Posts

Showing posts from September, 2025

Resepi Mee Kuah Simple Lagi Sedap

Image
Mee Kuah merupakan antara hidangan mi yang cukup popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri bahagian utara dan timur Semenanjung Malaysia. Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah simple yang terlajak mudah tanpa menggunakan banyak bahan. Rupa Mee Kuah seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasaknya. Dengan paduan mi yang lembut dan kuah sedap, ia telah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Walaupun Mee Kuah ini terdapat dalam pelbagai versi, tapi kami begitu tertarik dengan satu resepi yang mudah di media sosial sampaikan ramai memuji kesedapan setelah mencubanya. Masni Bahari telah kongsikan resepi Mee Kuah simple di Facebook yang sangat ringkas caranya. Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan juga tak terlalu banyak. Jom kita cuba! Bahan-Bahan: Mee kuning Daging (direbus) Sawi Tauge Daun sup Sos cili Kicap Sedikit gula Sedikit serbuk perasa Telur Bahan Kisar: Cili kering Bawang besar Bawang putih ...

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

Image
Untuk rasa yang lebih ‘wow’, anda boleh menambah sedikit perahan limau nipis semasa menghidangkan. Sup ayam ini juga boleh disesuaikan dengan menambah cili padi untuk versi yang lebih pedas. Resepi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca sejuk atau sebagai makanan yang ringan untuk seisi keluarga. Bahan Tumis: Bawang merah kecil (hiris) Bawang putih (hiris) Bawang besar (hiris – sedikit sahaja untuk elak rasa terlalu manis) Halia (hiris) 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih) Bahan Sup: Rempah sup (Adabi) – bancuh dengan sedikit air Lada hitam (dikisar halus) Kentang (potong besar) Lobak merah (potong besar) Ayam (potong sederhana besar) Daun bawang dan daun sup (dihiris) Garam secukup rasa Cara Penyediaan: 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. 2. Tumis bawang merah sehingga kekuningan dan wangi. 3. Masukkan bawang putih dan teruskan menumis sehingga kedua-duanya keperangan. 4. Tambahkan bawang...

Resepi Pisang Goreng Belon Versi Vietnam Sangat Rangup

Image
Pisang Goreng Belon Vietnam ini sangat rangup di luar dan apabila digigit, akan terasa lemak biji bijan yang ditaburkan di atasnya. Sesuai dinikmati untuk sarapan atau minum petang. Jom sama-sama cuba membuatnya. Resepi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng dan menghasilkan ruang ‘kosong’ di bahagian tengah. Sebab itu ia dipanggil dengan nama tersebut. Bahan-Bahan: 75 gram tepung gandum 50 gram tepung beras 10 gram tepung jagung 25 gram gula pasir Secubit garam 1/2 sudu besar baking powder 15 gram butter (dicairkan) Bijan putih/hitam Cara Penyediaan: 1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, gula pasir, garam dan baking powder. Gaul rata. 2. Tambahkan butter cair sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan hingga sebati. 3. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. Kacau hingga adunan licin dan tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat, cukup untuk menyalut pisa...

Resepi Popia Cheese Rangup - Makan Sebalang Boleh Habis

Image
Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah. Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas. Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba! Bahan-Bahan: 1 bungkus kulit popia 5 sudu besar serbuk keju 2 sudu besar gula kastor 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas) Cara-Cara: 1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing. 2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata. 3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup. 4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut. 5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ...

Resepi Sambal Bilis Belado Campur Terung Kentang

Image
Walaupun hidangan lauk Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado nampak ringkas, namun ia lengkap dengan sayur kentang, terung dan tempe yang sangat memikat selera. Jika ada telur goreng, lebih bertambah nikmatnya. Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado yang sedap. Siti Nornaim Keng telah kongsikan resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado di Facebook dengan hasil yang membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba! Bahan-Bahan: Ikan bilis Kentang (dipotong dadu) Terung (dipotong memanjang) Tempe Bawang putih Bawang merah Cili api merah Cili besar Belacan Bawang holland (dihiris besar) Garam Gula Cara-Cara Memasak: 1. Mula-mula, kisar kasar bawang putih, bawang merah, cili api merah, cili besar, belacan dan ketepikan dahulu. 2. Selepas itu, goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe sehingga garing (semua bahan ini tak perlu gaul dengan kunyit), angkat dan toskan. 3. ...

Resepi Ayam Bakar Mayonis Confirm Sedap

Image
Hi korang. Dia mai dah, asal dia mai macam biasa la kan tepek gambar ayam bakar. Kali ni ayam mayonis. Korang boleh ubah suai bahan ikut sesuai selera ya. Maaf saya terlupa ambik gambar ayam masa perap tadi. Kentang tu saya kupas, potong dan rebus. Bila dah empuk, tos air kemudian ambil sedikit butter, cili flakes dan oregano. Kemudian gaul rata. Slow-slow ye, kang hancur pulak. Bahan-Bahan: 1/2 ekor ayam, cuci bersih dan toskan Bahan A – 1 biji bawang merah besar 4 ulas bawang putih + Saya tumbuk halus. Boleh kalau anda nak letak halia, serai. Bahan B – (agak-agak la ye, secukupnya) Sos cili (2 sudu besar) Sos tomato (2 sudu besar) Sos tiram (2 sudu besar) Madu Cili flakes Mayonis (1/2 ekor ayam, saya letak 3 sebab mayo) Garam (agak-agak ye sebab dah ade sos tiram) Minyak bijan (boleh ganti minyak masak) Cara Buat: 1. Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30 minit. Semalaman pun elok. 2. Saya bakar dalam oven suhu 200c atas bawah s...

Resepi Udang Buttermilk Mudah Confirm Sedap

Image
Cara penyediaannya cukup mudah. Bahan yang diperlukan pula hanyalah udang, butter, bawang putih, cili padi dan beberapa bahan ringkas yang lain. Pasti ramai dah biasa buat ayam buttermilk, kali ini kita cuba pula masak udang buttermilk. Penggemar udang mesti akan suka menu ini! Resipi ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara memasaknya di bawah. Bahan-bahan yang diperlukan: Udang Butter Bawang putih Daun kari Cili api Susu cair ½ cawan 1 sudu besar susu pekat Garam Cara memasak: 1. Pertama sekali, goreng udang di dalam minyak hingga masak. 2. Setelah itu, angkat udang dan ketepikan seketika. 3. Gunakan sedikit minyak sisa gorengan udang, kemudian masukkan butter. 4. Setelah butter cair, masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. 5. Tumis ketiga-tiga bahan tersebut sehingga wangi. 6. Kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat ke dalam kuali. 7. Jangan lupa untuk menambah garam secukup rasa. 8. Apabila rasa kuah sudah sesuai, mas...

Resepi Lempeng Ubi Kayu Sedap Lemak Manis

Image
Rasa Lempeng Ubi Kayu yang lemak manis bercampur aroma kelapa memang memikat selera, pasti licin sekelip mata! Nak cuba? Jom lihat resepi penuh di bawah. Resepi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar ubi dan kelapa, anda wajib cuba resepi mudah ini! Lempeng ini juga sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi, malah lebih nikmat dimakan ketika hujan. Bahan-bahan: Ubi kayu 1 biji telur Kelapa parut 2-3 sudu besar santan 1 sudu besar gula Sedikit garam 2-3 sudu besar tepung gandum Cara-cara: 1. Sagat ubi kayu menggunakan penyagat. Kalau tiada boleh guna pengisar. Tapi kalau sagat boleh gigit dan rasa ubi itu. 2. Letakkan telur, kelapa parut, santan, gula, garam dan tepung gandum. Kacau semua bahan sehingga sebati. 3. Panaskan kuali leper dan oles sedikit minyak. 4. Cedok sesenduk adunan dan tuangkan ke atas kuali yang telah dipanaskan. Ratakan adunan ke seluruh kuali. 5. Masak lempeng dengan api sederhan...

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai Buat Selera Terangkat

Image
Tomyam Poktek berbeza dengan tomyam biasa kerana susu cair atau santan akan ditambah ke dalam kuah bersama campuran pelbagai jenis makanan laut seperti isi ikan, sotong, kupang dan udang. Kali pertama dengar tentang Tomyam Poktek, terus tertanya-tanya, tomyam jenis apakah ini? Buat pengetahuan anda, ia adalah sejenis tomyam seafood ala Thai yang disukai ramai. Jika ingin tahu bagaimana rasa Tomyam Poktek yang dikatakan sedap ini, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook. Jom kita cuba! Bahan-Bahan: Udang Isi ikan kembung Sotong (dibersihkan) 2 batang serai (diketuk) 2 biji tomato (dibelah empat) Lengkuas 5 biji cili padi merah (diketuk) Cendawan enoki 4 sudu besar santan atau susu cair Daun ketumbar 3 helai daun limau purut 3 biji limau nipis 1 biji bawang besar Batang dan akar ketumbar 1 kiub pati ikan bilis 600ml air 4 hingga 5 sudu makan sos nampla (sos ikan) Cara-Cara Memasak: 1. Mula-mula, masukkan serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang da...

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Kuah Pekat Berlemak

Image
Menurutnya Nurhayati Maleq, dia pernah melihat seorang chef menambah satu ‘bahan rahsia’ ke dalam asam pedas untuk menghasilkan kuah yang lebih lemak dan pekat rasanya. Nurhayati Maleq, berkongsi satu resepi asam pedas ikan jenahak yang padu dan lazat. Dia pun terus mencuba teknik chef tersebut dan ternyata hasilnya sangat sedap! Jadi, jika anda ingin tahu apakah bahan itu, mari lihat resepi lengkap di bawah. Bahan-bahan: 1 ekor ikan jenahak 1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2 4-5 helai daun limau purut (buang urat) 2 biji tomato dibelah 4 1 sudu besar pes asam jawa 1 genggam asam gelugor Air secukupnya 1 kiub ikan bilis Garam secukupnya Mushroom seasoning Bahan kisar: 3 senduk cili kisar 2 biji bawang besar 10 biji bawang putih ½ inch lengkuas 1½ kunyit hidup 1 inch halia 2 inch belacan bakar 5 biji buah keras (bahan rahsia) Cara memasak: 1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Jangan lupa kisar bersama buah keras (untuk buat kuah lebih pekat dan lemak). 2. Setelah naik bau dan pecah...

Resepi Sambal Sotong Cumi Sedap Pedas Manis

Image
Sambal Sotong Cumi Kering adalah hidangan sambal sedap yang menggunakan sotong cumi. Biasanya, peniaga nasi lemak akan jadikan hidangan ini sebagai salah satu pilihan lauk. Rasanya agak lama kita tak dengar orang buat Sambal Sotong Cumi Kering sedangkan lauk ini sebenarnya sungguh sedap. Kali ini, kami kongsikan resipinya untuk anda cuba di rumah. Selain itu, hidangan lauk ini agak mudah dijumpai di mana-mana kedai nasi campur. Setiap kali nampak lauk ini, pasti ambil beberapa senduk punyalah. Cara memasaknya sangat mudah dengan hanya mengikut resepi yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba! Bahan-bahan: Sotong cumi Cili kering (direbus dan dikisar dengan bawang merah) Bawang merah (dikisar) Bawang putih (dihiris) Asam keping Garam Gula Perasa Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, basuh sotong cumi dengan bersih dan rendam dengan air selama 15 hingga 20 minit. 2. Selepas itu, kisar cili kering dan bawang merah. 3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih s...

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastard Pekat

Image
Jangan risau, bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja. Pastikan anda mengikuti langkah demi langkah dengan teliti untuk hasil puding roti yang sempurna. Penggemar dessert wajib cuba resepi puding roti dengan sos kastard pekat ini. Setiap suapan pasti membuatkan anda teringin nak makan lagi! Yang paling istimewa, sos kastardnya pekat likat menyelubungi puding roti yang lembut. Fuh, memang terangkat bila makan! Bahan-bahan puding roti: 2 sb butter/marjerin 2 biji telur gred A (3 biji jika telur gred B/C) 3/4 tin susu cair 1 sk esen vanila Sedikit garam 5 sb gula Roti keping Kismis & coklat chip (untuk hiasan) Cara-cara buat puding roti: 1. Cairkan butter atau marjerin. Selepas sudah cair, tutup api dan biarkan sejuk selama 10 minit. 2. Jika butter sudah sejuk, masukkan telur. (Jangan buka api lagi, nanti jadi telur dadar pula.) 3. Masukkan susu cair dan kacau dengan telur tadi sehingga sebati. Kemudian, baru hidupkan api. 4. Letakkan esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur. 5. ...

Resepi Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir Campur Udang

Image
Hidangan Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir kaya dengan rasa lemak berkrim dari santan dan kepedasan cili padi yang menghidupkan selera. Lauk ini sangat sesuai dihidangkan semasa makan tengahari bersama keluarga tercinta. Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita gabungkan dua bahan utama yang sangat digemari iaitu kulat sisir bersama udang. Jom kita baca resepi penuh di bawah ini. Bahan-Bahan: 70g kulat sisir kering (direndam dalam air panas selama 10 minit untuk melembutkan). 15 ekor udang (buang kulit dan bersihkan, atau biarkan kulit jika suka). 1 inci kunyit hidup 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang putih Cili padi (mengikut tahap kepedasan yang disukai, contoh: 7-10 biji). 1 kotak santan (200ml, boleh tambah mengikut kepekatan yang diingini). Air secukupnya Garam secukup rasa Cara-Cara Penyediaan: 1. Rendam kulat sisir kering dalam air panas selama kira-kira 10 minit. Sambil menunggu, anda boleh menyiapkan b...

Resepi Perapan Ayam Padu Cukup Enak

Image
Dengan hanya menggunakan air fryer, anda boleh menyediakan hidangan istimewa ini dengan mudah dan cepat. Resepi perapan ayam ini khas untuk anda yang mencari resepi ayam bakar yang sedap. Hidangan ini juga pilihan yang lebih sihat kerana dimasak menggunakan air fryer yang tidak memerlukan minyak. Ayam bakar ini juga pasti membuka selera seisi keluarga. Jom cuba resepi lengkapnya di bawah! Bahan-bahan: 1 sudu besar serbuk pati ayam 1 sudu besar garlic salt 1 sudu besar onion powder 1 sudu besar black pepper 1 sudu besar white pepper 1 sudu besar mixed herbs 1 sudu besar paprika 1 sudu besar chili flakes Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati. 2. Untuk perapan ayam, kelar ayam dan perapkan dengan garam secukup rasa, sedikit olive oil dan 1 sudu besar rempah perapan (untuk 1 bahagian ayam). 3. Jika menggunakan 5 bahagian ayam, tambahkan 5 sudu besar rempah perapan. 4. Perap ayam semalaman. 5. Bakar ayam menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 30-...

Resepi Daging Enoki Roll Buat Satu Kuali Baru Puas Makan

Image
Resepi daging enoki roll sangat sesuai untuk sesiapa saja yang mencari hidangan ringkas tapi sedap. Hidangan ini juga boleh disiapkan dalam masa 30 minit sahaja. Resepi ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu menggunakan nasi. Dengan gabungan rasa daging lembut, cendawan enoki rangup dan sos yang menyelerakan. Jom cuba cara penyediaannya! Bahan-Bahan: Beef shabu-shabu atau beef slice Cendawan enoki – Basuh bersih, buang akar, dan potong kecil. 1 senduk kecil air 3 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos lada hitam 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu kecil garlic powder (serbuk bawang putih) Garam atau gula (pilihan, jika ingin menyesuaikan rasa) Setengah labu bawang Holland – dihiris nipis. 2 biji telur – bancuh. Daun bawang dan serbuk cili (chilli flakes) – untuk hiasan. Cara Penyediaan: 1. Ambil sekeping beef slice, hamparkan di atas dulang. 2. Letakkan sedikit cendawan enoki yang telah dibersihkan di atas daging. 3. Gulungkan cendawan dengan kemas menggu...

Resepi Bihun Sup Ala Pama Mudah Dan Ringkas

Image
Ramai suka makan Bihun Sup yang popular sebagai masakan Melayu dan sedap dinikmati dengan sambal kicap. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA yang wajib anda cuba di rumah. Hayati Saidin telah kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA di Facebook yang sangat mudah dan ringkas cara memasaknya. Jom kita cuba! Bahan-bahan bihun sup: 3 keping bihun PAMA (bukan bihun PAMA yang segera, tapi bihun yang ada cap PAMA) 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus) Sekeping dada ayam (dipotong kecil-kecil secara nipis) Sekeping fish cake (dipotong nipis) 6 biji fish ball (dibelah dua) Secamca besar lada putih Setengah kiub pati ayam Maggi Secamca teh serbuk Maggi secukup rasa Garam Daun sup (dipotong nipis) Daun bawang (dipotong nipis) Bahan-bahan sambal kicap: Cili api Limau nipis Kicap Cara-cara memasak bihun sup: 1. Mula-mula, panaskan dua camca besar minyak kelapa. 2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga agak kekuningan. 3. Kemudian, masukkan ayam, fish ball, fish cake dan...

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dan Gebu

Image
Jemput-Jemput atau dikenali sebagai cucur atau cekodok merupakan sejenis kuih goreng yang dibuat daripada tepung, gula dan garam, kemudian digoreng dalam minyak yang penuh. Tiba-tiba mak mentua minta buatkan hidangan minum petang yang sedap di rumah. Tak perlu fikir banyak kali, buat saja Jemput Jemput Ikan Bilis, mesti takkan tolak punya. Pelbagai variasi yang ada sekarang, tapi paling sedap mestilah Jemput Jemput Ikan Bilis yang disukai ramai kerana rasa rangup dan masinnya kena dengan citarasa orang Malaysia. Perkongsian hasil Jemput Jemput yang rangup di luar dan lembut di dalam oleh Fatien Zaini di Facebook telah membuatkan ramai teruja melihat caranya. Jom kita cuba! Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum (cap ros) 3½ cawan air panas 1½ sudu kecil garam Lobak merah Bawang merah Daun bawang Cili merah Ikan bilis segenggam Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, potong bawang merah, daun bawang, lobak merah dan cili merah secara kecil. 2. Selepas itu, tumbuk ikan bilis secara halus. 3. Gaul t...

Resepi Kuih Keria Gebu Lembut - Makan Seketul Tak Cukup

Image
Dengan hanya melumatkan keledek dan campur dengan tepung gandum, kemudian goreng dan sira bersama gula, anda boleh hasilkan kuih keria yang cukup lazat dimakan. Selain karipap dan donat, kuih keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada rahsia dalam resepi kuih keria sedap untuk jadikannya gebu dan montok. Jika nak hasilnya lebih gebu dan montok, anda perlu ikut langkah demi langkah dalam resepi kuih keria yang dikongsikan oleh Hamizah Yatim di Facebook ini. Jom kita cuba! Bahan-bahan kuih keria: 1½kg keledek oren 2 cawan tepung gandum ½ cawan tepung beras Sedikit garam Minyak masak Bahan-bahan air gula sira: 9 sudu makan gula 9 sudu air Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, kupas dan rebus keledek oren sehingga empuk bersama sedikit garam. 2. Apabila keledek oren sudah empuk, tos dan masukkan dalam besen, kemudian terus lenyek semasa masih panas. 3. Setelah itu, ketepikan dan biarkan sejuk terlebih dahulu. 4. Apabila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan tepung...

Resepi Tepung Bungkus Sedap Lemak Manis

Image
Di dalam resepi ini juga terdapat beberapa tip untuk anda ikut. Jadi, jom cuba! Tepung bungkus merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kelembutan adunan tepung dengan inti kelapa manis menjadikannya sajian sempurna untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini mudah disediakan dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, terutama ketika minum petang. Bahan-Bahan untuk Inti Kelapa 250 gm air 140 gm gula melaka Daun pandan (sehelai dua) 40 gm gula pasir 100 gm kelapa parut segar 10 gm tepung gandum 5 gm garam Bahan-Bahan untuk Tepung 500 gm air 400 gm santan pekat 250 gm tepung beras 5 gm garam Daun pisang (dilayur terlebih dahulu untuk memudahkan pembungkusan) Cara Membuat Inti Kelapa 1. Didihkan air bersama gula melaka, gula pasir, garam, dan daun pandan sehingga gula larut sepenuhnya. 2. Masukkan kelapa parut ke dalam campuran gula, kemudian tambah tepung gandum. 3. Kacau campuran sehingga pekat dan sebati. 4. Angkat inti dari dapur dan biarkan ia sejuk sek...

Resepi Ikan Masak Asam Simple Dan Sedap

Image
Ikan Masak Asam adalah salah satu lauk ringkas yang paling ramai suka buat di rumah kerana cara memasaknya cukup mudah tanpa jalan kerja yang renyah. Nampak ada ikan dan asam jawa di dapur, terus terfikir nak masak lauk yang paling mudah iaitu Ikan Masak Asam. Setelah buat ikut resepi ini, pasti anda puas hati nanti. Nak buat resepi paling sedap, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba! Bahan-bahan: Ikan Air asam jawa (ikut nak masam macam mana) 2 biji bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) 1 biji bawang besar (dipotong bulat) Cili (jika suka pedas, letak banyak) Halia (tak letak pun boleh) Gula (sedikit saja) Garam Kunyit Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng ikan dulu yang sudah dilumur dengan kunyit dan garam. 2. Selepas itu, guna minyak ikan tadi dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai wangi. 3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. 4. Seterusnya, masukkan ikan, bawang besar, c...

Resepi Getuk Ubi Kayu Gebu Di Dalam Rangup Di Luar

Image
Kuih tradisional ini semakin sukar ditemui, lebih-lebih lagi di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Pasti ramai suka makan ubi getuk yang lemak manis, rangup di luar dan lembut di dalam ini. Jadi, apa kata kita buat sendiri getuk ubi kayu di rumah. Caranya mudah sahaja, hanya perlukan ubi kayu dan beberapa bahan mudah yang lain. Lihat resepi penuh di bawah! Bahan-bahan: 3 biji ubi kayu besar (kalau kecil ambil 6 biji) 1 biji kelapa parut putih 1/2 cawan gula 1 sdk garam 1 cawan tepung beras (cap gajah) 1 biji telur 1 sdk serbuk kunyit 1 sdk garam 2 sdb air kapur Sedikit air Cara-cara: 1. Rebus ubi kayu sehingga lembut. Tutup api, tapiskan airnya dan biarkan ubi sejuk. 2. Lenyekkan ubi sehingga hancur dan buang uratnya. 3. Masukkan sedikit garam, gula dan kelapa parut putih. Gaul rata. 4. Setelah sebati, bentukkan adunan ubi menjadi bebola. 5. Untuk kulitnya, campurkan tepung beras, serbuk kunyit, garam, telur yang telah dipukul kembang, air kapur dan sedikit air dalam satu bekas. Pastik...

Resepi Gulai Daging Utara Simple Tapi Padu – Wajib Cuba!

Image
Assalamualaikum semua! Hari ni nak kongsi resepi   Gulai Daging Utara   yang sangat simple, sesuai untuk hidangan harian ataupun kenduri kecil. Yang penting – tak perlu banyak bahan, tapi hasil dia padu, berlemak dan cukup rasa. Bahan-Bahan: 1 kg daging – direbus terlebih dahulu (hingga empuk) 5 biji bawang merah – dikisar 3 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) 1 helai daun pandan – disimpul 1 batang serai – diketuk 2-3 biji kentang – dipotong sederhana 3-4 sudu besar rempah kari daging Garam secukup rasa Cara Penyediaan: Rebus daging selama lebih kurang 2 jam atau sehingga empuk. Simpan air rebusan untuk masakan nanti. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis 3 sekawan, daun pandan dan serai sehingga wangi. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia) dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan rempah kari daging. Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak atau rempah menjadi garing. Masukkan d...

Resepi Kuih Lompang Pandan Kuih Tradisi Orang Dulu

Image
Menggunakan bahan yang mudah didapati, resepi ini menghasilkan kira-kira 24 biji kuih lompang menggunakan acuan kecil. Anda juga boleh ikut tip tambahan di bawah ini supaya kuih jadi lagi sedap. Hari ini kami ingin berkongsi resepi tradisional yang tidak lapuk dek zaman iaitu kuih lompang pandan. Kuih ini terkenal dengan teksturnya yang lembut dan berlubang di tengah serta dipadankan dengan kelapa parut yang masin lemak. Jom tengok resepi lengkap di bawah ini. Bahan Adunan Kuih: 1 ½ cawan tepung beras 1 sudu besar tepung jagung 2 cawan air pandan (dari daun pandan) 5 helai daun pandan (dikisar dengan air) ½ cawan gula pasir (boleh ditambah jika suka manis) 1 sudu kecil air kapur Sedikit pewarna hijau Kelapa parut putih secukupnya Sedikit garam Cara Penyediaan 1. Mulakan dengan mengisar 5 helai daun pandan bersama 2 cawan air. 2. Tapis campuran ini menggunakan penapis halus untuk mendapatkan 2 cawan air pandan yang bersih dan beraroma wangi. 3. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung bera...

Resepi Sambal Ceker Mercon Pedas Dan Manis Cukup Rasa

Image
Menu Sambal Kaki Ayam sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Anda pasti akan terpesona dengan rasa pedas dan aroma yang menggugah selera. Walaupun mungkin anda terpaksa membatalkan diet, hidangan ini pasti berbaloi untuk dicuba! Resepi sambal kaki ayam adalah hidangan yang sangat popular di kalangan pencinta makanan pedas. Dengan rasa yang kaya dan pedas, sambal ini pasti akan memuaskan selera anda. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi resipi sambal yang lazat dan cara penyediaannya. Bahan-Bahan yang Diperlukan: Kaki ayam: 2 kg (dah buang tulang) Minyak masak Tomato: 2 biji Cili padi merah: 200 gram Cili padi merah: 10 biji (potong serong) Cili padi hijau: 50 gram Cili besar merah: 4 batang Bawang merah: 200 gram Bawang putih: 50 gram Air limau: 4 sudu kecil Garam: 8 sudu kecil Gula: 40 gram Serbuk pati ayam: 8 sudu kecil Ajinamoto: 4 sudu kecil Daun limau purut: 20 helai Cara Penyediaan: 1. Rebus kaki ayam dalam air mendidih selama 20 minit. 2. Setelah direbus, rendam kaki ayam da...

Resepi Siakap Masak Tiga Rasa Ala Thai Sangat Sedap

Image
Orang Thai menyebutnya “Masak Pla Sam Rod”, manakala kita memanggilnya masakan Siakap Masak Tiga Rasa. Resepi autentik Thai ini diperoleh daripada orang Pattani. Pernah rasa ikan siakap tiga rasa di restoran Thai? Kini anda boleh memasaknya sendiri di rumah dengan resepi asli Thailand yang mudah dan dijamin menjadi ini! Gabungan rasa pedas, masam dan manis memang buat kita terangkat! Bayangkan kuah pekat likat itu disimbah di atas ikan siakap goreng yang garing. Fuhhh, memang padu! Bahan-bahannya mudah didapati di pasar raya berdekatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini dan rasai sendiri keenakan masakan tiga rasa asli Thai yang luar biasa! Bahan kisar: 7 biji bawang merah 7 biji bawang putih 3 inci lengkuas 4 biji asam plum 8 biji cili api 8 biji cili merah Bahan Lain: Gula putih 3 sb gula Thai Sos ikan 6 biji asam boi atau salted plum 4 sb sos cili 1 cawan air Garam 1 biji nanas, potong dadu Cara-cara: 1. Kisar semua bahan-bahan. 2. Tumis semua bahan kisar, masukkan air, asam...

Resepi Brownies Kedut Seribu Cukup Sempurna

Image
Dengan beberapa petua istimewa, anda boleh menghasilkan brownies kedut yang sempurna di rumah. Resepi brownies kedut seribu dan chewy adalah idaman ramai peminat manisan. Resepi ini juga turut berkongsi teknik untuk memastikan tekstur brownies anda mencapai tahap yang diinginkan oleh Makcik Ratu. Jom kita tengok resepi brownies kedut serta teknik perkongsian di bawah. Tip untuk Brownies Chewy: 1. Gunakan coklat gelap atau coklat masakan biasa: Ia adalah asas utama untuk rasa dan tekstur yang sempurna. 2. Elakkan serbuk koko tambahan: Ini mengelakkan rasa brownies menjadi terlalu pahit. 3. Tepung gandum biasa sahaja: Baking powder dan tepung naik sendiri tidak digunakan agar brownies tidak berubah menjadi seperti kek. 4. Castor sugar sahaja: Menggunakan castor sugar membantu mencipta permukaan brownies yang berkedut cantik. 5. Telur gred A: Untuk menghasilkan struktur yang stabil. 6. Mentega: Gunakan jenama Buttercup untuk hasil terbaik. Hiasan pilihan: Kepingan badam panggang atau cokl...

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan Memang Padu

Image
Resepi ini merupakan perkongsian dari Cik Puan Syalfarina Razali yang mempelajari resepi ini melalui ibu beliau. Rugi kalau anda tidak mencuba resepi ayam kicap ini. Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas. Kuah yang pekat berlemak dan rasa manis kicap pasti akan membuka selera. Jom baca resepi penuh. Bahan-Bahan: Setengah ekor ayam (lumur dengan serbuk kunyit dan garam) 4 ulas bawang merah (blend atau tumbuk) 6 ulas bawang putih (blend atau tumbuk) Seinci halia (hiris atau ketuk) Minyak goreng (dari menggoreng ayam) Penumis 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan cengkih) Air asam jawa (secukupnya) Kicap manis (mengikut citarasa) Santan (lebih kurang 5 sudu besar) Gula dan garam (secukup rasa) Cara Memasak: 1. Lumurkan setengah ekor ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga separuh masak; tidak perlu goreng hingga garing kerana ayam akan menjadi keras. 2. Blend bawang merah dan bawang putih hingga ...

Resepi Bubur Biskut Kapal Lejen Style Orang Dulu-Dulu

Image
Sekarang ini dah jarang jumpa orang buat bubur biskut kapal. Jadi, kali ini kami ingin kongsikan resepi mudah untuk anda semua cuba buat dekat rumah. Bahan-bahan pun senang dicari. Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya yang manis-manis lemak, dengan tekstur biskut yang lembut, memang nostalgik habis! Resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dapur. Anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan, kerana cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah diikuti. Dah cuba nanti, confirm nak buat lagi! Cubalah buat untuk anak-anak, mana tahu jadi menu kegemaran mereka pula. Bahan-bahan: Biskut kapal Santan Air Gula merah Gula pasir Daun pandan Secubit garam Cara-cara: 1. Campurkan santan dengan air dalam periuk. Agak-agak saja banyak mana nak letak, ikut suka hati. 2. Masukkan daun pandan sekali untuk bagi wangi. Masak sampai mendidih, jangan lupa kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. ...

Resipi Apam Berkuah Gebu Dan Sedap - Menu Yang Wajib Cuba

Image
Untuk membuat apam berkuah, kita memerlukan beberapa bahan penting yang mudah dapat di kedai berdekatan. Apam berkuah adalah salah satu kuih kampung yang paling popular. Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini dan anda sebagai pembaca wajib cuba di rumah! Bahan A: Gula merah 3 sudu besar Gula putih 2 sudu besar + garam 1/2 sudu kecil Air 2 cawan Gula nisan besar 1 keping Daun pandan 3 helai (optional) Bahan B: Yis mauripan 1 pek (11g) Gula 1 sudu besar Air 1 cawan Bahan C: Tepung gandum 300g Tepung beras 300g Pisang 400g (dilenyek/dikisar halus) Cara Membuat Apam: 1. Masak semua bahan A hingga cair. Tapiskan sebelum campur dengan bahan B dan C. 2. Masukkan yis bersama gula dan air. Kacau rata dan tunggu selama 10-15 minit hingga yis mengembang. 3. Campurkan kesemua bahan A, B, dan C. Kacau rata dan pastikan tidak ada tepung berketul. 4. Perap selama 1 1/2 ke 2 jam. 5. Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20-25 minit bergantung pada pengukus dan acuan. 6. Bila masak, sejukkan se...

Resepi Mango Cheesecake Sedap Memang Nikmat

Image
Mango Cheesecake ialah sejenis kek keju dengan rasa mangga segar yang terdiri daripada lapisan tapak biskut, lapisan keju krim, krim putar, gula, dan puri mangga, serta lapisan puri mangga atau hirisan mangga segar. Walaupun tiada oven atau air fryer, anda masih boleh buat pencuci mulut di rumah dengan mengikut resipi Mango Cheesecake stail orang bujang yang sungguh lazat. Mohamad Irman Khairruddin telah kongsikan air tangan orang bujang dalam membuat Mango Cheesecake di Facebook yang mudah sehingga dapat hasil menjadi. Jom kita cuba! Bahan-bahan (bahagian bawah): 70 gram butter (cairkan) 30 keping biskut (tak kisah jenama apa, janji biskut tawar) Bahan-bahan (bahagian tengah): 250 gram cream cheese 200 ml whipped cream 80 gram gula 1½ sudu makan gelatin Perahan lemon (mengikut citarasa) 1 biji mangga yang dikisar (tapis dan bahagikan kepada 2 bekas) Mango puree (topping) Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, hancurkan biskut dan masukkan butter yang telah dicairkan, kemudian gaul serta let...

Resepi Perut Muda Air Asam Memang Padu Senang Nak Buat

Image
Lauk ini juga sangat lazat jika digandingkan dengan budu dan durian. Makan pula dengan nasi panas, fuhh padu sungguh! Perut muda air asam merupakan masakan yang cukup terkenal di Negeri Kelantan. Rasanya yang masin, masam dan pedas menghilangkan rasa perut lembu yang muak. Jika ada yang belum pernah mencuba air asam perut lembu ini, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Pasti akan jatuh cinta. Bahan-bahan yang diperlukan: 1 sudu air asam 1 sudu jeruk lada solok dengan sedikit air jeruk (atau tak perlu letak) 1 sudu minyak cili premium 1/2 sudu kacang kisar 1 sudu teh serbuk cili Thai Daun ketumbar Secubit garam gula dan limau nipis jika perlu Cara membuatnya: 1. Basuh bersih perut muda, rebus sehingga betul-betuk empuk. Kemudian, perut muda perlu dipotong kecil atau mengikut saiz yang disukai. 2. Seterusnya, satukan semua bahan bahan di atas. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata. 3. Sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan dengan budu dan durian. 4. Senang sahaja cara...

Pizza Mini Guna Roti Sandwich Biasa Buat Bekal Anak Sedap Sangat

Image
Pizza adalah hidangan sedap dari Itali yang terdiri daripada asas doh berasaskan gandum yang biasanya bulat dan rata dengan pelbagai jenis sos dan keju. Mak-mak mesti nak anak makan dengan teratur walaupun pergi ke sekolah. Jika ada lebihan roti, anda boleh buat Mini Pizza sebagai bekal sekolah mereka. Pelbagai bahan lain seperti cendawan, bawang, ayam, nanas, daging dan lain-lain dijadikan sebagai topping di atasnya. Oleh sebab pizza hanya boleh didapati di restoran Western, ada yang sanggup memesannya untuk makan di rumah bersama keluarga. Sekarang ramai yang cuba buat sendiri di rumah. Ada juga yang guna roti Gardenia untuk membuatnya. Seperti perkongsian resepi Mini Pizza daripada Nourha Sein yang menggunakan roti di Facebook, ia cukup menarik untuk mak-mak cuba. Bahan-bahan: Roti Sos spaghetti atau sos tomato Crab stick (dihiris) Sosej (dihiris) Cheddar cheese (diparut) Sos cili Mayonis Sos thousand island Dried parsley, mix herbs atau oregano Cara-cara: 1. Tekap balang kat roti, ...