
Hari ni nak share resipi creampuff sedap dengan cream custard creamy ni. ‎Saya buat jualan pon dengan resepi ni, customer suka. Lembut gebu dan berkrim, cair dalam mulut. Bahan-Bahan Untuk Krim Kastard: 1 1/4 cawan/313ml susu full cream 2 biji kuning telur/1 biji telur 1/4 cawan/55g gula 1 sudu besar/8g tepung gandum 3 sudu besar/24g tepung jagung 1/4 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream Cara Membuat: 1. Masak semua bahan kastard dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan dalam chiller. 2. Seterusnya, putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard yang telah disejukkan tadi. Mixer hingga sebati. Sedia untuk digunakan. Bahan-Bahan Untuk Choux Pastry: 1 cawan/250g air 1/4 cawan/56g butter/marjerin 1/4 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu besar/12g gula 1 cawan/125g tepung gandum 3 hingga 4 biji telur...

Resipi Kuetiau Sup Ayam Kuah Ala Bakso

Image
Kuetiau sup ayam makan sedap tambah waktu hujan sejuk ni. Ni resepi cik as sendiri dan untuk resepi kuah cik as dah edit kat bawah ok. Kalau pakai daging korang rebus daging dulu. Untuk resepi ni cik as guna ayam. Bahan Kisar/Tumbuk: 5 Biji bawang ros 3 ulas bawang putih Halia Seinci Bahan Lain: Isi ayam/daging (ikut citarasa korang) Masako 1 pkt kecik 2 Batang Akar ketumbar 2 biji Buah keras 2 sudu Makan Rempah sup Air secukupnya. (Untuk daging pakai air rebusan daging). 4 Sekawan Minyak masak Cukup rasa Bahan Hiasan: Bawang goreng Daun sup Daun bawang Daun ketumbar Cara Memasak: 1. Panaskan minyak dulu. Minyak dah panas masukkan ayam dipotong kecik dan goreng sikit sampai keluar air ayam tu. 2. Masukkan 4 Sekawan, akar ketumbar dan bahan kisar tadi tumis sampai naik bau wangi. Masukkan Rempah sup 2 sudu besar dan Serbuk Masako 1 paket kecik. Goreng sikit bagi naik bau. 3. Masukkan air secukupnya. Nak kuah Banyak letak banyak. Kalau pakai daging, masukkan air rebusan daging je. Biarka...

Resepi Pau Inti Kacang Merah Guna 2 Cawan Tepung

Image
Pau Inti Kacang Merah, buat 2 cawan setengah tepung ja, dapatlah 15 biji. Lembut gebu, puas hati bila buat sendiri. Sukatan dalam cawan minum teh dan gram. Bahan-Bahan: 260 ml air sejuk ais + 1 sd makan cuka makan (tips untuk pau lembut gebu & putih) – Air anggaran 1 1/4 cawan minum teh 1/2 sd teh garam halus 2 sd makan gula halus 2 sd makan susu pekat 1 1/2 sd makan susu tepung (kalau tak dak tak yah letak) 3 sd makan Shortening atau minyak jagung (hari ni guna minyak masak saji ja) – Kalau guna shortening kuih pau lagi putih gebu, jangan guna marjerin nanti pau nampak kuning-kuning) 3 1/2 cawan atau 500gm tepung Superfine atau Tepung Pau (Tepung superfine ni putih, jadi kuih pau nampak putih gebu bila dah masak) 1 sudu makan Yis Saf atau Mauripan (Saya guna Saf sebab kurang bau masam yis) 1/2 sd teh Baking Powder (Double Acting B. Powder lagi bagus kalau ada) 1 sd teh Cream Super atau Bread Softener atau Water roux (Letak salah 1 ja ye) Nota: Doh mesti lembut lebih kurang doh don...

Resepi Koey Teow Goreng Basah Simple Tapi Sedap

Image
Haa tengah fikir nak masak apa malam ni or weekend ni? Nak yang senang-senang je? Jom tengok resepi bawah ni, mudah dan bahan ekonomi. Bahan-Bahan: Koey teow sebungkus Bawang besar 1 labu ditumbuk Bawang putih 3 ulas ditumbuk Cili kisar/cili boh (4 sudu makan) Fishball & fishcake Udang/ayam (optional) Telur 3 biji Sos tiram (optional) kalau takdak takpa ja Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal Garam, gula, serbuk hilal Taugeh & kucai Cara Memasak: 1. Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball dan fishcake yang dipotong nipis. Fishball tu belah 2 ja. Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. 2. Dah masak cili (pecah minyak), time ni api sederhana, masuk udang or ayam (kakak tak boh sebab takdak), air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada. Time ni kakak tak guna sos tiram pun. 3. Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula (kaka guna brown sugar) da...

Resepi Kek Buah Kukus Meriah Dengan Buah-Buahan

Image
Done! Buat Kek buah kukus yang penuh buahnya, baru je dikeluarkan dari loyang. Bakal dibawa sebagai buah tangan. Siapa peminat kek buah kukus boleh cuba resepi ni. Bahan-Bahan: 500gm mixed fruit 100gm orange peel 320gm gula castor 60ml air panas 250gm (seketul) butter 360gm tepung gandum* 1 sudu kecil baking powder* 1 sudu kecil soda bikarbonat* 1/2 sudu kecil cream of tartar* 1 sudu kecil serbuk kayu manis* 1 sudu kecil serbuk buah pala (optional)* 1 sudu kecil esen vanilla 3 biji telur gred A Cara Membuat: 1. Campurkan mixed fruit dan orange peel dan rendam dalam air suam selama 5 minit. Kemudian toskan. Campurkan bahan bertanda (*), ayak dan ketepikan. 2. Cairkan gula castor dalam kuali sehingga berwarna perang. Setelah cair, masukkan air panas dan kacau. Hati-hati ye jangan sampai terpercik ke diri sendiri. 3. Bila air gula dah nampak berbuih, masukkan butter. Kacau sampai butter larut semua. Masukkan campuran mixed fruit dan orange peel (tinggalkan sedikit untuk tabur atas kek). K...

Resipi Kek Keju Gedik Guna Slice Cheese

Image
Aktiviti malam tadi sebenarnya. Buat kek gedik ni, Si kakak kata dah lama ibu tak buat. Ni akak buat resepi yang mudah-mudah je. Guna slice cheese je. Kalau nak cuba boleh la buat. Kek keju Jepun atau Japanese cotton kek. Bahan-Bahan: 6 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih) 6 keping keju cheddar cheesedale (carik-carikkan) 100 g mentega 100 g tepung gandum (diayak) 125 gula pasir 300 ml susu segar 1 sudu teh esen vanilla Cara Membuat: 1. Panaskan susu guna api perlahan, kemudian masukkan kepingan keju yang dicarik-carik. Setelah keju cair, masukkan butter. Setelah semua cair ketepikan, biar sejuk. 2. Campurkan putih telur dengan gula dan pukul hingga betul-betul gebu putih (meringue atau bertanduk), ketepikan. Pastikan bekas yang kita guna kering. Masa ni boleh panaskan oven. 3. Dalam bekas lain pula, satukan kuning telur dengan esen vanilla dan pukul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, gaulkan atau mix sekejap bagi sebati. Kemudian campurkan adunan dengan putih telur tadi...

Resepi Mee Goreng Basah Versi Indian Style

Image
Hari ni makan apa? Jom kita masak mee goreng basah style orang india. Guna bahan-bahan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Hasilnya secukup rasa dan sedap. Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning – rendam dalam air panas selama lima minit. 1 peket fish ball potong nipis 1 peket fish cake potong nipis 300gm sawi hijau potong dalam 5 cm. 3 biji tauhu putih. Potong kecil dan goreng dahulu. 1 biji bawang besor mayang halus 5 ulas bawang putih cincang halus 3 sudu besor serbuk cili merah 5 sudu besor Kicap pekat 5 sudu besor sos cili Garam dan lada sulah secukup rasa 4 biji telur ayam. Minyak yang secukupnya Cara Memasak: 1. Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Letak garam sedikit. 2. Letak batang sawi tadi. Ketuk-ketuk sikit batang sawi ni. Masa ni tambah serbuk cili tadi dan godak habih habih. Masukkan mee kuning tadi yang telah direndam dalam air panas. 3. Tambah kicap pekat dan sos cili sekali. Godak lagi sekali bior sebati. Tuan...

Resepi Roti Boy Gebu Elok Wangi Satu Rumah

Image
Makan petang hari ni, buatkan anak-anak roti boy, makan la puas-puas. Firstime sis buat roti ni, takla susah pun, sedap sangat makan panas-panas. Luarnya garing, dalam lembut je, cuma lepas ni kena lebihkan butter lagi. Resepi sis ambik dekat tiktok, meh sis share kan resepi dia dekat bawah ni. Bahan Untuk Doh: 1 biji telor 3 tbsp gula castor 1 1/2 yis kering 1 cawan fresh milk suam 1/2tsp garam 3 cawan tepung roti 3 tbsp unsalted butter Unsalted Butter (untuk inti dalam roti) Sedikit minyak (sapu atas doh) Cara Membuatnya: 1. First sekali satu kan sekali telor, gula, susu dan yis. Kacau-kacau sehingga gula larut. Lepas tu masukkan garam dan kacau lagi. Dalam mangkuk lain, tuangkan tepung roti dan bersama baham yang kita kacau tadi. 2. Kacau adunan dengan senduk bagi sebati semuanya. Lepas tu, campur butter ke dalam adunan tadi. Time ni kena uli selama 5 minit sampai doh tu lembut. Ni nak pakai mixer boleh, nak pakai breadmaker pun boleh. Dah uli doh sampai lembut dan cantik, bulatkan ...

Resepi Agar-Agar Koko Mudah Dan Sedap

Image
Alhamdulillah. Sedap makan agar-agar koko dalam cuaca panas dan juga sebagai pencuci mulut. Mudah juga membuatnya. Bahan2: 1 Tahil agar2 bertali (28g) 1/2 Cwn gula pasir 1 Tin susu pekat 1/2 Cwn serbuk koko 6 Cawan air Cara-caranya: 1. Masak agar2 hingga larut masukkan gula. 2. Serbuk koko dibancuh dengan air panas. Tapis dan masukkan bersama susu pekat. Sukatan air termasuk bancuhan koko tetap 6 cawan. 3. Selepas mendidih, tapis sekali lagi dan tuang dalam acuan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. Nota: Kalau tak nak manis tak perlu masukkan gula. Selamat mencuba. Sumber: Ain Zahra  

Resipi Sotong Sumbat Percik Padat Dengan Inti

Image
Makan apa hari ni? Jom buat sotong sumbat percik. Memang puas hati bila masak sendiri, sumbat inti banyak-banyak dalam sotong sampai buncit. Makan seekor pun dah boleh kenyang. Bahan utama 2 ekor sotong saiz besar, basuh dan toskan. Bahan Untuk Sumbat: 3 bj telur Isi bahagian dada ayam dicincang (lagi banyak rasa telur sotong ori) bwg putih cincang halus Bwg merah dimayang Sedikit lobak merah cincang halus Maggi cukup Rasa Sedikit garam Cara Buat Inti: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam, lobak merah, Maggi cukup rasa dan garam. Gaul sebati hingga isi ayam empuk. 2. Pukul telur, tuang dalam bahan tumis tadi. Bahan akan jadi macam telur dadar dan kemudian hancurkan. Bila sejuk, sumbat dalam sotong kemudian masukkan kepala sotong sekali dan cucuk dengan lidi. Bahan Kuah Percik: 5 ulas Bawang putih 10 biji Bawang merah 1/2 inci Halia 3 batang Serai Cili kisar Sedikit Serbuk kunyit 1 ketul Gula kabung Sedikit Garam Santan kotak Jintan manis Cara Membu...

Resepi Rendang Daging Rempah Cili Padi

Image
Resepi rendang macam mak-mak masak, guna bahan-bahan rempah buat sendiri. Sumpah rendang ni memang sedap giler kalau jenis yang pencinta rendang wajib cuba dan serius korang takkan menyesal. Bahan-Bahan: Daging 1 kg – Hiris sederhana tebal, basuh bersih dan ketepikan Bahan-Bahan Rempah: 5 sb biji ketumbar 3 sb jintan putih 2 sb jintan manis Sangai dan sejuk baru tumbuk atau kisar ya. Kalau korang tumbuk time panas die liat, jenuh tak hancur. Bahan-Bahan Pes: 30-40 batang cili padi hijau (pedas korang ejas sendiri eh mak suke pedas hehe) 2 labu bawang besar belah kan 6 atau 8 4-5 ulas bawang putih 3-4 batang serai hiris juga 1 inci halia 2 inci kunyit hidup Cara Membuat: 1. Blender bahan dengan sedikit air. Tuang minyak di dalam kuali, jangan banyak sangat eh. Kemudian, tumis pes sampai naik minyak. Masukkan rempah dan dan sedikit air, kacau lagi sampai naik minyak semula. 2. Seterusnya, masukkan daging dan terus tutup bila keluar air daging dan bila daging kecut baru tambah air dan sed...

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Image
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak. Bahan-Bahan: 250g buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter) 1 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanila 3/4 cawan tepung jagung 2 cawan tepung gandum Cornflakes secukupnya (Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye) Chocolate chips Chocolate rice (optional) Almond nibs atau slice (optional) – bakar kejap Cara Membuat: 1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. 2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati. 3. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter atau planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes...

Resepi Kuih Siput Sedap Rangup Rasa Berempah

Image
Assalamualaikum, hari ni saya kongsikan resepi kuih siput yang sedap, ranggup, gebu, tak keras dan berempah. Sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan untuk Hari Raya nanti. Bahan-Bahan: 1 kg tepung gandum 1 biji telur 4 sudu besar butter dicampur dengan sedikit minyak masak dan dipanaskan 1/2 cawan santan @ separuh santan kotak Garam dan Gula secukup rasa Serbuk perasa ajinomoto jika suka Air yang secukupnya Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar: 1 sudu besar jintan manis 3/4 cawan udang kering @ ikan bilis 3 sudu besar cili blend 1 sudu makan serbuk kari 2 sudu makan ketumbar 5 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 10 tangkai daun kari (digoreng terlebih dahulu) Cara Membuat: 1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga semuanya sebati. Masukkan telur dan santan uli sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit uli sehingga doh menjadi lembut. 2. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 c...

Telur Ayam Masak Kurma Mudah Dan Menyelerakan

Image
Telur ayam masak kurma, peberet anak-anak saya gak ni. Masak kuah pekat gini, cedok kuah pastu gaul-gaul dengan nasi panas. Ada pulak ikan masin atau pekasam memang makan tak panggung kepala dah. Bahan-Bahan: 10 butir telur direbus 18-20 minit (kopek buang kulit dan goreng sekejap jer, toskan) 4-5 bj kentang (potong ikut suka) saya tambah carrot untuk kali ni. 1 kotak kecil santan Ayam Brand 2 cawan air (untuk kuah) suka kuah lebih boleh tambah. 3 pcs cili merah potong serong (hiasan) sedikit cili padi (hiasan) 3 senduk minyak masak (untuk menumis) 3-4 pcs bunga lawang 1 bj bawang besar (hiris) 5 ulas bawang putih (hiris) Sebesar ibu jari halia (hiris) Bahan Pes: 6 sudu besar rempah kurma (saya guna Adabi) 1/2 sudu besar serbuk cili (kali ni saya tak letak) 1 peket kecil kerisik 1 sudu besar (rata) garam 1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto) 1 pcs asam keping 3 tangkai daun kari (amik daun jer) 1 cawan air Kacau semua bahan ini, jadikan pes Cara Memasak: 1. Panaskan minyak masak, tumis bung...

Petua Dan Resepi Kulit Karipap Rangup

Image
Assalamualaikum wrt. Hari ini saya nak share resepi karipap rangup cara saya. Saya mula buat karipap hanya untuk sendiri makan dan sekadar memenuhi permintaan dari jiran-jiran untuk stock bulan ramadhan. Di sini saya sertakan sekali resepinya dan beberapa hint yang saya guna pakai, boleh cuba ya. Moga ianya membantu dan memberi bermanfaat kepada yang lain. Boleh share kepada yang berminat. Resepi, cara-cara dan hint di bawah ya. Bahan Kulit Karipap Rangup: 1 kg (satu bungkus) tepung gandum – saya guna tepung mfm cap ros 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak 1 sudu makan marjerin apa-apa jenama pon boleh – saya guna planta 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis coway/cuckoo 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja Oh! sebelum lupa jangan tanya saya garam atau gula tak letak kah?. Saya memang tidak letak sebab resepi dari arwah mak pon takde letak garam gula. Tapi kalau nak letak rasanya tidaklah menjadi kesalahan, ikut selera dan...

Resipi Acar Buah Versi Tak Pedas Memang Sedap

Image
Acar buah menjadi pilihan ramai keluarga untuk dinikmati dengan nasi beriani, nasi tomato dan lain-lain lagi. Ada juga di jadikan sebagai lauk sampingan. Yang ini versi tak pedas sebab tak pakai cili padi. Bau rempah wangi. Jom kita lihat bahan-bahan untuk Acar Buah Versi Tak Pedas. Bahan-Bahan: 1 kg buah jeruk campuran (Ceri merah + hijau, buah kana, limau, asam limau – potong jika saiz besar) 2 cawan halwa kundur 1 cawan kismis 2 cawan kurma 1 cawan jeruk mangga 1 cawan jeruk peach 1 cawan bawang merah kecil 3 camb bijan – sangai 1 camb garam 2 ketul gula kabung@gula melaka 1 senduk gula perang 1 1/2 cawan cuka 1 cawan air – pilihan Sos Cili Pencicah Bahan Kisar: 3 genggam cili kering gemuk – rebus dan kisar 2 labu bawang besar 1 labu bawang putih 2 inci halia 2 cawan minyak masak Bahan Rempah: 2 camb rempah kari 4 camb rempah campuran (jintan kasar, jintan halus, ketumbar – sangai dan kisar) Rempah Istimewa: Jintan kasar Jintan halus Ketumbar Buah pelaga Bunga lawang Bunga cengkih K...

Resepi Kek Sarang Semut Sedap Tak Perlu Perap

Image
Nak tau tak rahsia buat kek sarang semut yang sedap dan gerenti orang akan suka? Tak berbau hanyir telur, sarang sampai ke atas, kurang manis dan tak perlu perap. Resepi untuk 1 biji loyang saiz 6 inci. Mula-mula buat gula hangus; 170g gula 200g air Cairkan gula sampai gelap perang dan sedikit berbuih. Masukkan air sedikit demi sedikit. Api perlahan. Kene sentiasa kacau ye, jangan biarkan nanti hangit, kek jadi pahit. Dah siap tutup api, biar je atas dapur tu sebab kite nak tuang gula panas-panas atas adunan. Bahan-Bahan Lain: 3 biji telur saiz B 70g majerin/butter/minyak (saya pakai minyak masak) 125g susu pekat manis (resepi memang dah kurang manis, tak perlu kurangkan lagi) 120g tepung gandum 6g soda bikarbonat 1 sk Vanila star brand (jangan lebih jangan kurang) Cara Membuat: 1. Campurkan semua bahan termasuk gula hangus yang panas tadi. Whisk sebati dan tapiskan. MESTI TAPIS. Lepas tapis, whisk lagi hingga sabati. Masukkan ke dalam loyang saiz 6 inci, alaskan baking paper terlebih ...

Resepi Brownies Kedut Guna Sukatan Cawan Menjadi

Image
Brownies kedut guna sukatan cawan, tak payah mixer bagai, kacau je guna spatula. Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je. Saya guna dark chocolate beryls, 100% brown sugar and marjerin. Saya guna sukatan cawan metric, tak payah nak timbang bagai. Bahan-Bahan: 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan) 90 gram butter/marjerin (1/2 cawan) 90 gram tepung gandum (1/2 cawan) 90 gram choc coin (1/2 cawan) 40 gram coco powder (kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko) Esen vanilla 2 biji telur size B Cara Membuat: 1. Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit. Bila gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati. Masa ni kena hati-hati ye, takut telur jadi telur hancur. 2. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati. Baru masukkan chocolate coin dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati. 3. Lapik loyang 7 inchi dengan baking paper dan bakar dengan suhu 180c selama 30 minit. Bila dah siap tu, terus bawa kel...

Resepi Paru Masak Sambal Tahan Sampai Berbulan

Image
Paru masak sambal memang lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas dan menyelerakan. Bila paru dimasak betul, teksturnya lembut dan tak liat, digaul dengan sambal berempah yang padu. Makan pula dengan nasi panas, memang cukup membuka selera dan susah nak berhenti. BAHAN-BAHAN: 500gm paru | rebus dan hiris nipis 1 sudu air asam jawa  1 biji bawang Holland | hiris bulat  Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN KISAR: 6 biji cili merah 5 ulas bawang 3 ulas bawang putih 2cm halia 2 batang serai CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihida...

Resepi Seri Muka Jagung Lembut Dan Creamy

Image
Teringin nak makan seri muka Jagung ni, first time buat dan makan. Resepi olah dan ejas sendiri je.. Alhamdulillah, pulutnya lembut dan jagungnya yang creamy. Terasa ketulan-ketulan jagung tu. Lapisan Bawah: 2 cawan beras pulut (basuh & rendam di dalam air selama 2 jam) 2 cawan santan sederhana pekat 2 sudu teh garam halus 1 sudu besar minyak masak Lapisan Atas: 1 tin jagung manis krim 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 3 sudu besar tepung kastad 3/4 cawan gula pasir 1 biji telur B 2 cawan sederhana pekat Pewarna kuning Cara Membuatnya: 1. Lapisan Bawah; Kacau santan dengan garam dan minyak. Kacau hingga garam larut. Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang saiz 9 1/2 inci yang di alas plastik. 2. Kemudian, tuang bancuhan santan tadi dan ratakan. Didihkan pengukus dengan air terlebih dahulu. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana. 3. Lapisan Atas; Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung kastad, gula, telur, santan dan pewarna kuning. Kacau sebati dan gula larut. ...

Resepi Rojak Mee Bersama Cucur Kucai Memang Sedap

Image
Pertama kali makan rojak mee nie sewaktu saya pergi ke kedai nasi kandaq mamak kat pekan kecil di daerah saya nie dengan bapa mertua saya. Dia beli bungkuih bawak balik makan di umah, try rasa, MasyaAllah sedapnya. Lepas pada tu, kalau pergi ja ke kedai makan mamak, menu wajib order mesti la rojak mee nie. Boleh la makan walaupon tak Sama macam di kedai mamak nasi kandar tu. Di bawah nie saya ada sertakan sekali resepi dari kuahnya, cucuqnya hingga la ke bahan-bahan sampingan dan cara menyajikannya. Silakan share, saya halalkan. Bahan-Bahan Untuk Kuah: 4 biji ubi keledek direbus kemudian diblend dengan sedikit air 4 sudu besar kacang tanah kisar 2 keping gula kerek @ nisan (gula merah pon bleh) Sedikit air asam jawa Garam Gula Air secukupnya Bahan Kisar: 4 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia 15 biji cili kering 1 inci belacan 1/2 cawan udang kering Cara Membuat: 1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam ja...

Cara Buat Roti Sardin Crunchy Dan Sedap

Image
Ibu request nak roti sardin crunchy, ayah pula request nak bihun goreng untuk makan petang ni. Maka, terhasil lah menu roti goreng inti sardin yang rangup ni. Bahan-Bahan: Roti gardenia 1 buku yang pendek Sardin 1 tin besar (Iqa suka buang tulangnya dan ikannya gorengkan sekejap dan angkat) Bawang merah besar 1 labu (hiris) Air asam jawa – agak-agak je Secukup rasa – agak-agak je Tepung gandum 2 cawan Telor ayam sebiji Serbuk kunyit – agak-agak je Air sejuk Cara Membuat: 1. Buat Inti; Ikan sardin yang dah goreng tadi kite pecah-pecahkan, jangan hancur sangat, sikit-sikit je. Ambik sos sardin tu sikit je agak-agak ya. Masukkan bawang merah besar hiris + air asam jawa dan secukup rasa. Gaul bagi rata. Boleh letak cili api kalau suka pedas, iqa tak buh sebab anak-anak pun nak makan. 2. Roti ambik sekeping letak atas pemotong, ratakan sedikit inti ke atas roti tersebut, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat bubuh inti tu ye. Letak sekeping lagi roti ke atasnya. Ambik pisau dan potong...