Posts

Tips Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Lebih Mudah Hasil Menjadi

Image
Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah. Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml. Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih 1. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup. 2. Lobak ini saya tanam dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe). Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah. 3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol. 4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak muda...

Kulit Telur Jangan Buang Boleh Jadi Baja Suburkan Tanaman Caranya Mudah Saja

Image
Kulit telur banyak banyak di rumah, jangan buang. Kita boleh jadikan ia sebagai baja untuk suburkan tanaman. Apa kata ikuti cara wanita ini menggunakan kulit telur sebagai baja untuk tanaman. Ikuti perkongsian ini. Sejak suka tanam bunga ni, banyak petua petua tanaman kak el baca. Antaranya baja dari kulit telur ni lah. Kalau dulu, asyik buang jer kulit telur ni. Kak el rasa takde kepentingan untuk simpan. Ni hasil kumpulan sehari. Anak anak kak el suka makan telur. Tak telur dadar, mesti telur mata lembu, eh kerbau. Hehe Cara Membuatnya Hancurkan dan dan masuk dalam kuali tanpa minyak. Sangai sampai kekuningan. Bila dah sangai, kulit telur semakin rapuh. Nanti senang nak blend. Masukkan dalam blender. Blender kering kak el takde, jadi guna jer mak blender ni. Dan hancur. Boleh la guna satu sudu teh untuk ditaburkan di sekitar pokok. Kalau guna blender kering, lagi haluss. Lagi comey. Yang penting, khasiat tetap sama. Ni cara yang kak el suka. Sangai dulu kulit telur dan blend...

Teknik Mudah Tanam Serai Dalam Pasu Baru Pokok Gemuk Dan Subur

Image
Serai bahan ramuan penting melazatkan masakan. Kalau beli di kedai runcit seikat tu jual cuma 4-5 batang aje. Padahal nak guna kerap juga, masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya. Sebenarnya tanaman ni cukup mudah ditanam dan tak perlu ruang tanah yang luas pun. Boleh tanam dalam pasu aje. Tapi ‘frust’ juga lah kan bila tanam tumbuhnya kurus dan tak berapa nak subur. Teknik tanam pasu biar tumbuh gemuk dan subur 1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja). 2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar. 3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga. 4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk. 5. Buang daun-daun yan...

Ikan Bilis Garing Dan Rangup Ikut Cara Goreng Yang Betul Baru Sedap

Image
Ikan bilis sering dijadikan sebagai perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Lagi sedap jika digoreng garing dan rangup dimakan begitu sahaja seperti makan keropok. KENAPA IKAN BILIS CEPAT LIAT DAN KENYAL? Biasanya, selepas ikan bilis digoreng, cepat saja dah lemau dan liat. Bukannya lama pun kita hidangkan di luar. Kenapa boleh jadi begini ya? Ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng sempurna dan masih mengandungi air di dalamnya. PETUA GORENG IKAN BILIS YANG BETUL. ‘CONFIRM’ GARING & RANGUP! Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah membasuh atau merendam ikan bilis dan tidak memastikannya benar-benar kering sebelum digoreng. Lihat lagi tips di bawah untuk mengelakkan ikan bilis daripada menjadi liat. 1. PILIH IKAN BILIS BERKUALITI Lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya 2. KERINGKAN SEPENUHNYA Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak 3. TUNGGU MINYAK BETUL-BETUL PANAS Jika menggor...

Bersihkan Rumah Dengan Pencuci Mesra Alam Ini Lebih Selamat Dan Berkesan

Image
Kebanyakan sabun pencuci yang sedia ada di pasaran banyak mengandungi bahan kimia. Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif, apabila bersentuhan dengan bahan kimia ini boleh menyebabkan kulit gatal-gatal, mengelupas dan kemerahan. Sebab itu ramai yang mula beralih arah pada sabun pencuci mesra alam yang mengguna bahan semula jadi, lebih-lebih lagi kerana ia sangat selamat untuk bayi. Tapi, tahukah anda sebenarnya kebanyakan bahan pencuci mesra alam ini boleh didapati dengan mudah di rumah. Malah, bahannya murah dan sangat berkesan. TIPS MEMBERSIHKAN RUMAH SECARA MESRA ALAM. MUDAH & BERKESAN! Berikut tips membersihkan rumah menggunakan bahan semulajadi yang anda mungkin tak tahu. Meskipun lebih bersifat neutral dan semulajadi, ia mampu bertindak sama seperti sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia misalnya: 1. LEMON Sebagai pengganti kepada bahan peluntur atau klorox, anda boleh menggunakan perahan lemon bersama sedikit garam. Caranya: Campurkan ½ cawan jus lemon ke dalam...

Guna Asam Keping Cara Mudah Untuk Periuk Dan Perkakas Dapur Berkilat Memang Berkesan

Image
Kadang-kadang kita terlalu khusyuk memasak sampai habis hitam kuali dan periuk akibat jelaga atau kerak hangus. Di sini kami berbesar hati kerana Puan Kalaivani Vj sudi berkongsi tips beliau yang sangat mudah, efisyen dan jimat. Menurut beliau, cara ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya. Bagi kawan-kawan berbangsa India, boleh juga menggunakan cara ini untuk mengilatkan set pemujaan (pooja) masing-masing. Tentu anda akan berpuas hati dengan keputusannya. CARA MENGILATKAN PERIUK & PERKAKAS DAPUR DENGAN ASAM KEPING Berikut adalah cara mengilatkan periuk atau perkakas dapur menggunakan asam keping, langkah demi langkah. 1. DIDIHKAN ASAM KEPING Mula-mula, sediakan periuk yang besar dan boleh memuatkan perkakas yang boleh anda celupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih. Menurut Puan Kalaivani, boleh juga menggunakan asam jawa sekiranya tiada asam keping. Tapi, kesannya tidak ...

Guna Bahan Ini Kerak Hitam Melekat Pada Periuk Hilang Dengan Mudah

Image
“Oh tidak…. Hangit pulak lauk aku ni. Ingat tadi nak biar lama sikit, dah terlupa langsung nak tutup api. Hitam legam dibuatnya. Apa cara hilangkan karat kuali ni ya?” Haa… Situasi di atas memang biasa berlaku. Kadang-kadang masak tak pernah hangus pun, tapi masih ada kesan kehitaman pada kuali atau periuk kan? Apa nak buat? Takkan nak pakai peluntur clorox pula. Nanti lauk yang kita masak pun ada rasa clorox, bahaya. Jangan risau, ini 7 petua hilangkan karat kuali dengan menggunakan bahan semulajadi yang boleh anda cuba. Berkesan! Ini cara hilangkan karat pada kuali menggunakan bahan semulajadi, tak payah susah hati lagi. 1. GARAM Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi. 2. CUKA Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa. 3. S...