Resepi pencuci mulut yang boleh disukat dengan mudah seperti kek pisang sukatan cawan telah menjadi pilihan ramai untuk membuatnya di rumah sekarang.
Kek Pisang sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang di rumah. Selain itu, ia juga menjadi pilihan pencuci mulut yang sedap untuk sebarang jamuan.
Zuhaidar Mohd Sofi telah kongsikan resepi kek pisang sukatan cawan di facebook yang hasilnya menjadi dan cukup mengagumkan. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
- 5 hingga 7 biji pisang emas masak ranum
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula (jika nak manis)
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.
2. Selepas itu, kisar minyak masak, gula, telur dan esen vanilla sampai sebati.
3. Kemudian, lenyekkan pisang dengan menggunakan garfu (inilah tips bagi kek nampak urat pisang).
4. Seterusnya, masukkan semua bahan kisar ke dalam adunan tepung yang telah diayak tadi dan kacau-kacau dengan menggunakan senduk.
5. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau sampai sebati.
6. Selanjutnya, masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
7. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 160ºC selama 45 minit (mengikut oven masing-masing). Setelah sejuk, bolehlah dipotong.
Siap untuk dinikmati.
Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi
 
.jpg)
.jpg) 
  .jpg) 
.jpg) 
 
.jpg) 
.jpg) 
.jpg) 
.jpg)