Resepi Parpu Telur Masakan Lejen Sebelah Utara
Ia diperbuat dari kacang parpu. Namun begitu, boleh juga digantikan dengan kacang dhal, bergantung kepada cita rasa masing-masing. Masakan parpu telur tidak asing lagi dalam kalangan penduduk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Menurut empunya resepi iaitu Puan Masni Bahari, masakan ini lebih sedap jika diletakkan telur rebus atau telur pecah. Jom lihat resepi penuh di bawah! Bahan-bahan: Kacang parpu (rendam dalam air semalaman) Telur (boleh rebus atau pecah) Santan Sedikit serbuk kunyit Garam Serbuk perisa (jika suka) Ubi kentang (dibelah 4) Tomato (dibelah 4) Bahan kisar: Bawang besar Bawang putih Halia Bahan tumis darat: Bawang besar (dihiris) Bawang putih (dihiris) Daun kari Cili kering (potong 2) Car a memasak: 1. Rebus kacang parpu yang telah direndam semalaman itu dalam periuk atau kuali. 2. Kemudian, tuangkan bahan kisar dan juga serbuk kunyit. 3. Rebus sehingga kacang parpu menjadi lembut. 4. Bila sudah lembut, masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk. 5. Apabila...