Posts

Resepi Karipap Paling Rangup Dan Sedap, Bancuh Dengan Sukatan Ini Baru Jadi

Image
Proses pembuatan Resipi Karipap Rangup yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya. Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini. Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa. “Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia RAMUAN BANCUHAN TEPUNG (Kulit Karipap Yang Rangup) 1/2 kilo tepung gandum 1/2 cawan minyak masak 2 Sb tepung jagung 2 Sb tepung beras 1 cawan air sejuk dari peti ais 1 sk garam Bahan Inti Resipi Karipap Rangup 4 biji kentang (pot...

Tip Supaya Permukaan Kuih Talam Cantik, Ikut Cara Ini Confirm Jadi

Image
Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri. Boleh mulakan dengan kuih talam yang paling senang iaitu talam gula merah. Tip supaya permukaan kuih talam cantik Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering. Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik. Bahan untuk bahagian atas: 1 1/2 cawan tepung beras 1 sdk garam 2 1/2 cawan santan Cara membuat Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit. Bahan untuk bahagian bawah: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sdb air kapur 2 cawan air 1 cawan gula merah 1 cawan air masak Cara membuat Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan. Air gula merah tadi dicampur de...

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Ayam Masak Halia Di Rumah Confirm Habis Licin

Image
Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng. Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa laku di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang. Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis. Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila. Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam Bahan-bahan: -Bawang putih -dicincang -Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap) -Sos tiram -Isi ayam – dihiris nipis -Cili kering – dipotong -Bawang merah – belah 6 -Serbuk lada hitam -Sedikit tepung jagung -Daun bawang -dipotong Dalam botol tu bukan mayonis y...

Kaedah Betul Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak Baru Hasil Wangi Dan Masak Sekata

Image
Bagi yang selalu tak menjadi nasi lemak bila guna santan ini boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Emilia ini. Nak cepat masak nasi lemak, kita akan guna santan kotak. Tapi ramai yang mengadu hasilnya tak cantik, masak tak sekata, lembik dan kurang wangi. Bahan-bahan 3 tin susu – beras biasa (kuantiti kuantiti ikut suka) Halia – ditumbuk 5 helai daun pandan – gunting pendek 1 – santan kotak pek kecil Garam Minyak masak Cara masak nasi lemak guna santan kotak Rupanya cara berbeza untuk masak nasi lemak jika guna santan jenis ini. Menurut Emilia cara ini digunakan oleh ayahnya yang juga peniaga nasi lemak. Cara memasak 1. Basuh beras dan sukat beras. 2. Letak beras tadi dalam bekas lain, atau tos. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi. 3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik. 4. Masukkan halia, daun pandan, garam 5. Masuk...

Puas Hati Ikut Cara Ini Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu, Buah Elok Manis Tak Boleh Bincang

Image
Nenas antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah yang juga pengusaha ladang nanas MD2. Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya. Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir. Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal. Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros. Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gamba...

Pokok Terkena Serangan Ulat, Ikut Cara Ini Hanya Guna Bahan Di Rumah Mudah Dan Berkesan

Image
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput. Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur. Caranya: 1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur. 2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur. 3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain. 4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik. Selamat mencuba! Sumber: Suzurina Binti Muda

Baja Power Hanya Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat Begini Cara Nak Sediakannya

Image
Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana. Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan ra cun ki mia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia. Jom baca perkongsian dari Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hor mon penggalak buah. Anda patut cuba. Bahan-bahan: 2 kg Kulit tel...