Posts

Guna Kulit Telur Buat Baja Cara Mudah Dan Jimat Pokok Lebih Sihat Dan Subur

Image
Wah, ada banyak kelebihan baja kulit telur kan? Jom kita tengok cara buat baja kulit telur untuk tanaman yang dikongsikan oleh Angah Dira di bawah ini. Cara Buat Baja Kulit Telur Assalamualaikum.. Di sini saya nak kongsi sedikit ilmu. Nampak tak kulit telur di dalam gambar di bawah? Selepas kita guna telur, kulitnya kita boleh buat baja tau. Jangan terus buang kulitnya kerana kulit telur boleh dijadikan baja organik / baja buatan kita sendiri. Tak perlu buang duit beli baja di kedai kerana kita boleh kitar semula bahan-bahan yang berada di rumah saja. Kebaikannya elok untuk kesuburan pada pokok dan pokok kita jadi lebih sihat..Ya..Sebagai baja..! Ada juga yang kata ia boleh jadi penyembuh dari hama tanah. Apapun, baja kulit telur ni memang jimat dan mudah je nak buat. Ikuti langkah-langkah cara membuat baja di bawah ya kawan-kawan.. 1. Simpan Kulit Telur Selepas kita gunakan telur, kita kumpulkan kulit telur dalam satu bekas / tempat. Ini kulit telur yang saya dah kumpulkan ya ka...

Cara Mudah Masak Telur Rebus Tanpa Air. Hasilnya Telur Masak Cantik Dan Tak Pecah

Image
Telur rebus kebiasaanya dimasak mengguna periuk yang berisi air kemudian direbus sehingga telur ini masak sepenuhnya. Namun cara kali ini agak berbeza dan cukup mudah tetapi hasilnya telur masak cantik dan tidak pecah. Selain menjimatkan tenaga dan masa, nak kopek kulit telur pun senang. Yang penting, telur harus dibasuh dahulu. Ini yang dikongsikan oleh Puan Rozzana Junid, hasilnya jimat masa jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah dan sebagainya. Nak kupas Kulit pun senang. CARA MASAK TELUR REBUS TANPA MENGGUNAKAN AIR Cara Mudah rebus telur tanpa air. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah dan sebagainya. Nak kupas Kulit pun senang. Nak kupas Kulit pun senang. Basuh telur dulu ya CARA-CARANYA : 1. Lapik rice cooker dengan dua helai tisu. Renjiskan air supaya tisu lembab, kemudian susun telur. Hidupkan suis dan biarkan butang suis naik sendiri. 2. Biarkan sebentar dan baru buka penutup periuk. Sejukkan dahulu sebelum dikupas....

Kereta Lama Masih Tiptop! Ini Langkah Penjagaan Penting Yang Perlu Ambil Tahu

Image
Lakukan tip mudah penjagaan ini supaya kereta anda dapat berkhidmat lama dan mampu memberikan prestasi optimum sepanjang masa. 1. PASTIKAN TAYAR OK Tayar penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Tekanan angin tayar yang mencukupi mempengaruhi prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan. Amalkan pemeriksaan tayar setiap seminggu sekali atau sebelum memandu. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar seperti tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Jangan biarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual atau pada pelekat di bingkai pintu. 2. PASTIKAN ENJIN SEJUK Bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu. Isi mengikut paras di...

Cara Mudah Tanam Ulam Pegaga Di Rumah Senang Hasil Pun Banyak Tak Payah Beli Lagi

Image
Selain berkhasiat, pegaga juga mudah ditanam dan dijaga. Anda juga boleh mengisi masa lapang dengan cuba menanam ulam pegaga ni tau. CARA-CARA MENANAM PEGAGA 1. Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir. 2. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti. 3. Pegaga! Beli dipasar RM2 seplastik. Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan ditengah daunnya. 4. Cucuklah pegaga tadi terpulang pada anda. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa. 5. Tadaa! Selepas 2 minggu bukan main subur dan sihat lagi pegaga ni. Anak daun dah mula tumbuh disana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai. 6. Apa lah guna ya pegaga yang subur kalau kita tak ambil manfaatnya kan? Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke a...

Lebihan Keratan Batang Sawi Jangan Buang Wanita Ini Kongsi Teknik Tanam Memang Menjadi

Image
Selepas ini, setiap kali masak sayur sawi jangan dibuang pula bahagian bawah batang sawi tersebut kerana anda boleh tanam sahaja di rumah. Paling seronok sekali adalah, kaedah tanam pokok sawi menggunakan teknik keratan batang ini sangat mudah. Sedar tak sedar dah boleh makan sayur yang fresh! Tanam Sawi Dari Keratan Batang Percubaan pertama 1.Pertama kali buat, potong batang sawi terlalu pendek, namun percubaan ini nampak berjaya. 2. Potong tinggi sedikit batang sawi atas daun pucuk yang baru nak hidup. Rendamkan dengan sedikit air. 3.Air perlu ditukar setiap hati bagi mengelakkan batang sawi jadi busuk apabila air sudah kotor. 4. Pada hari ketiga, batang sawi akan dipindahkan ke bekas tanaman Cocopeat. 5.Pada hari ketujuh, kita akan lihat batang sawi akan hidup dan mula mengeluarkan daun baru. Siramlah dan jaga seeloknya. Sumber: Nora Razak

Anai-Anai Bersarang Guna 2 Bahan Ini Untuk Hapuskan Sangat Mudah Confirm Berkesan

Image
Sudah pelbagai cara yang telah digunakan untuk menghapuskan anai-anai ini namun masih tidak berjaya. Jadi apa kata kita cuba salah satu tips menggunakan minyak tanah dan garam kasar dijadikan dalam bentuk semburan untuk mengapuskan anai-anai di rumah. Katanya memang menjadi! DIY SEMBURAN HALAU ANAI-ANAI Alhamdulillah… Dari perkongsian sahabat-sahabat kita.. akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi seperti artikal yang diberikan sahabat kita sebelum…. Bahan-bahan pembasmi anai-anai yang digunakan 1) Minyak tanah 2kg (agak-agak 2 botol meneral) 2) Garam kasar 2kg (dalam 2 beg) Cara-Cara -Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas (saya guna tin thiner).. biarkan semalaman.. dan keesokannya mulakan operasi. Hasilnya..terbaik! Bersidai semua anai-anai yang kena tu..hahaha…Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak..Moga berguna untuk semua. Info tambahan: 1.Sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat sem...

Cara Mudah Atasi Masalah Di Kebun Dengan Baking Soda Jadikan Tanaman Lebih Subur

Image
Sebenarnya kita boleh gunakan baking soda sebagai pelindung dan salah satu petua menyuburkan tanaman tau! Kegunaan Baking Powder / Baking Soda Untuk Tanaman Nak tahu macam mana? Jom baca selanjutnya! 1. Hilangkan Kulat Putih Kalau daun-daun atau batang di bawahnya keputihan, maknanya ia diserang kulat atat atau bena putih. Untuk menyelamatkan tanaman anda, cuba buat campuran baking soda ini menggunakan: 1 sudu baking soda, 1 sudu minyak, 1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan 4 liter air. Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan tu hilang. Pastikan check juga kalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini. 2. Halau Ulat Pada Kobis Sekiranya ada ulat yang suka menggigit sayur-sayuranyang kita tanam, terutamanya kobis, brokoli dan kobis bunga, kita pun boleh gunakan campuran baking soda ini untuk me’nyah’kan dia. Campurkan baking soda dan tepung biasa / tepung jagung dengan...