Resepi Paru Masak Sambal Tahan Sampai Berbulan


Paru masak sambal memang lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas dan menyelerakan. Bila paru dimasak betul, teksturnya lembut dan tak liat, digaul dengan sambal berempah yang padu. Makan pula dengan nasi panas, memang cukup membuka selera dan susah nak berhenti.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu air asam jawa 
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat 
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.

4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.

5. Gaul rata kemudian tutup api.

6. Sambal paru sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.