Posts

Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Image
Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering ditanam di rumah. Nikmat kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil. Ada satu petua yang dikongsi oleh Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah. Jom baca perkongsiannya itu. Teknik Menanam Daun Pudina 1. Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai. 2. Sediakan bekas dan tanah hitam. 3. Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini. 4. Buat dalam beberapa batang. 5. Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia. 6. Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh. Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air. Simpan di tempat yang redup. Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bul...

Simpan Ikut Cara Ini Taugeh Kekal Lama Dan Rangup Memang Menjadi

Image
Sayur taugeh sememangnya tidak tahan lama biarpun disimpan di dalam peti ais. Apa nak buat dengan lebihan sayur taugeh ini? Macam mana nak simpan agar kekal lama? Tip mudah yang dikongsikan oleh  Norhaniza Kamaruddin  ini paling membantu untuk elakkan membazir dan terbuang begitu sahaja. Jom cuba! Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup. Nampak baru dan rangup. Mula-mula dulu memang tak percaya, bila dah tengok sendiri, baru lah berani share dalam ni. Jom cuba! Sumber:  PaMa

Serangan Bena Pada Pokok Cili Hilang Guna Cara Ini DIY Sendiri Air Semburan Pokok Kembali Pulih

Image
Dalam penanaman pokok cili, masalah bena putih (Aphid) inilah yang selalu buat susah hati. Sekiranya, semburan semulajadi dari campuran bawang putih dan cili tidak menjadi, apa kata gunakan campuran syampu baby dan cuka makan. Terbukti berkesan sebagai semburan organik pokok cili. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin (LK) kaedah semburan semulajadi ini berupaya mengawal bukan saja pokok cili malah sayuran daripada bena putih yang juga dikenali sebagai lalat putih. Kehadirann bena putih ini boleh menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil. “Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan ser4ngga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran. Alhamdulillah, belalang dan semut pun takde. Yang penting, tiada r4cun berb4haya digunakan.” Sukatan Syampu Baby, Cuka Untuk Jadikan Semburan Air Pokok Cili 1 sudu syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth 1 sudu cuka makan Bancuh dalam 1 liter air Car...

Guna Bahan Ini Kesan Watermark Pada Cermin Kereta Hilang Memang Berkesan

Image
Kalau anda nak tahu, sebenarnya punca terjadinya waterwark adalah daripada titisan air hujan dan embun yang dibiarkan terlalu lama atau pun cara cuci kereta yang menggunakan teknik yang salah.  Untuk pengetahuan anda, air hujan mempunyai mineral yang bercampur dengan habuk atau bahan yang tercemar disebabkan itu la sekiranya air tersebut kering akan meninggalkan kesan tompokan pada cermin kereta.  TIPS HILANG KESAN WATERMARK PADA CERMIN KERETA GUNA PENCUCI PINGGAN  1. Gunakan pes pencuci pinggan apa sahaja jenama yang anda ada, pastikan pes tersebut teksturnya halus untuk mengelakkan cermin kereta daripada calar.  2. Basahkan cermin kereta dan ambil pes pencuci pinggan tersebut menggunakan span.  3. Gosok pada bahagian cermin kereta yang mempunyai watermark, gosok secara membulat lebih berkesan.   4. Bilas cermin kereta dengan air bersih.  5. Selepas bilas anda boleh lihat, watermark pada cermin kereta sudah hilang.   CUKA  Cuka mer...

Daging Masak Hitam Ala Kenduri Wanita Ini Kongsi Cara Buat Di Rumah Memang Sedap

Image
Tapi sekarang kenduri pun dah takde jadinya kalau teringin nak makan apa kata kita buat sendiri. Caranya dikongsi oleh Rusfaniza Abu Yazid. Daging masak hitam ini selalu kita makan waktu kenduri. Memang sedap, rasanya manis berempah dan pedas sikit boleh buat kita teringat teringat. Cara buat daging masak hitam ala kenduri Bahan kisar: 2 batang serai 5 biji buah keras 1 genggam kismis hitam (saya guna kismis kuning) 2 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 5-6 hiris halia 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil lada hitam Bahan perapan daging: 2 kg daging- dipotong Kicap manis & kicap pekat 20 tangkai cili kering -kisar Cara membuat: 1. Perap daging dengan kicap manis & kicap pekat dan cili kering kisar 2-3 jam. 2. Sementara tunggu daging kita kisar bahan-bahan ini dulu. Kisar asing bawang besar,bawang putih, halia (bekas biru). Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam. 3. Panaskan minyak tumis 4 sekawan, masukkan bawang kisar dan...

Pokok Subur Buah Pun Elok, Ini Tip Tanam Timun Jepun Di Balkoni Rumah

Image
Bagi yang suka makan timun mesti tahukan timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal. Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim . Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya. Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya. Timun Jepun Kebun Balkoni 1. Kaedah Penanaman Kaedah Hidroponik Benih F1 Green Eagle Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu. 2. Penjagaan : Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada...

Memang Menjadi Ikut Cara Ini Tanam Pokok Kari Dalam Pasu Pokok Jadi Rimbun

Image
Pokok Kari adalah salah satu pokok herba yang sangat banyak gunanya dalam masakan harian kita. Guna dalam masakan kari, kuih muih pedas dan bermacam-macam lagi. Semuanya boleh. Jika dibeli, daunnya boleh disimpan lama dengan cara disejukbekukan, tetapi lama kelamaan bau kari agak kurang ‘kick’ dan tidak begitu menyengat jika dimasukkan ke dalam masakan. Oleh itu, ramai yang suka menanamnya di rumah masing-masing. Namun pokok ini agak sukar ditanam berbanding pokok-pokok lain. Bukan sukar dari segi apa, kadang kala ia susah untuk hidup. Jika hidup, ada juga yang mengalami masalah daun pokok yang tidak cantik, pokok yang kurus melidi, daun tidak lebat dan sebagainya. Jika tanam di dalam pasu lagi lah macam-macam kerenahnya. Menerusi perkongsian saudari  Syamimah Binti Ismail , beliau berkongsi tip penjagaan pokok kari yang diamalkan. Pokoknya hanya sepohon tapi daunnya merimbun cantik dan tidak tinggi. Tanam dalam pasu je tapi elok. Caranya mudah sahaja...