Rahsia Buat Sotong Celup Tepung Lebih Rangup Dan Tak Hancur
Sotong celup tepung antara menu yang sangat digemari dimakan, memang enak namun ramai yang hampa ketika menyediakan sendiri kerana hasilnya tidak menjadi seperti yang diidamkan sehinggakan petua atau rahsia gorengan yang elok dimana tepung melekat dengan sotong sering menjadi tanda-tanya, sehingga ada yang menyangka penyediaanya menggunakan tepung khas. Jika anda ikut resepi menerusi perkongsian menarik daripada Meens Yusoff ini betul-betul, InsyaAllah anda akan berjaya membuat sotong goreng tepung yang enak. Sotong celup tepung ini rangup di luar namun lembut di dalam. Jom kita cuba! SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah sy bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya BAHAN-BAHAN: Sotong Tepung bestari 1 biji telur Tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras) Air CARA-CARA: 1. Sotong dipotong-potong kecil. Boleh juga menggu...