Posts

Resepi Tauhu Bergedil Berlauk Lembut Dan Padat Isi

Image
Tanpa menggunakan acuan, anda sudah boleh menghasilkan tauhu bergedil berlauk yang lembut dan padat. Resepi tauhu bergedil berlauk ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Cicah pula dengan sambal kicap padu, memang lagi terangkat dibuatnya! Jom follow resepi lengkap perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Bahan kisar: 3 keping tauhu petak biasa 3 batang tauhu telur 2-3 biji kentang dihiris dan digoreng terlebih dahulu 2 ketul kiub pati ayam 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 sudu kecil serbuk lada hitam Suku gelas air Cara-cara: 1. Kisar semua bahan di atas hingga lumat (boleh juga kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap). Bahan sayur dan isi: 1 mangkuk isi ayam bahagian dada dicincang lumat (ayam lebih baru sedap) 3 biji telur 3 tangkai daun bawang & daun sup dihiris 1 biji lobak merah disagat dan hiris halus (optional) Cara-cara: 1. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas besar yang tahan panas bersama semua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan kukus selama 20 minit atau...

Resipi Sambal Penyet Ketagih Pembuka Selera

Image
Selain dimakan dengan ayam penyet, Sambal Penyet juga sesuai dimakan bersama aneka lauk-pauk yang lain. Bahkan jika makan dengan telur dan nasi putih saja pun pasti terasa kenikmatannya. Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi sambal ini pula. Resepi yang dikongsikan oleh Cik Kikie ini dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Memang akan auto jatuh cinta! Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya! Bahan-bahan: Cili hidup merah 3 tangkai Cili api kampung ½kg Bawang besar 4 biji (saiz sederhana) boleh guna bawang merah kecil juga kalau tak nak bawang besar Bawang putih 4@5 ulas Tomato 1 biji Belacan ½ inci (boleh letak lebih jika suka) Ikan bilis lebih kurang segenggam Minyak Garam Ajinomoto/perasa (kalau suka) Cara-cara: 1. Goreng cili merah, cili api kampung, bawang besar, bawang putih, tomato, belacan dan ikan bilis sehingga layu dan garin...

Resepi Kerabu Timun Bersantan Memang Memukau Selera

Image
Bahan asas Resepi Kerabu Timun Bersantan yang perlu digunakan juga sangat ringkas. Hanya memerlukan timun yang disagat, kemudian dicampur dengan bawang merah, lada hitam, kelapa parut dan isi ikan yang telah ditumbuk. Sajian kerabu timun bersantan yang telah dikongsikan oleh saudari Izlyana Ell ini merupakan menu yang berasal dari Kelantan. Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, mari sama-sama baca resepi lengkap di bawah. Bahan-bahan: Bawang merah Lada hitam Kelapa parut goreng Isi ikan selayang (sardin) yang sudah direbus Timun batang yang disagat Santan Cili padi Garam Sedikit gula (jika suka) Limau nipis Cara-cara: 1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan yang sudah direbus. Jika guna lada hitam serbuk, letak dan gaul selepas bahan lain siap ditumbuk. 2. Kemudian campur bahan tumbuk dengan timun yang sudah disagat. 3. Masukkan pula santan yang sudah dipanaskan sekejap. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka. Perahkan juga asam limau n...

Resepi Sotong Celup Tepung Rangup Sempurna

Image
Mungkin ada yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng serta Resepi Sotong Celup Tepung yang tak menjadi. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong ‘meletup’ ketika sedang menggoreng. Jom cuba resepi ini di rumah. Kadangkala bila makan di kedai, sotong goreng tersebut tidak menepati cita rasa. Ada yang rupa macam donut dan ada juga yang liat. Tak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi rangup dan cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat! Bahan-bahan: Sotong (cuci bersih dan buang kulit) Tepung beras (pastikan pakai cap gajah) 1 biji telur Sedikit air kapur Garam Pewarna (kalau tak ada, guna serbuk kunyit) Cara memasak: 1. Satukan semua bahan kecuali sotong di dalam satu mangkuk. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 2. Gaulkan sotong dengan 1 sudu tepung beras kering terlebih dahulu supaya bancuhan melekat pada s...

Resepi Popia Carbonara Rangup Berkrim Sekali Rasa Nak Lagi

Image
Berbeza dengan kuih popia inti sayur yang biasa kita buat, Resepi Popia Carbonara intinya memang creamy. Rangup diluar dan lembut berkrim di dalam. Siapa pernah cuba resepi ini? Nampak menarik sangat. Inti carbonara ini boleh di masak menggunakan isi ayam yang di cincang atau ayam cincang yang ready kat pasaraya. Tambah crab stick, cendawan dan beberapa jenis sayur seperti lada benggala dan lobak merah. Sama saja bahan untuk masak spaghetti carbonara. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Noor Liyana. Resepi ini memang sesuai sangat untuk anda yang suka makan popia. Sekali-sekala tukar selera apa salahnya. Jom tengok cara-cara hendak menyediakannya. Bahan-bahan: Isi ayam/ayam cincang Crab stick (hiris bulat) Cendawan butang (dicincang) Capsicum(dipotong dadu kecil) Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka. Black pepper Tepung gandum Susu full cream Cheese slice 3 keping Chicken stock Minyak sedikit Butter Garam Bawang merah* ...

Resepi Sambal Tomato Jawa Pedas Merecik

Image
Cara penyediaannya cukup mudah dicuba dan tidak renyah. Resepi Sambal Tomato Jawa memerlukan bahan-bahan yang biasanya sudah ada di rumah, tak perlu susah-susah keluar ke pasar raya. Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi ini pula. Resipi yang telah dikongsikan oleh Makcik Ratu ini juga dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya! Bahan-bahan: 5 batang cili merah 10 batang cili padi hijau 5 ulas bawang merah 1 tomato merah ranum (boleh juga guna 6 biji tomato ceri) 1 ruas jari belacan 1 sudu kecil gula (boleh juga guna gula perang) Sedikit garam Sebiji jus limau nipis Cara-cara: 1. Potong kecil cili merah merah, cili padi hijau, bawang merah dan tomato. Kemudian tumis dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga agak layu. 2. Selepas itu, boleh diangkat dan lenyek menggunakan lesung. 3. Tambahkan belaca...

Resepi Ikan Stim Limau Ala Thai Rasa Memang Padu

Image
Ada petua yang perlu dipraktikkan supaya ikan stim tak hanyir dan fresh. Untuk mengetahui tips tersebut, mari ikuti perkongsian lengkap resepi ikan stim limau oleh Puan Zalina Yahaya di bawah. Resepi ini cukup mudah dan ringkas kerana tidak perlu menggunakan serai, halia, lengkuas mahupun bawang merah. Hanya memerlukan bawang putih, cili api dan limau nipis sahaja. Bahan-bahan: Ikan siakap Bawang putih Cili api Limau nipis Garam Gula Daun ketumbar Cara memasak: 1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Cuci bersih ikan dan bahan lainnya. 2. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Kemudian kukus ikan selama 10 minit. Kukus ikan sahaja tanpa letakkan bahan lain. 3. Sambil tunggu ikan dikukus, perahkan limau nipis, hiris bawang putih dan cili api. 4. Selepas 10 minit, angkat ikan dari pengkukus. Tuangkan air ikan ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan hirisan cili api dan bawang putih tadi berserta 4 sudu besar air, 1/4 sudu teh garam, 8 sudu air limau nipis, 4 sudu besar g...