Posts

Telur Ayam Masak Kurma Mudah Dan Menyelerakan

Image
Telur ayam masak kurma, peberet anak-anak saya gak ni. Masak kuah pekat gini, cedok kuah pastu gaul-gaul dengan nasi panas. Ada pulak ikan masin atau pekasam memang makan tak panggung kepala dah. Bahan-Bahan: 10 butir telur direbus 18-20 minit (kopek buang kulit dan goreng sekejap jer, toskan) 4-5 bj kentang (potong ikut suka) saya tambah carrot untuk kali ni. 1 kotak kecil santan Ayam Brand 2 cawan air (untuk kuah) suka kuah lebih boleh tambah. 3 pcs cili merah potong serong (hiasan) sedikit cili padi (hiasan) 3 senduk minyak masak (untuk menumis) 3-4 pcs bunga lawang 1 bj bawang besar (hiris) 5 ulas bawang putih (hiris) Sebesar ibu jari halia (hiris) Bahan Pes: 6 sudu besar rempah kurma (saya guna Adabi) 1/2 sudu besar serbuk cili (kali ni saya tak letak) 1 peket kecil kerisik 1 sudu besar (rata) garam 1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto) 1 pcs asam keping 3 tangkai daun kari (amik daun jer) 1 cawan air Kacau semua bahan ini, jadikan pes Cara Memasak: 1. Panaskan minyak masak, tumis bung...

Petua Dan Resepi Kulit Karipap Rangup

Image
Assalamualaikum wrt. Hari ini saya nak share resepi karipap rangup cara saya. Saya mula buat karipap hanya untuk sendiri makan dan sekadar memenuhi permintaan dari jiran-jiran untuk stock bulan ramadhan. Di sini saya sertakan sekali resepinya dan beberapa hint yang saya guna pakai, boleh cuba ya. Moga ianya membantu dan memberi bermanfaat kepada yang lain. Boleh share kepada yang berminat. Resepi, cara-cara dan hint di bawah ya. Bahan Kulit Karipap Rangup: 1 kg (satu bungkus) tepung gandum – saya guna tepung mfm cap ros 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak 1 sudu makan marjerin apa-apa jenama pon boleh – saya guna planta 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis coway/cuckoo 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja Oh! sebelum lupa jangan tanya saya garam atau gula tak letak kah?. Saya memang tidak letak sebab resepi dari arwah mak pon takde letak garam gula. Tapi kalau nak letak rasanya tidaklah menjadi kesalahan, ikut selera dan...

Resipi Acar Buah Versi Tak Pedas Memang Sedap

Image
Acar buah menjadi pilihan ramai keluarga untuk dinikmati dengan nasi beriani, nasi tomato dan lain-lain lagi. Ada juga di jadikan sebagai lauk sampingan. Yang ini versi tak pedas sebab tak pakai cili padi. Bau rempah wangi. Jom kita lihat bahan-bahan untuk Acar Buah Versi Tak Pedas. Bahan-Bahan: 1 kg buah jeruk campuran (Ceri merah + hijau, buah kana, limau, asam limau – potong jika saiz besar) 2 cawan halwa kundur 1 cawan kismis 2 cawan kurma 1 cawan jeruk mangga 1 cawan jeruk peach 1 cawan bawang merah kecil 3 camb bijan – sangai 1 camb garam 2 ketul gula kabung@gula melaka 1 senduk gula perang 1 1/2 cawan cuka 1 cawan air – pilihan Sos Cili Pencicah Bahan Kisar: 3 genggam cili kering gemuk – rebus dan kisar 2 labu bawang besar 1 labu bawang putih 2 inci halia 2 cawan minyak masak Bahan Rempah: 2 camb rempah kari 4 camb rempah campuran (jintan kasar, jintan halus, ketumbar – sangai dan kisar) Rempah Istimewa: Jintan kasar Jintan halus Ketumbar Buah pelaga Bunga lawang Bunga cengkih K...

Resepi Kek Sarang Semut Sedap Tak Perlu Perap

Image
Nak tau tak rahsia buat kek sarang semut yang sedap dan gerenti orang akan suka? Tak berbau hanyir telur, sarang sampai ke atas, kurang manis dan tak perlu perap. Resepi untuk 1 biji loyang saiz 6 inci. Mula-mula buat gula hangus; 170g gula 200g air Cairkan gula sampai gelap perang dan sedikit berbuih. Masukkan air sedikit demi sedikit. Api perlahan. Kene sentiasa kacau ye, jangan biarkan nanti hangit, kek jadi pahit. Dah siap tutup api, biar je atas dapur tu sebab kite nak tuang gula panas-panas atas adunan. Bahan-Bahan Lain: 3 biji telur saiz B 70g majerin/butter/minyak (saya pakai minyak masak) 125g susu pekat manis (resepi memang dah kurang manis, tak perlu kurangkan lagi) 120g tepung gandum 6g soda bikarbonat 1 sk Vanila star brand (jangan lebih jangan kurang) Cara Membuat: 1. Campurkan semua bahan termasuk gula hangus yang panas tadi. Whisk sebati dan tapiskan. MESTI TAPIS. Lepas tapis, whisk lagi hingga sabati. Masukkan ke dalam loyang saiz 6 inci, alaskan baking paper terlebih ...

Resepi Brownies Kedut Guna Sukatan Cawan Menjadi

Image
Brownies kedut guna sukatan cawan, tak payah mixer bagai, kacau je guna spatula. Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je. Saya guna dark chocolate beryls, 100% brown sugar and marjerin. Saya guna sukatan cawan metric, tak payah nak timbang bagai. Bahan-Bahan: 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan) 90 gram butter/marjerin (1/2 cawan) 90 gram tepung gandum (1/2 cawan) 90 gram choc coin (1/2 cawan) 40 gram coco powder (kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko) Esen vanilla 2 biji telur size B Cara Membuat: 1. Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit. Bila gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati. Masa ni kena hati-hati ye, takut telur jadi telur hancur. 2. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati. Baru masukkan chocolate coin dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati. 3. Lapik loyang 7 inchi dengan baking paper dan bakar dengan suhu 180c selama 30 minit. Bila dah siap tu, terus bawa kel...

Resepi Paru Masak Sambal Tahan Sampai Berbulan

Image
Paru masak sambal memang lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas dan menyelerakan. Bila paru dimasak betul, teksturnya lembut dan tak liat, digaul dengan sambal berempah yang padu. Makan pula dengan nasi panas, memang cukup membuka selera dan susah nak berhenti. BAHAN-BAHAN: 500gm paru | rebus dan hiris nipis 1 sudu air asam jawa  1 biji bawang Holland | hiris bulat  Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN KISAR: 6 biji cili merah 5 ulas bawang 3 ulas bawang putih 2cm halia 2 batang serai CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihida...

Resepi Seri Muka Jagung Lembut Dan Creamy

Image
Teringin nak makan seri muka Jagung ni, first time buat dan makan. Resepi olah dan ejas sendiri je.. Alhamdulillah, pulutnya lembut dan jagungnya yang creamy. Terasa ketulan-ketulan jagung tu. Lapisan Bawah: 2 cawan beras pulut (basuh & rendam di dalam air selama 2 jam) 2 cawan santan sederhana pekat 2 sudu teh garam halus 1 sudu besar minyak masak Lapisan Atas: 1 tin jagung manis krim 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 3 sudu besar tepung kastad 3/4 cawan gula pasir 1 biji telur B 2 cawan sederhana pekat Pewarna kuning Cara Membuatnya: 1. Lapisan Bawah; Kacau santan dengan garam dan minyak. Kacau hingga garam larut. Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang saiz 9 1/2 inci yang di alas plastik. 2. Kemudian, tuang bancuhan santan tadi dan ratakan. Didihkan pengukus dengan air terlebih dahulu. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana. 3. Lapisan Atas; Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung kastad, gula, telur, santan dan pewarna kuning. Kacau sebati dan gula larut. ...