Posts

Cara Basuh Kasut Sekolah Agar Lebih Putih Berkesan Macam Baru

Image
Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut yang ingin dikongsikan untuk memudahkan anda. Ada banyak cara basuh kasut sekolah yang dapat dipraktikkan bagi memutihkannya lagi hanya dengan bahan sedia ada di rumah. 1. ELAK MENCUCI LUMPUR KETIKA BASAH Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut kering terlebih dahulu. Kemudian, ambil tisu atau berus dan keluarkan lumpur dengan teknik kering. Cara ini lebih berkesan dan dapat mencegah kotoran daripada merebak ke kawasan pada kasut. 2. LILINKAN Lilin boleh digunakan untuk memelihara kasut daripada terkena kotoran. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadikan kasut putih anda kalis air. Bila kasut basah, ia senang menyerap kotoran atau debu. Jadi sebaiknya teknik ini anda lakukan apabila pertama kali memakai kasut, iaitu semasa kasut masih baru. Tapi, ia boleh juga dilakukan pada kasut yang baru dicuci. Caranya, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada kasut. Kemudian, kenakan sedikit haba menggunakan hair dyer. Kalau nak tengok kebe...

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ayam Percik Confirm Sedap Punya

Image
Sebenarnya, ayam percik boleh dibuat sendiri di rumah dengan cara yang amat mudah. Bahkan, rasanya tetap tak kalah. Perkongsian resepi ayam percik ini adalah oleh Puan Juliana Jue. Mari kita ikuti selengkapnya. Resepi Ayam Percik Paling Simple & Sedap Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri. Walau apa pun, bahan asasnya adalah lebih kurang sama, dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing. Bahan perapan: Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja) 5 ulas bawang merah* 5 ulas bawang putih* halia sebesar ibu jari* sedikit garam Bahan untuk kuah: 1 cawan santan cair* serai 4 batang* halia besar ibu jari* lengkuas besar ibu jari* 20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu) 1 cawan air* gula 5 ...

Cara Bersih Oven Dengan Mudah Tak Payah Sental Semua Kerak Tanggal Memang Berkesan

Image
Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.  CARA BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL. MUDAH, SEMUA KERAK TANGGAL! Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah. 1. GUNAKAN AIR Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven. Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan. 2. CUKA Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang. Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. C...

Ini Tabiat Yang Buat Aircond Cepat Rosak

Image
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan. Siapa kata aircond kereta susah nak rosak? Kalau anda tak tutup tingkap kereta semasa aircond terpasang, macam-macam boleh jadi. Antaranya aircond jadi kurang sejuk dan melibatkan kos yang tinggi ketika anda ingin menyelenggarakannya. Sudahnya anda sendiri yang pening kepala nak mmbayar bil selenggaran kereta yang tinggi. Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini. 1. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan. Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak. 2. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG Antar...

Tip Mudah Simpan Duit Hasil Setahun RM4436, Menabung Antaranya Sehari Simpan RM2

Image
Jika nak pastikan tabungan dalam jumlah yang banyak, lebih dari RM4k setahun tapi tak terasa stres membuat simpanan boleh ikut kaedah yang digunakan oleh Nur Emira Mohd Arifie ini. Awal tahun ini elok sangat kalau kita nak mulakan misi simpan duit. Cukup setahun boleh jadi modal untuk percutian, beli kereta, motor, dan sebagainya yang kita diidamkan. Cara menabung RM4,436 setahun Beliau berjaya mengumpul RM4,436 pada tahun 2021, dengan cara yang dikongsi ini. Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. TOTAL RM 4,436.00 Caranya: RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10 – 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov. Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB waktu itu. Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat. Jom nak sambung in year 2022, kalau sama amount campur 2021 boleh book pakej umrah. Mudah mudahan ada ...

Kaedah Mudah Dan Cepat Tanggal Gam Gajah Yang Melekat Pada Tangan

Image
Memang stres bila gam tertumpah dan melekat dekat tangan. Kalau nasib kurang baik, tertumpah banyak sampai terkena baju, lantai atau mana-mana permukaan lain yang susah dibersihkan. “Ah sudah…. Tertumpah pulak gam gajah ni sampai kena kat tangan dengan baju. Habis melekat, makin lambat kerja aku jadinya. Macam mana cara hilangkan gam gajah ni?” Jangan risau, ada banyak tips, petua dan cara hilangkan gam gajah atau super glue ni. Jom kita tengok apa yang boleh anda cuba jika terjadi kejadian yang tak diingini seperti ini. APA ITU GAM GAJAH? Gam Cyanoacrylate adalah nama sebenar untuk apa yang biasanya dikenal sebagai “Gam Gajah” atau “Super Glue”. Sebenarnya, istilah gam cyanoacrylate secara amnya menggambarkan gam melekat segera. Ia boleh digunakan untuk melekatkan apa sahaja dari logam ke plastik dan juga malangnya kulit manusia. Tidak seperti pelekat tradisional yang berasaskan air, gam cyanoacrylate terdiri daripada resin akrilik. Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cya...

Wanita Ini Kongsi Cara Buat French Fries Di Rumah Tanpa Pengawet Sangat Rangup Dan Sedap

Image
Kentang goreng atau french fries adalah antara makanan yang paling digemari bukan saja oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Hidangan ini nampak mudah, tapi bila kita cuba buat sendiri, ada saja yang tak kena. Kalau tak kena cara, boleh jadi terlalu lembik, terlalu keras, banyak serap minyak, dan kurang garingnya. Tapi, kalau dah dah tahu cara buat french fries yang betul, mesti akan repeat banyak kali. Bukan saja jimat, tapi kita boleh makan tanpa was-was kerana bahannya semua boleh diolah ikut citarasa sendiri. Yang paling penting, tak ada pengawet! CARA BUAT FRENCH FRIES HOMEMADE YANG RANGUP. TANPA PENGAWET! Kali ini mari kita tengok cara buat french fries yang mudah, beserta step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nadiyatul Husna. BAHAN-BAHAN Kentang (5 biji) Sedikit garam / gula CARA-CARA 1. SEDIAKAN AIR GULA Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/ biasa + 2 sudu makan gula. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen/ mangkuk besar dan ketepikan sebentar. Keguna...