Posts

Senangnya Buat Susu Pekat Manis Sendiri, 3 Minit Dah Siap!

Image

Senangnya Buat Susu Pekat Manis Sendiri, 3 Minit Dah Siap!

Image
Tapi kalau nak jimat bajet, boleh saja hasilkan sendiri. Proses buat cuma tiga minit dan hasilnya macam yang dijual di pasaran. Susu pekat manis antara bahan yang mesti ada di rumah. Kalau ramai ahli keluarga yang jenis suka bancuh teh tarik stok susu ini kena sentiasa ada. Kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zan Zafirah Zainal 3 bahan saja Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Cara buat: 1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap! 2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender seketika. 3. Susu pekat yang dah siap kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk baru akan jadi pekat). Susu ini sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain macam susu pekat manis yang biasa kita beli. Bahan-bahan 1 1/2 cawan susu tepung 1/2 cawan gula (raw sugar boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan manis) 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja) ...

Masak Asam Rebus Ikan Kembung, Lauk Paling Senang & Paling Sedap Hirup Kuah

Image
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh. Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya. Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya. Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat Bahan-bahan 3 ekor ikan kembung / mabong 5 – 7 helai daun kesum 1 – 3 asam keping 1 batang serai -dititik Air 700 ML – 1 L Bahan dikisar 1 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup Cili merah Belacan Air Cara membuat 1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai. 2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air. 3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap. Sumber: Tuan Mahani

Guna Garam Kasar, Cara Paling Senang ‘Matikan’ Rumput. Sehari Dah Nampak Hasil

Image
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat. Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini. Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan. Tip matikan rumput guna garam 1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja. 2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya. 3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada. Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi. 4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular. Semoga berm...

Rahsia Buat Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Panas-Panas

Image
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya. Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti.. BAHAN-BAHAN : 1 cawan air 2 cawan tepung roti 1/4 camca teh yis segera 1 camca teh gula 1 camca teh garam 1/2 camca teh soda bikarbonat 1 camca besar minyak mazola Minyak untuk menggoreng LANGKAH PERTAMA : Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu. LANGKAH KEDUA : Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehing...

Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Image
Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering ditanam di rumah. Nikmat kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil. Ada satu petua yang dikongsi oleh Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah. Jom baca perkongsiannya itu. Teknik Menanam Daun Pudina 1. Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai. 2. Sediakan bekas dan tanah hitam. 3. Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini. 4. Buat dalam beberapa batang. 5. Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia. 6. Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh. Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air. Simpan di tempat yang redup. Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bul...

Simpan Ikut Cara Ini Taugeh Kekal Lama Dan Rangup Memang Menjadi

Image
Sayur taugeh sememangnya tidak tahan lama biarpun disimpan di dalam peti ais. Apa nak buat dengan lebihan sayur taugeh ini? Macam mana nak simpan agar kekal lama? Tip mudah yang dikongsikan oleh  Norhaniza Kamaruddin  ini paling membantu untuk elakkan membazir dan terbuang begitu sahaja. Jom cuba! Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup. Nampak baru dan rangup. Mula-mula dulu memang tak percaya, bila dah tengok sendiri, baru lah berani share dalam ni. Jom cuba! Sumber:  PaMa