Posts

Tumbuh Meriah Tanam Kangkung Ikut Cara Ini Senang Hasil Pun Banyak

Image
Apa kata kita cuba tanam sendiri kangkung di rumah, mudah sahaja dan paling penting mestilah tumbuh dengan subur. Jom kita tengok cara yang dikongsi oleh Hamdan Ahmad Sapli di laman Facebooknya. CARA SENANG NAK TANAM KANGKUNG, TUMBUH SUBUR & BANYAK! Berikut ialah cara-caranya: Mula-mula korek longkang kecil dan tabur benih kangkung. Proses seterusnya, korek longkang kecil kedua dan pastikan jarak dengan longkang pertama sebanyak 5 inch. Ulang proses seterusnya sehingga siap. Tujuan melakukan penanaman seperti itu kerana untuk memastikan benih tidak hanyut apabila hujan. Selain itu, apabila kangkung tumbuh, antara baris dengan baris akan bersandar dengan antara satu sama lain. Itu sahaja cara mudah menaman kangkung. Memang confirm menjadi dan puas hati. Boleh petik belakang rumah sahaja kalau nak masak kangkung belacan. Sumber: Facebook Hamdan Ahmad Sapli

Resepi Orang Dulu Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Tepung Gomak Inti Kelapa Manis Sedap

Image
Kalau anda penggemar setia kuih tepung gomak, apa kata cuba resepi yang dikongsi oleh Marlia Lia sehingga menerima 16 ribu tanda suka di laman Facebook. Jom cuba! RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS MACAM DI KAMPUNG Tiada rahsia tersembunyi. Selamat mencuba, doakan saya dikurniakan kesihatan yg lebih baik dan murah rezeki. Dah cukup memadai. Saya mula kenal kuih ni masa usia saya kecik lagi. Belum sekolah pun lagi. Mak buat, arwah abah yang tolong jual dekat pasar malam. Kecik-kecik saya dah suka kuih ni sampai lah usia saya 37 tahun sekarang. Selamat menjamu selera. Cara penyediaan inti: ½ biji kelapa parut muda 3 sdm gula merah / gula melaka 3 sdm gula pasir 2-3 helai daun pandan disimpul 1 cawan air 1-2 sdm tepung gandum (Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing) Cara-cara penyediaan: 1. Didihkan air bersama daun pandan. 2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah & gula pasir. Renehkan seketika. 3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata s...

Cara Mudah Buat Kuih Bakul Kenyal Dan Kental Memang Sedap Sesuai Dimakan Seisi Keluarga

Image
Nian gao atau lebih dikenali sebagai kuih bakul merupakan sejenis hidangan kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum dibentukkan seakan seperti dodol. Meskipun kuih ini boleh dinikmati pada bila-bila masa, pasti ada dalam kalangan korang yang teringin mencuba resepi ini. Betul tak? Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seorang individu berkongsi cara membuat kuih bakul yang mudah dan sedap. Jom cuba! Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuih bakul Tepung pulut (500gm) – sebungkus Gula pasir (190gm) Gula merah Air (500ml) Santan (200ml) Daun pisang (beberapa helai) Cara-caranya 1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk. 2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk. 3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat. 5. Sementar...

Cara Buat Ayam Goreng Mamak Di Rumah Tambah Bahan Ini Confirm Rasa Macam Kedai

Image
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ramai yang mula berjimat, nak makan kat kedai mahal sekarang ni sebab harga ayam pon dah naik, elok kita buat kat rumah, lebih jimat dan lebih sedap. Lebih seronok makan bersama-sama ahli keluarga mahunpun kawan-kawan serumah. Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak yang bikin ketagih ni. Memang sedap dan rangup. RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG BIKIN KETAGIH BAHAN-BAHAN : 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari BAHAN UNTUK DIKISAR : 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering 2 sudu makan rempah kari 1 biji telur Garam secukup rasa 1 sudu makan serbuk lada sulah CARA-CARA : LANGKAH 1 : Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap. LANGKAH 2 : Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak Selamat mencuba! Sumber: Rencah Rasa

Cara Jimat Hilangkan Bau Najis Kucing Di Rumah Lebih Mudah Dan Berkesan

Image
Jadi, bagi anda yang mengalami masalah ini, apa kata cuba untuk menghilangkan bau najis kucing. Kalau anda ada banyak kucing, patut beli supaya tiada lagi masalah itu. Memang menjadi! Jom tengok… RUPANYA GUNA ARANG JE BOLEH HILANGKAN BAU NAJIS KUCING Salah satu cabaran apabila memelihara kucing di dalam rumah adalah bau najisnya yang kuat. Jika tidak kena cara pengurusannya, boleh semerbak satu rumah. Maka disebabkan itulah, ada antara pencinta kucing yang memilih untuk memelihara haiwan tersebut di luar kediaman mereka. Pun begitu, berbeza ceritanya jika anda tinggal di kediaman bertingkat atau tiada halaman seperti apartment ataupun flat. Dengan kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda. Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox. Caranya...

Kaedah Tanam Labu Yang Betul Hasil Memang Puas Makan

Image
Jadi, kalau anda penggemar labu apa kata anda cuba menanam pula. Lagi mudah nak masak bila teringin, ambil di belakang rumah saja. Mari kita ikuti tips penanaman sayur labu yang dikongsikan oleh Puan Siti Rokiah Che Hat. Cara tanam labu yang betul. Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang banyak. Labu antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini. PENYEDIAAN ANAK BENIH LABU & LANGKAH: – Biji benih dirawat dengan Benomyl – Benih direndam selama 24 jam – Biarkan ia kering – Benih sedia untuk disemai Jenis Tanah yang Sesuai Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik. Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. ...

Cara Simpan Buah Limau Kasturi Dengan Betul Tahan Berbulan Lama

Image
Disebabkan di pasaraya, buah limau kasturi seringkali dijual dalam kuantiti yang banyak kesudahannya buah limau tersebut akan kecut dan buruk di dalam peti sejuk. Oleh itu, apa kata kita cuba tips yang dikongsikan supaya anda dapat simpan buah limau kasturi bertahan selama berbulan-bulan! 1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah diperah nanti. 2.Perah dan dapatkan sebekas. 3.Sudukan ke dalam bekas kiub ais. 4.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku. 5.Keesokkan harinya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang., cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak. Nak guna untuk buat minuman seperti teh o limau atau dalam masakan pun mudah! Sumber: Siti Fatimah Abas